“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
"ALLAH Pelindung orang-orang yang beriman; DIA mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman)..." - surat al-Baqarah ayat 257.
Ya Allah sesungguhnya nikmat yang paling besar yang Kau berikan kepada kami adalah nikmat iman dan islam..
Ya Allah kekalkanlah nikmat anggota kami, kaki, tangan, mata, telinga, hati kami.. nikmat ibadah, solat, puasa kami.. nikmat persaudaraan, persahabatan dan kemasyarakatan kami.. nikmat pekerjaan dan perjuangan kami di jalan juangMu..
Ya Allah tetapkanlah hati kami..istiqamahkanlah kami dengan amalan kebaikan.. Sesungguhnya kami hambaMu yang sangat lemah serta mudah tersasar dari landasan iman dan islam.. kurniakan kepada kami keluarga yang bahagia, sahabat-sahabat yg sering ingat-mengingati, teman hidup yg soleh dan solehah.. zuriat yg soleh dan solehah, yang akan meneruskan perjuangan menegakkan agama-MU..
Ya Allah Janganlah kau tarik nikmat ini setelah Kau berikan hidayah dan kemanisan iman atas setiap amalan dan pekerjaan kami...
Hidup dan matikanlah kami dalam keadaan berpegang dengan tali Allah.. dengan kalimah 'tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'...
Engkau rahmatilah aku, keluargaku, sahabat-sahabat seperjuangan, dan alim ulama
Semoga kami dapat bertemu di syurga-MU kelak...
May 17, 2010
Assalamualaikum wbt...
Makan malam dan majlis pelancaran alumni JPPI PSAS atau lebih dikenali sebagai Gabungan Alumni Pusat Islam (GAPI)pada 8 Mei 2010 di Dewan serbaguna Politeknik Sultan Azlan Shah.
Berbangga dan terharu dengan semangat sahabat-sahabat seperjuangan, yang pada zaman kampus dahulu sama berjuangan..kini masih utuh dan setia dalam perjuangan islam walaupun masing-masing telah membawa haluan masing-masing..
Sekali kaki melangkah di jalan Allah, jangan undur. Biar masa berganti, aqidah jangan mati. Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah jangan goyah. Tarbiyah menjamin istiqomahnya kita di jalan Allah. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada semua hambaNya...(^_^)
May 10, 2010
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja Untuk mu tiada terbatas Memberi tidak minta dibalas Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah berpesan pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya Semoga kau tak lupa Jasa bonda
~~Lagu ni sedih..tp bagi kesan diri ana, semoga Ana xlupa jasa emak..~~
~~Selamat Hari Lahir mak..06/05~~
Semoga mak sihat2 dan bahagia selalu.. sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt..
~~Selamat Hari Ibu~~
Terima kasih emak..sebab menjadi emak yang terbaik buat anak-anak mak, jasa dan pengorbanan mak pada kami tersangat besar sehinggakan kami xmampu untuk membalasnya.. kalau bukan kerana didikan dan lurus peranan emak sebagai ibu yang terbaik sejak kami kecil, xmungkin kami menjadi buluh yang lurus dan teguh seperti sekarang.. Tiada kata seindah bicara yg dpat diluahkan pada emak yg tersayang, selain ungkapan sayang emak sangat2...kasih dan cinta pada emak adalah kasih dan cinta dunia akhirat...Ya Allah...jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk hati emak dan abah...(^_^)
~~Selamat Hari Guru~~
Mungkin persekitaran sejak ana kecil, tengok mak mengajar..ana cenderung dan bercita-cita nak jadi seorang guru. Lepas habis SPM ana dapat temuduga Guru di Maktab perguruan. Tapi rezeki ana bukan dibidang perguruan, ana gagal dalam temuduga tersebut. Dan kini ana seolah2 lupa dengan cita-cita sebagai seorang guru.. Ermm masihkan ada peluang??hehe Ermm xpe la..walaupun ape pun pekerjaan yang dilakukan,yang penting ikhlas dan halal betul x?(^_^)Selamat Hari Guru kepada bonda tersayang.. Terima kasih kerana menjadi guru yang sentiasa disisi untuk mendidik dan menegur setiap kesilapan diri ini sejak dari kecil hingga kami mengenal erti sebuah kehidupan...
```~~sAyAng,Rindu,KAsIh, CiNta sanGat2 pada Emak..Hanishah bt Abdullah~~``
```~~``
May 6, 2010
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan anak lelaki yang senang bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Ia senang memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur-tiduran di keteduhan rendang daun-daunnya. Anak lelaki itu sangat mencintai pohon epal itu. Demikian pula, pohon epal sangat mencintai anak kecil itu. Waktu terus berlalu. Anak lelaki itu kini telah tumbuh besar dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap harinya. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih. "Mari ke sini bermain-main lagi denganku," pinta pohon epal itu. "Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi." jawab anak lelaki itu. "Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya." Pohon epal itu menyahut, "Aduhai, maaf aku pun tak punya wang... tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu. " Anak lelaki itu sangat gembira. Dia lalu memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu anak lelaki tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih. Suatu hari anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal sangat senang melihatnya datang. "Marilah bermain-main denganku lagi." kata pohon epal. "Aku tak ada waktu," jawab anak lelaki itu. "Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?" "Aduhai, maaf aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan rantingku untuk membangunkan rumahmu." kata pohon epal. Kemudian, anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu senang, tapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu merasa kesepian dan sedih. Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi. Pohon epal merasa sangat suka hati menyambutnya. "Marilah bermain-main lagi denganku." Kata pohon epal. "Aku sedih," kata anak lelaki itu. "Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi berhibur dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk bersiar?". "Aduh, maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mau. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah ." Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal itu. Akhirnya, anak lelaki itu datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian. "Maaf, anakku," kata pohon epal itu. "Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu." "Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu." Jawab anak lelaki itu. "Aku juga tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat," kata pohon epal. "Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu." jawab anak lelaki itu. "Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu.Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini," kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata. "Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang." kata anak lelaki. "Aku hanya menginginkan tempat untuk beristirehat. Aku sangat lelah setelah sekian lama meninggalkanmu. "Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirehatlah dengan tenang." Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon. Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
KESIMPULAN Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah orang tua kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita. Ketika kita tumbuh membesar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang boleh mereka berikan untuk membuat kita bahagia. Kamu mungkin berfikir bahwa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar pada pohon itu, tetapi kadang begitulah cara kita memperlakukan orang tua kita.
April 22, 2010
Masa Cepat Benar Berlalu...
Assalamualaikum wbt.. semoga ana dan sahabat2 dalam keadaan yg meletakkan kita sebagai hambaNya yang sentiasa bersyukur..walaupun dlm keadaan senang mahupun kesulitan... insyaAllah. Agak lama, ana xmenulis di blog ini...bukan tidak menjenguk tapi tiada kelapangan untuk menulis. Masa terasa cepat sahaja mengejar kita.. Sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar kita tercungap2.. tp alhamdulillah, kita masih tetap mampu untuk menarik nafas.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)
Subhanallah... Bagaimana agaknya kita menguruskan masa yang semakin singkat itu? diisi dgn perkara-perkara bermanfaat atau sebaliknya. Apa yang paling ditakuti adalah apabila masa-masa kita hanya dipenuhi dengan perkara-perkara duniawi.. jadi,bagaimana dengan ukhrawi?cukupkah bekalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti..cukupkah dengan apa yg kita lakukan sekarang?terjaminkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu? bagaimana dengan ibadah2 lain yang masih segan2 kita laku nak buat... astaghfirullah... Semoga Allah kuatkan semangat..kuatkan iman kita dalam menghadapi dunia akhir zaman ini.
Kematian...
"Sesungguhnya lahirnya manusia diiringi AZAN dan matinya manusia diiringi SOLAT. Sesungguhnya jarak di antara AZAN dan SOLAT hanyalah IQAMAH.. Apa yang tersirat disini adalah jarak antara kehidupan dan kematian tidaklah jauh seperti yang kita jangkakan. Sahabat2ku bersedialah menghadapi kematian dari sekarang kerana masa 'iqamah' itu sangat singkat.... "
Sms yang ana dapat dari seorang sahabat..ana pernah terbaca kata-kata ini, tp ana aggap sebagai bacaan biasa tp bilamana ana menerima sms tersebut pada waktu pagi..disaat mood sedang dibentuk..ana cukup terkesan dengan kata-kata dari sms tu..terkejut,sedih dan takut..perasaan yg bercampur baur dan buat ana berfikir sejenak..bila, dimana, bersediakah ana?cukupkah bekalan ana menghadapi kematian? Ya Allah... ana lalai dlm hitungan itu... Suka untuk ana kongsikan dengan sahabat2 juga untuk kita sama2 berfikir dan bersedia melakukan yg terbaik untuk bekalan di akhirat nanti..(T_T)
Wallahua'lam...
March 31, 2010
Assalamualaikum wbt.. salam sayang buat smua shbt2 ana, smoga hari2 yg kita lalui penuh dengan pengisian ilmu dan iman sebagai bekalan di dunia dan di akhirat..insyaAllah..
Alhamdulillah pada hari minggu yg lalu, 27hb dan 28hb Mac telah jayalah program Nisa' River Camping anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan.. Program yang diadun dengan kasih sayang, dicanai dengan ikatan ukhuwwah dan direncah dengan pengisian-pengisian ilmu islam benar-benar telah membuatkan ana rasa jatuh kasih dengan keindahan islam. Jika sebelum ini..hati ini masih dicuit-cuit rasa malas dan tidak sungguh-sungguh..tapi kini ana jatuh kasih,xkan mungkin lagi ana berpaling! Subhanallah... Ya Allah satukanlah hati-hati kami supaya kami tetap teguh utuh di jalanMu.. Sebenarnya, dalam setiap kesulitan pasti ada kemanisan. Ana bercuti pada hari jumaat sbb ada ujian kelayakan di MBI (maklum la,org xkerja tetap lagi..temuduga je la kerjanya..tp alhamdulillah still ade kerja..(^_^) Pada asalnya ana xbercadang nak balik kg..sebab memikirkan camping yg akan bermula pagi sabtu. manusia hanya merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yg terbaik.. Tiba-tiba fikir, apa salahnya balik sekejap sekadar menjenguk ayahanda dan bonda.. Akhirnya ana mengubah haluan ke bota...(kg ana la..)hehehe Alhamdulillah..walaupun xsampai sehari kt kg..tp bagi ana berbaloi2..hehe Hari sabtu tu..pagi2 lagi ana dah siap2 nak blk putrajaya..tiket pun xambil lagi...memang dah plan nak amik tiket on the spot je.. Ana sampai je dkt kaunter tiket dalam pukul 8.45..kaunter tutup! bas biasa sampai dalam pukul 8.55..sudah..ngelabah juga la..pkir mcm mana ni.. Masa tu rasa mcm takde rezeki nak pergi camping..sebenarnya ana excited nak pergi camping tu.. tiba2 ana teringat ade ambil no tel kaunter bas plusliner manjung..Alhamdulillah, rasa mcm ada harapan lagi..jam dah pukul 8.55 tp bas still xsampai lagi..Ana call, gtau kaunter tutup mcm mana nak beli tiket dan minta izin nak naik bas dulu bru beli tiket kat kaunter plusliner di batu gajah..pujuk punya pujuk..tp...........kakak tu cakap xboleh..Aduhai akak ni.. Masa tu ana tawakkal je pada Allah.. bukan rezeki ana.mungkin ade hikmah nyer xdapat join camping.. Jam dah pukul 9.05 am..bas xsampai lagi..ana masih berharap..still tunggu kat stesen bas tu.. xdpt naik bas, dapat tengok pun jadi laa...huhu tibe2 dapat call dari seorg pakcik ni..dia cakap, kerani kaunter tu sakit..so, kalau bas sampai naik je..then beli tiket kat stesen bas batu gajah... Alhamdulillah..masa tu rasa mcm nak nangis dan nak melompat je....gembira sgt2..hehe dan masa tu juga la bas sampai.. tp ade 1 kejadian yg buat ana berfikir..mcm mana pakcik tu boleh call ana, sedangkan ana telefon pada no talian tetap..ana rasa jarang telefon talian tetap yg boleh call back.. berbaik sangka..smua ni kerja Allah..dan indahnya jika kita bertawakkal pada Allah.
