Alumni JPPI muslimin (Bukhari,khairul,Fadli,Loqman,Fauzi,Salleh,Ann,Qudus)
muslimat (Rehan,Wahida,Raudhah dan Hida)
Salam..muslimat (Rehan,Wahida,Raudhah dan Hida)
Program : Perjumpaan Alumni JPPI Psas
Tempat : Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Tarikh : 15/11/2009 (Ahad)
Masa : 11.30 am
Dah lebih setahun ana tinggalkan alam kampus di politeknik..
Masa dpt jemputan tu, subhanallah..seronok nyer...rasa tak sabar nak gi program alumni Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI).. Dulu dikenali sebagai JPPI, tapi skrg nie dah tukar sebagai Rakan Pusat Islam (RAPI)PSAS. Alhamdulillah... Ana dengan sahabat-sahabat (hida,rehan dan wahida) dan muslimin sampai poli dalam pukul 11.30 am, so kire menepati janji jga la kan2..sbb tentatif program utk para alumni bermula pada pukul 11.30..hehe Masa kami sampai tu..ade beberapa orang MT (majlis tertinggi) RAPI yang dah tunggu, utk sambut kedatangan kami.. ish,rasa terharu la plak.. Program tu di jalankan di Dewan Kuliah Utama, masa kami masuk tu..Ustaz Marzuki selaku penasihat Pusat Islam tgh bagi sedikit ucapan. Ustaz cuba menyingkap kembali apa program2 yang pernah kami laksanakan dulu. Kemudian kami, para alumni diminta memperkenalkan diri kepada adik2 RAPI..Selesai sesi taaruf majlis ditangguhkan utk makan tengahari bersama-sama penasihat dan MT RAPI, kemudian solat jemaah di Pusat Islam.. Majlis disambung semula dalam pukul 2.45 pm dengan pembahagian adik2 RAPI kepada alumni utk aktiviti diskusi. Semasa diskusi tu, byk persoalan dan nasihat yang dikongsikan antara adik2, MT dan alumni.. Antara soalan2 yg diutarakan ialah..
Soalan 1:
1) Adakah akak pernah menghadapi sebarang masalah yang berkaitan antara peribadi dan organisasi semasa berada dalam JPPI dulu, sekiranya ada bagaimana cara akak dalam menangani masalah tersebut bagi bagi memastikan masalah tersebut tidak menjejaskan perjalanan dan kelancaran organisasi? (sebenar nyer soalan nyer panjang lagi..tp di ringkaskan je la..sbb org yg tanya pn pening,yang di tanye lagi2 pening..hehehe)
Jawapan :
(Setelah membuat muka blur bberapa ketika (hancur ayat bm nie..hehe), ana pun mula menjawab..hehe) Erm..setiap orang pernah dan akan menghadapi masalah, xkire la masalah dengan diri sendiri, sahabat2 dan organisasi. Mcm kak raudhah, antara masalah dan dugaan yang pernah akak lalui masa dalam organisasi dlu adalah, akak dan sahabat2 di dikatakan berpuak2..ish,berat sebenar nyer masalah nie..sampaikan pernah kna tgur dengan pimpinan atasan dalam meeting. Sedangkan mereka sendiri tak pernah bertanye pada kami kesahihan khabar angin tu..tp xpe la..Bila kita berada dalam organisasi,buat kerja sama2..ukhuwah kita akan rapat sgt..tp tu x bermaksud,kita xberkawan dgn orang lain
masa tu mmg sdih la, sbb org buat cerita tentang kami. mgkn org yang x senang dengan keakraban kami..wallahua'lam.. padahal akak2 bkn mcm tu, kmi kwn dengan sesiapa sahaja..dan bertegur sapa dengan smua orang. Tapi alhamdulillah, Allah nak tunjuk..masa perjumpaan akhir, akak telah minta adik2 mentee bagi komen bertulis ttg akak dan MT JPPI..dan salah satu surat tu,terluah la perasaan tidak puas hati yang mngatakan akak2 JPPI ni berpuak2.. dan akak sendiri mmg terkejut sbb org yg meluahkan tu merupakan orang yang ada jawatan dalam JPPI..Cuma terkilan sbb, dier x cuba bawa berbincang perkara tersebut..tp menyampaikan pada adik2 JPPI yg lain hingga menimbulkan satu tanggapan negatif terhadap kakak2 JPPI.. kemudian akak sendiri telah berjumpa dgn dier, dier mengaku.. Kesimpulan nyer disini, apa2 masalah kena hadapi dengan tenang dan cuba bawa berbincang, jangan cepat melatah..selidik dulu kesahihan sesuatu perkara yang di sampaikan. InsyaAllah..kalau kita di pihak yang benar, Allah akan sentiasa bersama2 kita..Dan yg penting,walau siapa pun kita..kita tetap sama dan hina di sisi Allah..perkara tu bleh jadi pengajaran juga pada akak supaya sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan dari org lain, setiap manusia xkan terlepas melakukan kesilapan..(^_^)
Soalan 2
Pada pendapat akak, apakah persiapan untuk diri adik2 RAPI sekiranya tahun depan mereka xdapat asrama dan terpaksa menyewa di luar. Seperti yang di ketahui, terlalu besar cabaran yang perlu di hadapi sekiranya menyewa di luar. Dan bagaimana cara mereka nak istiqamah dengan apa yang mereka lakukan dalam kehidupan di kamsis berbanding kehidupan di luar sana?
