Masa Cepat Benar Berlalu...
Assalamualaikum wbt.. semoga ana dan sahabat2 dalam keadaan yg meletakkan kita sebagai hambaNya yang sentiasa bersyukur..walaupun dlm keadaan senang mahupun kesulitan... insyaAllah.
Agak lama, ana xmenulis di blog ini...bukan tidak menjenguk tapi tiada kelapangan untuk menulis. Masa terasa cepat sahaja mengejar kita.. Sehinggakan kadang-kadang tanpa sedar kita tercungap2.. tp alhamdulillah, kita masih tetap mampu untuk menarik nafas.
Kematian...
"Sesungguhnya lahirnya manusia diiringi AZAN dan matinya manusia diiringi SOLAT. Sesungguhnya jarak di antara AZAN dan SOLAT hanyalah IQAMAH.. Apa yang tersirat disini adalah jarak antara kehidupan dan kematian tidaklah jauh seperti yang kita jangkakan. Sahabat2ku bersedialah menghadapi kematian dari sekarang kerana masa 'iqamah' itu sangat singkat.... "
Sms yang ana dapat dari seorang sahabat..ana pernah terbaca kata-kata ini, tp ana aggap sebagai bacaan biasa tp bilamana ana menerima sms tersebut pada waktu pagi..disaat mood sedang dibentuk..ana cukup terkesan dengan kata-kata dari sms tu..terkejut,sedih dan takut..perasaan yg bercampur baur dan buat ana berfikir sejenak..bila, dimana, bersediakah ana?cukupkah bekalan ana menghadapi kematian? Ya Allah... ana lalai dlm hitungan itu... Suka untuk ana kongsikan dengan sahabat2 juga untuk kita sama2 berfikir dan bersedia melakukan yg terbaik untuk bekalan di akhirat nanti..(T_T)
Wallahua'lam...