“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
March 31, 2010
Alhamdulillah pada hari minggu yg lalu, 27hb dan 28hb Mac telah jayalah program Nisa' River Camping anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan.. Program yang diadun dengan kasih sayang, dicanai dengan ikatan ukhuwwah dan direncah dengan pengisian-pengisian ilmu islam benar-benar telah membuatkan ana rasa jatuh kasih dengan keindahan islam. Jika sebelum ini..hati ini masih dicuit-cuit rasa malas dan tidak sungguh-sungguh..tapi kini ana jatuh kasih,xkan mungkin lagi ana berpaling! Subhanallah... Ya Allah satukanlah hati-hati kami supaya kami tetap teguh utuh di jalanMu..
Sebenarnya, dalam setiap kesulitan pasti ada kemanisan. Ana bercuti pada hari jumaat sbb ada ujian kelayakan di MBI (maklum la,org xkerja tetap lagi..temuduga je la kerjanya..tp alhamdulillah still ade kerja..(^_^) Pada asalnya ana xbercadang nak balik kg..sebab memikirkan camping yg akan bermula pagi sabtu. manusia hanya merancang dan Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yg terbaik.. Tiba-tiba fikir, apa salahnya balik sekejap sekadar menjenguk ayahanda dan bonda.. Akhirnya ana mengubah haluan ke bota...(kg ana la..)hehehe Alhamdulillah..walaupun xsampai sehari kt kg..tp bagi ana berbaloi2..hehe Hari sabtu tu..pagi2 lagi ana dah siap2 nak blk putrajaya..tiket pun xambil lagi...memang dah plan nak amik tiket on the spot je.. Ana sampai je dkt kaunter tiket dalam pukul 8.45..kaunter tutup! bas biasa sampai dalam pukul 8.55..sudah..ngelabah juga la..pkir mcm mana ni.. Masa tu rasa mcm takde rezeki nak pergi camping..sebenarnya ana excited nak pergi camping tu.. tiba2 ana teringat ade ambil no tel kaunter bas plusliner manjung..Alhamdulillah, rasa mcm ada harapan lagi..jam dah pukul 8.55 tp bas still xsampai lagi..Ana call, gtau kaunter tutup mcm mana nak beli tiket dan minta izin nak naik bas dulu bru beli tiket kat kaunter plusliner di batu gajah..pujuk punya pujuk..tp...........kakak tu cakap xboleh..Aduhai akak ni.. Masa tu ana tawakkal je pada Allah.. bukan rezeki ana.mungkin ade hikmah nyer xdapat join camping.. Jam dah pukul 9.05 am..bas xsampai lagi..ana masih berharap..still tunggu kat stesen bas tu.. xdpt naik bas, dapat tengok pun jadi laa...huhu tibe2 dapat call dari seorg pakcik ni..dia cakap, kerani kaunter tu sakit..so, kalau bas sampai naik je..then beli tiket kat stesen bas batu gajah... Alhamdulillah..masa tu rasa mcm nak nangis dan nak melompat je....gembira sgt2..hehe dan masa tu juga la bas sampai.. tp ade 1 kejadian yg buat ana berfikir..mcm mana pakcik tu boleh call ana, sedangkan ana telefon pada no talian tetap..ana rasa jarang telefon talian tetap yg boleh call back.. berbaik sangka..smua ni kerja Allah..dan indahnya jika kita bertawakkal pada Allah.
Alhamdulillah ana selamat sampai ke tempat program ptg tu..setelah menjadi kartun..hehe mn tidak nyer..sampai puduraya, ana naik bas balik putrajaya..kemas2 brg xsampai 1 jam, keluar rumah naik bas ke putrajaya sentral..kemudian naik lrt ke bandar tasik selatan. kemudian bru la naik kereta dgn ukhti Aisyah.. terima kasih sangat pada kak ukhti aisyah sbb sudi tumpangkan ana...(^_^)
Masa ana sampai tu...sahabat2 yg lain tengah riadah..main ape ye..tah la,tapi ala2 komander la..tp just simple2 je la..xde la yg berbahaya..sekadar untuk membina semangat berpasukan dan mgkn termasuk dalam sesi ta'aruf.. Habis sahaja aktiviti itu, kami terus ke tasik untuk aktiviti berakit..ana xpernah try naik rakit, jadi memang xsabar la..tp masa tiba kumpulan ana, ana injured..kaki kejang..kesian kat ana..tp sebenarnya ade hikmah nyer...bila dah ok sikit, ana dapat naik kayak..hehehe Untuk aktiviti itu,jelas la..masing2 seronok bercerita tentang pengalaman menaiki rakit..walaupun xknal sangat sebelum tu..tp bile dah buat aktiviti sama-sama,semua berkongsi cerita mcm kwn lama..subhanallah, indahnya ukhuwwah kerana Allah...
