“Memulakan langkah memang perit, jatuh, dan bangun semula… kadang-kadang tanpa tangan menghulur bantuan. Terasa diri kembara sendirian… Mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur… Titisan air mata kecewa rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu… Mekar dalam jambangan setia pada perjuangan Islam.”
November 19, 2009
Assalamualaikum w.b.t sahabat2..salam 1 akidah.. harapan ana, smua sahabat2 yg ana sayangi dan hormati sihat sejahtera di bawah lindungan dan redha Allah S.W.T..InsyaAllah. Hari ni ana nak cerita skit la, ttg aqiqah..(eh,mcm nak bercerita kat bdk2 tadika plak..hehe) Xpe la..kiranya ana nie ade la bkat sikit nak mengajar sekolah tadika islam..mcm mak ana..(^_^) Ana saje nak kongsi, pengalaman masa ana tgh makan mlm dgn mak kat kg minggu lepas. Ana dating berdua je dgn mak ana..hehe sbb along, kakak dan adik ana x blk kg..masing2 ade urusan. Abah pula keje.. Ana lebih kurangkan je la ape yg kami sembangkan ye...hehe
Mak : Mak rasa rugi pulak dulu x buat aqiqah utk kamu bertiga(Nyah,ana dan adik)..dulu sempat buat untuk along je..
Adah : yeke..buat skrg x boleh ke mak?
Mak : X boleh dah..kamu semua dah baligh, aqiqah tu kna buat masa kamu lahir umur 7 hari hingga sebelum baligh.
Adah : oooo....klu ganti dgn buat korban x boleh ke mak?
Mak : Erm mak pun ade tanye kat ustazah masa ngaji ptg tadi, ustazah kata aqiqah dan korban x boleh samakan.. Cara pelaksanaan dan fadhilat nyer pun berbeza.. Ustazah tu kata..setiap manusia akan dapat 3 syafaat dari Rasulullah S.A.W..salah satu nyer daripada ibadah aqiqah yg di buat oleh ibu bapa untuk anak baru lahir. Ustazah tu ade la cerita pasal aqiqah nie. Suatu hari, malaikat sedang berjalan-jalan..tiba2 terserempak dengan seorang anak kecil yang sedang menangis teresak2..lalu malaikat bertanye pada anak kecil itu.. "kenapa kamu menangis wahai anak kecil?". Lalu anak kecil itu menjawab.."aku mencari ibu bapaku.."..Dan anak kecil itu menangis lagi. Malaikat pun cuba mencari ibu bapa anak kecil itu, dan rupa2 nyer ibu bapanya berada di dalam neraka. Malaikat berkata kepada anak kecil itu,"ibu bapamu sekarang berada di dalam neraka wahai anak kecil"..Anak kecil itu berasa sangat sedih dan berkata "apa salah ibu bapaku?mengapa mereka di campakkan ke dalam neraka?apa salah mereka?aku mahu ibuku! aku mahu bapaku!...." Malaikat yang simpati dengan anak kecil itu, segera membawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Lalu, menceritakan apa yang berlaku.. Kemudian diketahui oleh Rasulullah S.A.W bahawa anak kecil itu telah di jalankan ibadah aqiqah oleh ibu bapanya semasa dia kecil. Lalu, dengan syafaat dari Rasulullah S.A.W..maka ibu bapa anak kecil itu telah di bawa keluar dari neraka dan pergi bersama2 anak kecil itu masuk ke dalam syurga.
Adah : Ooo camtu..Ala,rugi la xbuat kan mak..kurang 1 syafaat dari Rasulullah S.A.W...tp xpe la mak, insyaAllah dengan didikan mak..walaupun pun xde wat aqiqah utk ktorg, ade perkara lain yg membantu..Wallahua'lam... Skrg ni kna wat ibadat korban plak la ye mak..
Mak : Mak cadang nak buat korban tahun depan la..
Adah : Boleh2..orang nak juga.. kena kongsi ke lembu yg kita nak korban tu?kalau buat sesorang x boleh?
Mak : Boleh je..hikmah buat korban nie, nnt kat padang mahsyar, kita ade kenderaan. xde la jalan kaki... kalau kita buat korban untuk seorang je, nanti kita naik kenderaan sorang je la..laju je.. tp kalau kita kongsi, kna tunggu orang lain..bagi cukup semua baru boleh jalan.. mcm naik bas la..lambt skit je..
Adah : Oooo...mcm tu..kalau mcm tu orang nak buat korban untuk sorang je la mak..laju sikit nanti..hehehe (Ish3..mcm pentingkan diri sendiri je ana nie..hehe)
Mak : Memang x salah buat sesorang...mmg laju nanti..tp nak beli lembu nyer la..sanggup ke nak bayar sesorang..orang kaya xpe la!
Adah : errrkk..betul gak kan mak..ok..kongsi2..hehehe
Pesanan mak ana..nanti bila dah ade anak, cepat2 buatkan aqiqah..jangan tangguh2..kalau tangguh2, takut xterlaksana pula..walaupun aqiqah tu ibadat sunat je, tapi hikmah nyer sgt besar..Bila dah lepas,rasa rugi.. Jangan jadikan duit sebagai alasan dan halangan. Sbb duit boleh di cari..tapi ganjaran Allah S.W.T dan syafaat Rasulullah S.A.W..hanya orang yg bersungguh2 akan dapat. Percaya la..bila kita laburkan harta dan wang ringgit ke jalan Allah S.W.T dan semata2 kerana Allah S.W.T, Allah S.W.T akan balas lebih daripada apa yang kita laburkan. Wallahua'lam...(^_^)
PENGERTIAN ‘AQIQAH
* ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
* Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
* Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
* Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
1. Berdoa semasa hendak menyembelih:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
HIKMAH ‘AQIQAH
1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
PERBEZAAN ANTARA AQIRAH DAN KORBAN
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:
1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment