“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
January 16, 2012
January 7, 2012
January 6, 2012
Humaira anak yg sgt baik... x banyak kerenah dan xmeragam. tido je keje dia...dah la tido comel..hehe mula-mula dulu, mandi mesti nangis, tp skrg xde dah...suka lagi ada la.. ;) nangis kalau lapar je.. ciut miut la humaira nie.. ^_^
Jom tgk pic2 buah hati keluarga kami.. ^___^
Syafiqah Humaira Bt Syaharawi
Nak pergi mna tu.. xajk mak yang pun.. ;)
Baby Humaira dengan MakTok..^__^ Terima Kasih acik masyitah dan acik rozie..dtg tgk baby humaira.. tp humaira tido jeeeeee... ;) Haipppp.. buat ape tu? korek idung ke baby humaira nie.. hihi Comel nyer.... geram mak yang.. sbb tu kena buli..hihi Humaira with lovely umi.. :) Abi usik humaira ye...nangis.. hehuu baby humaira mkn ubat.. cepat2 sihat ye sayang.. hehe..
September 20, 2011
Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut.”(HR. Hakim)
August 6, 2011
Ya Rasulullah..
Riwayat hadith yang mengisahkan,
Baginda berkumpul bersama sahabat-sahabatnya,
(di antaranya Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan yang lainnya)
Wahai para Sahabat,
Tahukah kalian, siapakah hamba yang mulia disisi Allah?
Para Sahabat terdiam. Lalu salah seorang di antara mereka berkata,
Para Malaikat ya Rasulullah. Merekalah yang mulia.”
“Ya para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dgn Allah, mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah. Tentulah mereka itu mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.”
Kemudian seorang lagi berkata
Ya Rasulullah, tentulah para Nabi.
Baginda tersenyum.
“Ya Para nabi itu mulia, merekalah utusan Allah di muka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tapi ada lagi yang lainnya.”
Para sahabat bertanya, siapa lagi yang mulia?
Kemudian salah seorang sahabat bertanya,
Apakah kami sahabatmu, Ya Rasulullah? Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah?
“Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku,kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia? Tentulah kalian mulia, tapi ada lain yang lebih mulia.”
Baginda tundukkan wajah baginda. Baginda menangis dihadapan sahabat-sahabatnya. Para sahabat tertanya-tanya mengapa kau menangis ya Rasulullah. Air mata berlinangan membasahi pipi dan janggut baginda.
Wahai sahabat-sahabat, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah kewafatanku. Mereka begitu mencintai Allah. Mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian, Tapi mereka bergitu rindu kepadaku. Saksikanlah sahabat, aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, mereka umatku.
Baginda menangis menitiskan airmata dan sambil semua sahabat menangis.
Kitalah umat yang sering dirindui dan sentiasa didoakan kekasih Allah itu. Allahuakbar!!!
Subhanallah...
Sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w?
Sudahkah air mata yang mengalir kerana rindu dan cintakan Nabi Muhammad?
Sudah berapa lama kita lalai dalam hidup di dunia ini?
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang kita rindui.. semoga dapat kita berjumpa dan beroleh syafaatnya di akhirat kelak.. InsyaAllah..
Inspirasi from ESQ live
Salam Ramadhan, semoga dalam ramadhan yang mulia ini kita menjadikan al-quran dan sunnah Rasullullah sebagai rujukan utama supaya bulan mendidik jiwa ini akan mendidik kita untuk istiqomah di sepanjang perjalanan hidup kita menuju destinasi abadi, akhirat kelak. Amin. Wassalam..
June 24, 2011
"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
May 12, 2011
Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih menjadi riang,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah menjadi muhibbah,
itulah cinta..
~ Anna Althafunnisa', KCB ~
Istikharah cinta, memanggil memohon petunjuk Mu Ya Allah.. Semoga teguh satu pilihan.. walaupun melalui suatu penantian yg menguji keimanan. semoga cinta makhluk tidak melebihi cintaku padaMu Ya Allah... ^___^
April 17, 2011
Duhai Ukhti.. Menjadi Akhwat solehah itu bukan menjadi bunga yang wanginya bisa di cium setiap Kumbang, tapi setelah itu Layu... Menjadi Akhwat solehah itu adalah permata berharga dan mahal. Di simpan di tempat yg tertutup, agar tak di curi orang, walaupun jatuh ke dalam lumpur hina ia tetap berkilau dan tetap berharga walau di mana saja.
Duhai ukhti, jangan berkecil hati bila langkahmu pernah terbenam dalam lumpur dosa. Kerana setiap manusia tak ada yg luput dari dosa dan salah. Menjadi ''muslimah solehah'' bukan kerana dirimu tak pernah berbuat dosa, tapi ''muslimah solehah'' adalah dia yg sentiasa bertaubat dan taat pada segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Kerana ''sebutir mutiara itu tetap akan indah, meskipun pernah terbenam dalam lumpur" jika dia membrsihkan dirinya dengan bertaubat dan kembali ke jalan-Nya.. ^__^
April 8, 2011
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jika dilihat pada keadaan dunia yang penuh kerosakan dan keruntuhan samaada dari aspek peradaban atau alam sekitar, jelaslah semua itu tanda-tanda yg kita kini berada di akhir zaman. Zaman yg berlaku sebelum kebangkitan islam kali kedua. Dinilai secara pandangan kasar atau halus, ciri-ciri zaman kini adalah memenuhi ciri-ciri dunia akhir zaman seperti mana yg di jelaskan dalam hadis-hadis. Kerosakkan ada dimana-mana.. dunia rosak kerana gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir dan sebagainya. manakala manusia rosak dengan akhlaknya, kelalaian dlm ibadatnya, kepincangan dalam perhubungan sesama manusia apatah lagi dengan Yang Maha Besar Allah swt.. Hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia zaman kini telah menyimpang dari landasan syariat islam. Allah telah menunjukkan pada kita cara yg paling cantik untuk kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim iaitu berpandukan al-quran dan sunnah. Islam itu mudah, tetapi mengapa umat islam itu sendiri yg merumitkan dan memutar belitkan setiap ketetapan dan aturan Allah yg sudah jelas cantik dan sempurna. Adakah semata-mata untuk meraih kesenangan dunia yg hanya sementara ini? Adakah kerana sedikitnya rasa takut dan gentar pada Allah penguasa seluruh alam semesta ini..
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”
Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Rasulullah,
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.
” Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah,
“Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.”
Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu Al Wahan?”
Rasulullah bersabda,
“Cinta dunia dan takut mati".
Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut, disebabkan usaha tangan manusia, kerana Tuhan hendak merasakan mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka supaya mereka kembali.
Ar-Rum :41
~Sheikh Muhammad Abduh~
Dipetik dari komen seorang saudara seislam semasa berbincang tentang bait-bait kata diatas
Islamic Fesyen ke mcm ni??? MasyaAllah..
Segalanya berbalik kepada niat di hati kita.. jika niat pelaksanaan sesuatu perkara kerana kegemilangan islam dan meraih redha Allah.. Subhanallah, janji Allah pasti ditunaikan.. jika bukan di dunia, di akhirat sudah pasti. Tetapi jika sebaliknya, janji Allah juga sedia utk ditunaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yg kafir.. Wallahua'lam..
P/S : Teringat semasa 1st menyertai kem KASIH di politeknik dulu.. dalam satu sesi perbentangan kumpulan, fasilitator bertanya.. jika di beri peluang, kamu ingin berada di zaman Rasulullah atau zaman sekarang (akhir zaman)..?? ermm... fikir2 kan la.. Moga bermanfaat..insyaAllah... ^___^
March 4, 2011
Sahabat,
sedetik kita bersama,
bagaikan telah seabad bersua.
Ukhuwah yang terjalin,
terlalu indah untuk dikenang,
terlalu payah untuk dilupakan,
melainkan dengan izinNYA semata.
Semalam,
kita mula menyapa,
tatkala terpandang wajah sucimu,
terbit seulas senyuman
menghiasi wajah, buat tatapan.
Hari ini,
kita berjalan seiringan
memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Susah senang kita harungi bersama
demi memartabatkan ISLAM, agama yang terbilang.
Esok,
doa dan harapan berpanjangan,
agar kita akan tetap dalam ingatan,
walau jarak memisahkan.
Esok,
Semoga kita kan tetap dalam perjuangan.
Walau akan tinggal sendirian.
Yakin dengan janji Tuhan,
Syurga Firdaus sebagai ganjaran.
Rabitah hati, moga segar dalam haruman...
http://nisaputrajaya.blogspot.com/
...Sayang sokmo...
seiring dengan peningkatan usia, semoga Allah akan memberkati dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dijauhkan dari fitnah, penganiayaan & penghinaan. disuburkan benih keimanan dan taqwa. dimakbulkan segala cita-cita yg murni.. semoga tercapai segala hajat dan impian dalam kehidupan dunia dan akhirat.. InsyaAllah..^__^