Alhamdulillah ana selamat sampai ke tempat program ptg tu..setelah menjadi kartun..hehe mn tidak nyer..sampai puduraya, ana naik bas balik putrajaya..kemas2 brg xsampai 1 jam, keluar rumah naik bas ke putrajaya sentral..kemudian naik lrt ke bandar tasik selatan. kemudian bru la naik kereta dgn ukhti Aisyah.. terima kasih sangat pada kak ukhti aisyah sbb sudi tumpangkan ana...(^_^) Masa ana sampai tu...sahabat2 yg lain tengah riadah..main ape ye..tah la,tapi ala2 komander la..tp just simple2 je la..xde la yg berbahaya..sekadar untuk membina semangat berpasukan dan mgkn termasuk dalam sesi ta'aruf.. Habis sahaja aktiviti itu, kami terus ke tasik untuk aktiviti berakit..ana xpernah try naik rakit, jadi memang xsabar la..tp masa tiba kumpulan ana, ana injured..kaki kejang..kesian kat ana..tp sebenarnya ade hikmah nyer...bila dah ok sikit, ana dapat naik kayak..hehehe Untuk aktiviti itu,jelas la..masing2 seronok bercerita tentang pengalaman menaiki rakit..walaupun xknal sangat sebelum tu..tp bile dah buat aktiviti sama-sama,semua berkongsi cerita mcm kwn lama..subhanallah, indahnya ukhuwwah kerana Allah...
Pada sebelah malam..program diteruskan dengan tazkirah oleh ustazah Durrah.. sebelum tu, beberapa aktiviti dilakukan sebagai sesi ta'aruf susulan kerana ada beberapa org yg xdapat bersama-sama semasa ta'aruf yg pertama pagi tu.. termasuklah ana yg sampai lambat ni..hehe Subhanallah seronok..walaupun ana sndiri pun kena denda sbb xjumpa kumpulan mengikut syarat yg ditetapkan..kna denda ape??rahsia la..hehe(^_^) Nanti ana cuba kongsikan pengisian yg diberi sepanjang program tersebut..antaranya slot ta'aruf,bagaimana mengenali sifat2 shbt2 berdasarkan pemilihan dan keputusan terhadap sesuatu prkara.selain itu tazkirah oleh ustazah Durrah yg membincangkan tentang kelebihan bersyukur pada nikmat Allah..Night Tracking yg menguji kita tentang kebergantungan kita pada Allah (tawakkal), edaran risalah dan river treasure hunt yg benar2 menguji kekuatan rohani dan jasmani peserta-peserta nisa' river camping..(^_^)
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah swt..atas pertolongannya menjaga kami dan permudahkan setiap urusan sepanjang program.. Semoga kami istiqomah dalam mempraktikkan setiap amalan dan ilmu yang diperolehi sepanjang program. Moga ukhuwwah yg terjalin antara kami terus mekar dibawah naungan cinta ilahi..insyaAllah.. Wallahua'lam
Ya Allah.. berikanlah taufiq dan hidayah kepada mereka dan kekalkanlah taufiq dan hidayah ini kepada kami... jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaubat.. subhanallah..
March 18, 2010
Ratuku,
ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan, tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah.
Ratuku, kebimbanganku ini masih menebal apabila kudengar dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu.
Ratuku, kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tak segan silu melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku, aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu kerana apa yang aku lihat hari ini semakin banyak bunga-bunga gugur bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku, bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa yang berlari-lari antara Safa dan Marwa, bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah menanti kekasih di pintu syurga.
Ratuku, akuilah hakikat yang tersurat engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah, engkau bukanlah a’isyah, bukan juga Rabi’atul Adawiyah wanita suci terpuji kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa. Cukupkah sekadar kau cuba contohi bunga-bunga itu, kembang mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga. Jangan kau risau ratuku, kadangkala musim berganti sehingga bunga tak dapat berkembang mekar tapi itu hanya ujian buatmu.
Ratuku, esok musim bunga pasti akan tiba dan kau akan mampu berkembang lagi. Cuma yang kuharapankan ketika itu kau jagalah kelopakmu itu jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi, jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu, jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu kerana kau ratu idaman kalbu.
Ratuku, aku bukanlah memandang kecantikanmu walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya tapi bukan itu yang aku harapkan. Aku yakin ratuku, masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum lega kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu.
Rasulullah SAW bersabda : "Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, kamu tidak akan beriman secara sempurna sehingga kamu saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada mu, apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Biasakanlah mengucapkan salam di antara kamu"
ASSALAMUALAIKUM WBT...
March 15, 2010
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar shbt2 smua..smoga sihat dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian di bawah keredhaan Ilahi..Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan hari2 akan datang.. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam dalam diri kita..semoga nikmat ini kekal hingga ke saat kita bertemu Ilahi satu saat dan ketika nanti...InsyaAllah..(^_^)
Dedikasi buat sahabat... Sengaja ana paparkan untuk kita yang bergelar sahabat.. Adakah kita kenal siapa sebenarnya sahabat kita?siapa keluarganya?bagaimana kehidupannya? bkn bertujuan untuk menjaga tepi kain..tetapi jika kita tahu semua perkara itu, itulah yang dinamakan ukhuwah yg sebenar2nya... bkn sekadar keluar dan berprogram bersama-sama.. bkn sekadar pada kata dan perbuatan..tapi pada pemahaman, sejauh mana kita mengenali dan mengambil tahu tentang sahabat kita..
Ana tujukan pada diri ana dan sahabat2 smua..mungkin dlm kita berukhuwah, kita lupa dan terlepas pandang tentang banyak perkara..lupa tentang siapa disebalik wajah ceria sahabat kita..apa yang dihadapinya disebalik senyuman dan ketawanya. Apa masalahnya disebalik keterbukaannya mendengar masalah dan cerita kita..
Ada 1 peristiwa yang menyebabkan ana rasa bersalah..tentang seorang sahabat ana, bagi ana dia terlalu ceria dan sentiasa tersenyum.. Tp mungkin secara x sengaja ana bertanya tentang familynya..walaupun agak keberatan nak menceritakan tapi ana terasa bersungguh-sungguh nak tau.. Dan akhirnya....... betapa sulitnya kehidupannya..betapa deritanya dia..subhanallah.. Sampaikan ana bertanya padanya.."macam mana akak hadapi semua ni..? sy selalu tengok akak ketawa dan senyum..xsangkanya.".. tabahnya dikau sahabatku...kuatnya dikau sahabatku.. Tiada ucapan yg selayaknya utk ana tuturkan buat sahabat itu..selain Tahniah! semoga Allah memberkati pengorbanannya dan keluarganya.. Teruslah ceria dan ketawa jika itu dapat mengubati luka yang lama itu.. Pecayalah...bila kita diduga, itu tanda Allah kasihkan kita..semakin besar dugaan itu, semakin kasih Allah pada kita jika hati sentiasa mengingati Allah dan redha dengan semua yang terjadi..
Pengajaran buat ana..jangan selalu mengharapkan kesempurnaan dari sahabat..sedangkan kita sendiri tidak pernah cuba menjadi sempurna dan tidak pernah membantu sahabat kita mencari kesempurnaan.. Wallahua'am..
Apa lagi yang diperlukan bagi sebuah persahabatan, jika di dalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila sakit ada yang mendoakan, bila sihat ada yang meraikan, alangkah hebatnya persahabatan, lagi hebat jika seiring perjuangan, semoga ikatan hati antara kita kekal selamanya, sehaluan di jalanNya, dalam menagih kasih Ilahi..
March 11, 2010
Hepi Belated Besday Kakakku... 16 Feb... Lambat wish kat blog sbb menggunakan kura-kura sebagai penghantar..hehe tp org terawal yang wish face too face kan2...hehe Semoga dengan peningkatan usia..maka meningkatlah amalan dan semakin mantaplah iman..Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..sentiasa dirahmati dan diredhai Allah dlm apa jua urusan..InsyaAllah..(^_^)
March 10, 2010
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah...dlm keadaan kesihatan yg terjejas..Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam dlm diri ana dan sahabat2 semua.Ana baru blk dari Terengganu..ade urusan family..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..(^_^)Syukur juga sbb ana x demam masa perjalanan ke Terengganu tu..kalau tidak,mesti akan menyusahkan ramai org..heheYelah..dengan perjalanan yang jauh dan meletihkan tu,orang sihat pun boleh jadi sakit..heheApe2 pun..alhamdulillah selamat pergi..selamat pulang dan selesai urusan..Sejak mlm semalam dah mula mkn ubat..amik ubat dari sahabat ana..Demam ana ni..penghapus dosa-dosa kecil..Astaghfirullah…Mmg ana byk buat dosa,mungkin sedar dan xsedar je..Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini..........
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Mungkin kita patut mengucapkan alhamdulillah...sekurang-kurangnya Allah telah mengurangkan dosa-dosa kita dengan caraNya.. orang yg hidup dan matinya hanya untuk Allah la yang akan merasakan kemanisan daripada kepahitan dan kesakitan itu.. jadi untuk sahabat2 dan diri ana sendiri,ingatlah..masa inilah Allah nak uji kita sejauh mana kesabaran kita dan kebergantungan kita pada Allah atas setiap kesulitan dan kesusahan yang diberikanNya.
Sakit merupakan teguran dari Allah, mungkin kita pernah lalai dan leka dalam hubungan dengan Allah. Masa tubuh badan sihat, solat lambat, nak bangun solat malam pun malas, makan sampai x ingat insan lain yg daif, mengaji Al-Quran pun nak cepat habis je... Jadi,bila Allah datangkan sakit pada diri kita..maksudnya Allah nak kita muhasabah blk diri kita..amalan kita..jangan sekadar melepaskan batuk di tangga..jangan sampai Allah tarik nikmat anggota yang ada pada diri kita. nikmat tangan, mata, rasa, kaki dan lain2..
Sakit juga membuatkan hubunga kita dengan orang sekeliling menjadi lebih akrab, sbb kita tahu ade orang yang amik berat tentang diri kita. Menjaga makan dan minum kita. Bertanyakan tentang kesihatan kita..
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita sebagai hambaNya.. Wallahua'lam..
p/s : Kepada shbt2 terima kasih atas perhatian kalian..(^_^)
Doakan ana cepat sembuh... Dah 3 hari demam..hari ni dah ok ckit..alhamdulillah..
March 5, 2010
Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan Islam kepada semua.
Ana ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama dengan kami dalam program NISA' RIVER CAMPING pada
27 & 28 Mac 2010.
Kem Nurlaman Bestari, Ulu Yam
Terbuka kepada wanita (14-40 tahun)
Yuran = Rm40 sahaja..
Pendaftaran dibuka sehingga 16 Mac sahaja. Sesiapa yang berminat sila hubungi:
Azi : 013-2009426 atau Wan : 013-9867323.
Jangan lepaskan peluang. Moh lerah Yong!!.. Penyertaan adalah terhad...hehe Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa di sana..(^_~)v
February 19, 2010
Sabda Rasulullah s.a.w..Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat(Tarmizi)
SESUNGGUHNYA zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada Allah, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman.
Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.
Allah memerintahkan kepada hamba-Nya memperbanyakkan zikir mengingati-Nya, manakala Rasulullah menggalakkannya kepada umat Islam menjadi amalan itu berkekalan. Dalam al-Quran dan hadis jelas menggambarkan kebesaran kesan zikir dan faedahnya. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Dalam memperkatakan mengenai zikrullah dengan lisan atau hati, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan bahawa ia adalah zikir yang paling afdhal. Ulang kali, menyebut sifat-sifatnya.Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah berulang kali, menyebut sifatnya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan zikrullah. Ahli zikir adalah golongan manusia yang istimewa dan terkemuka. Pengiktirafan ini dianugerahkan sendiri oleh Allah melalui lisan Nabi Muhammad yang maksudnya “Telah majulah orang-orang yang istimewa, para sahabat bertanya, siapakah mereka yang istimewa itu wahai Rasulullah, jawab baginda, iaitu mereka yang banyak mengingati Allah sama ada lelaki mahupun wanita (Riwayat Muslim).