Jawapan :
Pada pendapat akak, smua tu bergantung pada diri adik2 sendiri..setiap orang ade matlamat sendiri. kalau matlamat adik2 join RAPI sbb nak dapat kamsis,adik2 silap..adik2 kna betulkan niat smula. Sebenarnye xde masalah klu adik2 duduk di luar kampus, tp kna jaga diri dan tetapkan pendirian. Jangan terlalu mudah terpengaruh dgn rakan2 lain yang suka buat sesuatu yang xbaik. Jangan biarkan persekitaran yg xbaik mempengaruhi adik2 tp adik2 yg kna mempengaruhi persekitaran supaya menjadi baik. Bila adik2 duduk luar,mgkn susah sikit nak join program2 seperti di kamsis, cth nyer..kuliah maghrib, kelas KAFA, usrah dan lain2..tp orang kata, nak seribu daya xnk sribu dalih. Adik2 boleh tgk dkt masjid2 di kawasan perumahan, biasanya pasti akan ada ceramah agama dan bbrapa program2 keagamaan..apa salahnya adik2 join. Dalam apa2 keadaan, adik2 kna istiqamah dlm melakukan sesuatu yang di sukai Allah S.W.T..igt blk matlamat utama adik masa join RAPI sblm nie..kebanyakkan adik2 mesti cakap matlamat dia join RAPI sbb nak diri adik2 menjadi lebih baik dan jadi muslimin muslimat yg soleh dan solehah kan.. Jadi istiqamah la, igt stiap yg kita lakukan kerana Allah S.W.T pasti kita akan selamat walau di mana kita berada. Satu lagi, adik2 ada Mentor dan sahabat2 usrah..teruskan berhubung dan jaga ukhuwah antara satu sama lain..
Soalan 3 :
Pada pendapat akak, ape yang perlu boleh kita lakukan jika ade rakan-rakan yang liat nak pergi kuliah maghrib atau usrah?
Jawapan :
Sebenarnya masalah ni memamg akan timbul bila kita buat program2 islamic. Cth kuliah maghrib, ade sahabat2 yg mls nak pergi pi..so adik2 kna ambil penyelesaian sndiri sbgai seorang shbt. Setiap kli nak pergi kuliah maghrib, ajak shbt kita tu..klu dia sruh pergi dlu..paham2 la kan...msti xnampak btg hidung la kat pi nnt..adik2 tunggu dia. Jgn ptus asa nak ajk..klu stiap hari adik dah terpacak kat dpn pintu blk dia, lama2 mesti dia boring dan dah xtau nak bagi alasan ape kan..lama2 xperlu kita pelawa,nmpak je kita dtg dia akan paham2 sendiri..InsyaAllah,cuba la..hehe kita nak ajk org buat baik bkn snang..mmg tu la lumrah hidup. Cth akak sbagai mentor dlu, ade adik2 mentee yang liat nak dtg bila akak buat usrah..dengan alasan byk assigment, ade masalah peribadi, tertidur dan sebagainya...penyelesaianya, utk usrah akan dtg..akak minta nak buat usrah kat bilik adik mentee yg suke bg alasan tu..lagi satu sebagai mentor kna slalu follow up adik2 mentee supaya adik2 mentee x rasa tersisih dan xpenting. Ukhuwah antara kita dgn sahabat kna jaga..Tunjukan peribadi yg baik..supaya boleh jadi cth pada shbt2 lain.
Soalan 4 :
Ape perasaan adik2 selepas hampir 1 sem menyertai RAPI?
(Ana pula tanye dkt adik2 RAPI..hehe)
Jawapan :
1. Rasa seronok sgt..sbb byk aktiviti2 yg dilakukan. Dapat isi masa lapang dengan perkara2 yang berfaedah.
2. Rasa ada perubahan yang positif pada diri sendiri. Dpt membentuk sahsiah diri yg lebih baik.
3. Ukhuwah antara sahabat2 lebih baik..
Masa diskusi dah hbis..jadi xsempat nak tanye pada smua adik2..hehehe
Hbis slot diskusi, kami di sajikan dgn persembahan multimedia oleh MT2 RAPI bagi program2 spanjang sesi Julai 2008 dan Jan 2009..Selepas itu alumni juga membuat tayangan multimedia bagi program2 bagi sesi Jan 2008.. Setelah selesai persembahan multimedia, para alumni, MT RAPI dan adik2 RAPI bersalam salaman. Kemudian program di teruskan dgn diskusi antara MT dan alumni mengikut lajnah masing2.. Dan yg sedihnya ana dan rehan terpaksa meninggalkan program lebih awal, xsilap ana dlm pkul 4.30 pm sbb ana kna blk ke Putrajaya..rehan plak kna blk ipoh..klu lmbt,tkt sampai lwt plak kan..bahaya!hehe(^_^)
Apa2 pun seribu penghargaan dan ucapan terima kasih ana kepada RAPI Psas atas kesudian mereka menjemput ana dan sahabat2. Perasaan yg bercampur baur antara rasa bersyukur,terharu,sedih,rindu,sayang,kasih dan gembira ssh nak diungkapkan..sbb masih ade yg mengingati akhi2 dan ukhti2 yg dah lama meninggalkan organisasi secara langsung. tapi sbenarnya secara x langsung, hati2 kami masih segar dengan kenangan semasa berada di dalam RAPI/JPPI...
p/s : InsyaAllah..."Ukhuwah yang terbina antara kita bukan ibarat kuntuman BUNGA...tapi ibarat TASBIH. Ada AWAL tiada PENGHUJUNG... dicipta demi kasihNya, dicantum demi cintaNya, diratib demi redhaNya" Wallahua'lam..
2 comments:
Alhamdulillah,pe yg ditanya oleh adik2 rapi akn terjawab ble membaca blog ukhti raudhah..
Erm..insyaAllah..Ukhti raihan pula,bile nak jwb soalan2 adik2 Rapi dkt blog?leh jadikan rujukan nnt...hehe
Post a Comment