Pada sebelah malam..program diteruskan dengan tazkirah oleh ustazah Durrah.. sebelum tu, beberapa aktiviti dilakukan sebagai sesi ta'aruf susulan kerana ada beberapa org yg xdapat bersama-sama semasa ta'aruf yg pertama pagi tu.. termasuklah ana yg sampai lambat ni..hehe
Subhanallah seronok..walaupun ana sndiri pun kena denda sbb xjumpa kumpulan mengikut syarat yg ditetapkan..kna denda ape??rahsia la..hehe(^_^)
Nanti ana cuba kongsikan pengisian yg diberi sepanjang program tersebut..antaranya slot ta'aruf,bagaimana mengenali sifat2 shbt2 berdasarkan pemilihan dan keputusan terhadap sesuatu prkara.selain itu tazkirah oleh ustazah Durrah yg membincangkan tentang kelebihan bersyukur pada nikmat Allah..Night Tracking yg menguji kita tentang kebergantungan kita pada Allah (tawakkal), edaran risalah dan river treasure hunt yg benar2 menguji kekuatan rohani dan jasmani peserta-peserta nisa' river camping..(^_^)
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah swt..atas pertolongannya menjaga kami dan permudahkan setiap urusan sepanjang program.. Semoga kami istiqomah dalam mempraktikkan setiap amalan dan ilmu yang diperolehi sepanjang program. Moga ukhuwwah yg terjalin antara kami terus mekar dibawah naungan cinta ilahi..insyaAllah.. Wallahua'lam
Ya Allah.. berikanlah taufiq dan hidayah kepada mereka dan kekalkanlah taufiq dan hidayah ini kepada kami... jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaubat..
subhanallah..
March 18, 2010
tentang kebimbanganku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah.
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu.
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman yang
sebelum ini melindunginya.
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi ratu idaman kalbu
kerana apa yang aku lihat hari ini
semakin banyak bunga-bunga gugur
bagaikan tibanya musim luruh.
bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa,
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga.
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah,
engkau bukanlah a’isyah,
bukan juga Rabi’atul Adawiyah
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa.
Cukupkah sekadar kau cuba contohi
bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi
sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga.
Jangan kau risau ratuku,
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu.
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi.
Cuma yang kuharapankan ketika itu
kau jagalah kelopakmu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi,
jangan goda kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu,
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu
kerana kau ratu idaman kalbu.
aku bukanlah memandang kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang aku harapkan.
Aku yakin ratuku,
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku tersenyum lega
kerana akan kutemui
ratu yang benar-benar ratu.
March 15, 2010
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar shbt2 smua..smoga sihat dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian di bawah keredhaan Ilahi..Semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan hari2 akan datang.. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam dalam diri kita..semoga nikmat ini kekal hingga ke saat kita bertemu Ilahi satu saat dan ketika nanti...InsyaAllah..(^_^)
Dedikasi buat sahabat...
Sengaja ana paparkan untuk kita yang bergelar sahabat..
Adakah kita kenal siapa sebenarnya sahabat kita?siapa keluarganya?bagaimana kehidupannya? bkn bertujuan untuk menjaga tepi kain..tetapi jika kita tahu semua perkara itu, itulah yang dinamakan ukhuwah yg sebenar2nya... bkn sekadar keluar dan berprogram bersama-sama.. bkn sekadar pada kata dan perbuatan..tapi pada pemahaman, sejauh mana kita mengenali dan mengambil tahu tentang sahabat kita..
Ana tujukan pada diri ana dan sahabat2 smua..mungkin dlm kita berukhuwah, kita lupa dan terlepas pandang tentang banyak perkara..lupa tentang siapa disebalik wajah ceria sahabat kita..apa yang dihadapinya disebalik senyuman dan ketawanya. Apa masalahnya disebalik keterbukaannya mendengar masalah dan cerita kita..
Ada 1 peristiwa yang menyebabkan ana rasa bersalah..tentang seorang sahabat ana, bagi ana dia terlalu ceria dan sentiasa tersenyum.. Tp mungkin secara x sengaja ana bertanya tentang familynya..walaupun agak keberatan nak menceritakan tapi ana terasa bersungguh-sungguh nak tau.. Dan akhirnya....... betapa sulitnya kehidupannya..betapa deritanya dia..subhanallah.. Sampaikan ana bertanya padanya.."macam mana akak hadapi semua ni..? sy selalu tengok akak ketawa dan senyum..xsangkanya."..
tabahnya dikau sahabatku...kuatnya dikau sahabatku.. Tiada ucapan yg selayaknya utk ana tuturkan buat sahabat itu..selain Tahniah! semoga Allah memberkati pengorbanannya dan keluarganya.. Teruslah ceria dan ketawa jika itu dapat mengubati luka yang lama itu.. Pecayalah...bila kita diduga, itu tanda Allah kasihkan kita..semakin besar dugaan itu, semakin kasih Allah pada kita jika hati sentiasa mengingati Allah dan redha dengan semua yang terjadi..
Pengajaran buat ana..jangan selalu mengharapkan kesempurnaan dari sahabat..sedangkan kita sendiri tidak pernah cuba menjadi sempurna dan tidak pernah membantu sahabat kita mencari kesempurnaan.. Wallahua'am..
jika di dalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan
bila menangis ada yang meredakan,
bila gembira ada yang mengingatkan,
bila sakit ada yang mendoakan,
bila sihat ada yang meraikan,
alangkah hebatnya persahabatan,
lagi hebat jika seiring perjuangan,
semoga ikatan hati antara kita kekal selamanya,
sehaluan di jalanNya, dalam menagih kasih Ilahi..
March 11, 2010
16 Feb...
Lambat wish kat blog sbb menggunakan kura-kura sebagai penghantar..hehe
tp org terawal yang wish face too face kan2...hehe
Semoga dengan peningkatan usia..maka meningkatlah amalan dan semakin mantaplah iman..Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..sentiasa dirahmati dan diredhai Allah dlm apa jua urusan..InsyaAllah..(^_^)
March 10, 2010
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Mungkin kita patut mengucapkan alhamdulillah...sekurang-kurangnya Allah telah mengurangkan dosa-dosa kita dengan caraNya.. orang yg hidup dan matinya hanya untuk Allah la yang akan merasakan kemanisan daripada kepahitan dan kesakitan itu.. jadi untuk sahabat2 dan diri ana sendiri,ingatlah..masa inilah Allah nak uji kita sejauh mana kesabaran kita dan kebergantungan kita pada Allah atas setiap kesulitan dan kesusahan yang diberikanNya.
Sakit merupakan teguran dari Allah, mungkin kita pernah lalai dan leka dalam hubungan dengan Allah. Masa tubuh badan sihat, solat lambat, nak bangun solat malam pun malas, makan sampai x ingat insan lain yg daif, mengaji Al-Quran pun nak cepat habis je... Jadi,bila Allah datangkan sakit pada diri kita..maksudnya Allah nak kita muhasabah blk diri kita..amalan kita..jangan sekadar melepaskan batuk di tangga..jangan sampai Allah tarik nikmat anggota yang ada pada diri kita. nikmat tangan, mata, rasa, kaki dan lain2..
Sakit juga membuatkan hubunga kita dengan orang sekeliling menjadi lebih akrab, sbb kita tahu ade orang yang amik berat tentang diri kita. Menjaga makan dan minum kita. Bertanyakan tentang kesihatan kita..
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita sebagai hambaNya.. Wallahua'lam..
p/s : Kepada shbt2 terima kasih atas perhatian kalian..(^_^)
Doakan ana cepat sembuh... Dah 3 hari demam..hari ni dah ok ckit..alhamdulillah..
March 5, 2010
Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih sudi menganugerahkan nikmat iman dan Islam kepada semua.
Ana ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama dengan kami dalam program NISA' RIVER CAMPING pada
- 27 & 28 Mac 2010.
- Kem Nurlaman Bestari, Ulu Yam
- Terbuka kepada wanita (14-40 tahun)
- Yuran = Rm40 sahaja..
Azi : 013-2009426 atau Wan : 013-9867323.
Jangan lepaskan peluang. Moh lerah Yong!!.. Penyertaan adalah terhad...hehe Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa di sana..(^_~)v