Majlis zikir turut dikenali sebagai satu daripada taman syurga. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah akan mendapat beberapa manfaat antaranya:
1.Membersihkan hati daripada sifat mazmumah 2.Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah 3.Merasa betapa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah dan pergantungannya hanya kepada Allah 4.Meningkatkan mutu amalan kepada Allah. 5.Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah 6.Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram
Ucapan “La Ila Ha Ilallah” adalah ucapan zikir yang paling mulia. Seorang daripada Syeikh al-Azhar yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menyebut bahawa zikir ‘La Ila Ha Ilallah’, istighfar dan selawat ke atas Nabi adalah tiang aurad dan wirid para ahli sufi. Zikir ini adalah sebagai satu daripada wasilah ke arah penyucian diri. Mengerjakan solat termasuk dalam kategori zikrullah. Hal ini dijelaskan oleh Allah. Membaca al-Quran juga adalah zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah atau kata-kata Allah. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah dan ia adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah. Sehubungan itu, seorang Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh. Apabila membacanya, maka dalam masa sama pembacanya akan mengingati Allah. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebut dalam bukunya Mukasyafah al-Qulub membaca al-Quran adalah satu daripada kaedah merawat kekalutan dan kekusutan jiwa.
(Dipetik dari : Desiran Hati-Wordpress)
January 26, 2010
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kita semua masih lagi dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan kehidupan sbagai hamba Allah di atas muka bumi milikNya. Mari kita sama-sama berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai setiap urusan dan amalan kita seharian.. Moga dengan doa itu kita sentiasa murah rezeki disamping rezeki yang berkat.
Hari ini ana cuma nak kongsi satu amalan sunat yang InsyaAllah..manfaat dan fadhilatnya amat besar. Cuma bagi ana kita perlukan kekuatan utk melaksanakan..Sebenarnya tak susah, perlu luangkan sedikit masa sahaja..cuma kadang-kadang ada sahaja halangan..(bkn alasan).. Ana pun, kadang2 tu..payah nyer nak luangkan masa nak melaksanakan solat sunat dhuha setiap hari. Kemudahan di tmpt kerja,sbenarnya amat memudahkan utk melaksanakan..surau dekat. tp kdang2 bila kena giliran jaga kaunter atau ade staff yg x datang..jadi,mmg xboleh nak lari walaupun skejap.. Sahabat2,yang penting amal yang sedikit,tp istiqamah itu lbih baik daripada amal yang banyak tapi jarang-jarang...btul x sahabat2?..tp kalau dapat amal yang banyak dan istiqamah..tu lagi best kan..hehe..insyaAllah.
Sebenarnya sahabat2..kalau kita faham fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha, mesti kita akan rasa sayang nak tinggalkan walaupun sekali.. Pertama kali ana baca bait2 doanya,hati ana tersentuh..walaupun pendek sahaja tp maknanya sangat mendalam..
Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Doa Solat Sunat Dhuha
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Fadhilat Solat Sunat Dhuha
Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi, "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan : Puasa 3 hari setiap bulan, solat sunat dhuha 2 rakaat, dan solat witir sebelum tidur" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan sepertiberikut: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
Riwayat At-Thabarani
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ”Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Subhanallah sahabat2..sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah,kenapa susah sgt kita nak jadi hambaNya yang bersyukur..knapa susah sangat nak meringgankan anggota untuk beribadat kepadaNya? Sebab kita xtau kelebihan setiap amalan yang dilakukan.. Nah,skrg dah tau kan..Ayuh! sahabat2..kita dapatkan redha Allah..kita kejar syurga Allah.. insyaAllah..(^_^)