Nasihat Tokoh Islam itu kepada pemerintah:
- Al-Hasan Al-Basri tidak pernah lupa untuk memberikan nasihat kepada pemerintah mengenai sesuatu perkara yang beliau anggap sebagai kebenaran walaupun nasihat yang diberikan itu agak pedih bagi mereka. Pernah berlaku suatu ketika di mana beliau diminta pendapat oleh Umar bin Hubairah mengenai sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Yazid bin Abdul Malik sedangkan Umar bin Hubairah sendiri tidak berpuas hati mengenai perkara tersebut, lalu beliau menjawab: "Wahai Ibnu Hubairah! Takutlah kepada Allah di dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid dan janganlah kamu takut kepada Yazid di dalam melaksanakan perintah Allah. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu dari kemarahan Yazid sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu dari kemurkaan Allah. Wahai Ibnu Hubairah! Sedikit masa lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu ini. Ia akan memindahkan kamu dari Istana kamu yang sangat luas ke kubur kamu yang sangat sempit, di sana kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid. Wahai Ibnu Hubairah! Sekiranya kamu tetap bersama dengan Allah dan sentiasa berada di dalam keadaan melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan terselamat dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik di dunia dan di akhirat kelak, tetapi sekiranya kamu sentiasa bersama dengan Yazid di dalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t, Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibnu Hubairah, sesungguhnya kita tidak boleh mentaati kepada perintah seseorang makhluk di dalam perkara yang melanggar perintah Allah." Mendengar kata-kata tersebut Ibnu Hubairah terus menangis sehingga tangisannya itu membasahi janggutnya.
NotaHati : Pilihlah permimpin yang akan memimpin kita ke syurga Allah SWT di akhirat kelak. Bukan pemimpin yang hanya membuatkan kita terbuai dengan syurga dunia yang penuh khayalan semata-mata.
"Jaga Diri, Hiasi Peribadi"
~ tamansyurga_87~ ^__^
No comments:
Post a Comment