April 22, 2010

Saat dan Ketika


Masa Cepat Benar Berlalu...

Assalamualaikum wbt.. semoga ana dan sahabat2 dalam keadaan yg meletakkan kita sebagai hambaNya yang sentiasa bersyukur..walaupun dlm keadaan senang mahupun kesulitan... insyaAllah.
Agak lama, ana xmenulis di blog ini...bukan tidak menjenguk tapi tiada kelapangan untuk menulis. Masa terasa cepat sahaja mengejar kita.. Sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar kita tercungap2.. tp alhamdulillah, kita masih tetap mampu untuk menarik nafas.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)

Subhanallah... Bagaimana agaknya kita menguruskan masa yang semakin singkat itu? diisi dgn perkara-perkara bermanfaat atau sebaliknya. Apa yang paling ditakuti adalah apabila masa-masa kita hanya dipenuhi dengan perkara-perkara duniawi.. jadi,bagaimana dengan ukhrawi?cukupkah bekalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti..cukupkah dengan apa yg kita lakukan sekarang?terjaminkah bekalan kita dengan hanya solat 5 waktu? bagaimana dengan ibadah2 lain yang masih segan2 kita laku nak buat... astaghfirullah... Semoga Allah kuatkan semangat..kuatkan iman kita dalam menghadapi dunia akhir zaman ini.


Kematian...

"Sesungguhnya lahirnya manusia diiringi AZAN dan matinya manusia diiringi SOLAT. Sesungguhnya jarak di antara AZAN dan SOLAT hanyalah IQAMAH.. Apa yang tersirat disini adalah jarak antara kehidupan dan kematian tidaklah jauh seperti yang kita jangkakan. Sahabat2ku bersedialah menghadapi kematian dari sekarang kerana masa 'iqamah' itu sangat singkat.... "

Sms yang ana dapat dari seorang sahabat..ana pernah terbaca kata-kata ini, tp ana aggap sebagai bacaan biasa tp bilamana ana menerima sms tersebut pada waktu pagi..disaat mood sedang dibentuk..ana cukup terkesan dengan kata-kata dari sms tu..terkejut,sedih dan takut..perasaan yg bercampur baur dan buat ana berfikir sejenak..bila, dimana, bersediakah ana?cukupkah bekalan ana menghadapi kematian? Ya Allah... ana lalai dlm hitungan itu... Suka untuk ana kongsikan dengan sahabat2 juga untuk kita sama2 berfikir dan bersedia melakukan yg terbaik untuk bekalan di akhirat nanti..(T_T)

Wallahua'lam...

No comments: