May 10, 2010

Dedikasi Buat Bonda Tersayang


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

~~Lagu ni sedih..tp bagi kesan diri ana, semoga Ana xlupa jasa emak..~~


~~Selamat Hari Lahir mak..06/05~~

Semoga mak sihat2 dan bahagia selalu.. sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt..

~~Selamat Hari Ibu~~

Terima kasih emak..sebab menjadi emak yang terbaik buat anak-anak mak, jasa dan pengorbanan mak pada kami tersangat besar sehinggakan kami xmampu untuk membalasnya.. kalau bukan kerana didikan dan lurus peranan emak sebagai ibu yang terbaik sejak kami kecil, xmungkin kami menjadi buluh yang lurus dan teguh seperti sekarang.. Tiada kata seindah bicara yg dpat diluahkan pada emak yg tersayang, selain ungkapan sayang emak sangat2...kasih dan cinta pada emak adalah kasih dan cinta dunia akhirat... Ya Allah...jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk hati emak dan abah...(^_^)

~~Selamat Hari Guru~~

Mungkin persekitaran sejak ana kecil, tengok mak mengajar..ana cenderung dan bercita-cita nak jadi seorang guru. Lepas habis SPM ana dapat temuduga Guru di Maktab perguruan. Tapi rezeki ana bukan dibidang perguruan, ana gagal dalam temuduga tersebut. Dan kini ana seolah2 lupa dengan cita-cita sebagai seorang guru.. Ermm masihkan ada peluang??hehe Ermm xpe la..walaupun ape pun pekerjaan yang dilakukan,yang penting ikhlas dan halal betul x?(^_^) Selamat Hari Guru kepada bonda tersayang.. Terima kasih kerana menjadi guru yang sentiasa disisi untuk mendidik dan menegur setiap kesilapan diri ini sejak dari kecil hingga kami mengenal erti sebuah kehidupan...

```~~sAyAng, Rindu, KAsIh, CiNta sanGat2 pada Emak..Hanishah bt Abdullah~~``

```~~``

No comments: