February 8, 2011

Pada suatu hari......=)



Ya Allah...
Hidupkanlah aku sebagai orang miskin, Matikanlah aku sebagai orang miskin,
Bangktkanlah aku kelak di hari kiamat bersama kelompok orang miskin.

(Doa Rasulullah SAW)

Assalamualaikum wbt...
Rasanya dah lama sangat tak update blog, dah bersawang da..huhu banyak yang nak dikongsi tapi kerana kekangan masa yang tak mengizinkan.. Alhamdulillah... dalam bulan Disember yg lpas macam-macam perkara berlaku, tapi yang pasti setiap kejadian dan perkara yang berlaku terungkai seribu satu hikmah dan pengajaran. Terpulang pada kita bagaimana nak menghayati dan menerima setiap hikmah dan pengajaran tersebut.. jika kita hambaNya bersyukur,pasti setiap kesulitan dan kegembiraan yang kita lalui, dilalui dengan hati yang ikhlas. Allah..Allah..

26/11/2010 ~ Majlis di Terengganu

Dirumah pengantin perempuan ~ Terengganu

Alhamdulillah along selamat akad dan nikahnya di rumah zaujah nya di terengganu. so excited, sbb dapat kak ipar.. mak abh pula dapat menantu pertama.. semangat! hehe
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan melindungi kami di sepanjang perjalanan dari terengganu ke Perak. Semasa perjalanan pulang, sempat lagi singgah tengok gajah..hehe terima kasih yg xterhingga pda jiran2 yg sudi sama-sama ikut rombongan pengantin.. ikut planning awl, cuma 2 or 3 buah kereta je.. maklum la, bertolak pada hari bekerja. tiba2 last minute jadi sampai 5 buah kereta.... semoga perjalanan ini menjadikan tautan ukhuwwah antara keluarga ana dan jiran2 semakin erat bersaudara..=)

05/12/2010 ~ majlis di Perak

kurang seorang.. siapa ye??

Hari yg bersejarah buat kami sekeluarga, kenduri kahwen yg pertama dalam keluarga. Terkilan sbb ana xdapat balik lebih awal untuk bantu2 persiapan. kasihan mak,abah,along dan adik terpaksa berhempas pulas. Dua anak perempuan xdapat bantu..sbb kakak ada exam, ana pulak xdapat cuti..huhu tapi alhamdulillah... jiran2 kat sini memang terBaek la.. memang kuat semangat rukun tetangganya...kampung la katakan. kebiasaannya kemas2 rumah ni mcm pasang langsir,sapu sampah,hias bilik pengantin sendiri buat la kan... tp kat kg ana ni, jiran2 yg bantu. urusan yg banyak jadi mudah dan siap dgn cepat! =) mungkin memahami keadaan mak, xde assistant dia yg dua org nie (kakak dan ana)..hehe Terima kasih pada shbt2 ana yg datang dari jauh semata2 nak penuhi undangan ana.. ana mmg berharap sgt kalian datang.... terharu+gembira sangat.. Lain kali dtg lagi yerk...^___^

p/s : Terima kasih pada smua jiran2, saudara mara, shbt2 serta semua yg sudi datang memeriahkan majlis, membantu dan mendoakan. Hanya kasih Allah dan rahmat Allah yg dapat membalas jasa baik kalian.. InsyaAllah..=)


07/12/2010 ~ Selamat menyambut Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah.. Teringat masa zaman sekolah dulu, masuk pertandingan nasyid nyanyi lagu Hijrah...huhu
Suara tak sedap pun, jadi suara latar je..tapi agak kagum la, sekolah kami boleh sampai peringkat negeri dan dapat no 3 lagi tu...kenangan tu..hoho.. Alhamdulillah..thn ni merupakan thn yg sangat bermakna buat ana, penghirahan yg telah lama ana cuba lakukan.. tiada kata seindah bicara yg dapat ana lafazkan melainkan syukur alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan hidayah dengan caranya yg sangat halus dan cantik supaya ana laksanakan urusan itu. Semoga ana istiqomah, doakan ana sahabat2 semua.... Walaupun ramai yg bertanya, kenapa pakai tudung besar? tudung dulu dah ok dah...labuh juga.. Jawapan ana cuma senyuman...^__^ hanya hati ini dan Allah yg Maha Mengetahui.. Hijrah itu adalah perubahan, perubahan itu adalah fitrah yg berlaku sepanjang sejarah hidup seorang manusia itu.
selagi mana perubahan itu kearah keadaan yg lebih baik, xde salahnya btul x?=) Semoga hati kita semua terus terikat utuh dengan cara hidup islam dan berlandaskan syariat Islam.


25/01/2011 ~ Family Day Nisa'
Alhamdulillah... Setelah perancangan yg sekian lama, Allah permudahkan pelaksanaan program hari keluarga Nisa' dan P.Putrajaya pada hari kejadian..hehe Walaupun minggu tu terasa nak blk kg sangat2, rindu pda family di kg.. Tp terpaksa korbankan perasaan rindu pda Family dan bila join program anjuran Lajnah tarbiyyah ni, terasa terubat rindu dan puas hati sangat2.. Allah..Allah.. indahnya bila kita berkumpul dengan insan2 yg hatinya bersatu dan berkumpul kerana ingin meraih kasih dan redha Allah SWT.. Macam2 aktiviti yg dianjurkan, geng2 baju purple (Nisa' putrajaya) selaku urusetia, mmg setia la berpanas terik bagi memastikan kelancaran program.hehe tapi yg pasti..semua itu berbaloi2, walaupun penat dan letih tapi gembira sangat dapat berkenal-kenalan, melihat gelagat anak-anak bermain, bertukar-tukar pandangan tentang situasi dunia akhir zaman ini.. Ya Allah satukan hati-hati kami supaya kami terus teguh dan utuh dijalanMu bagi menuju cita-cita yg satu iaitu meraih SyurgaMu ya Allah..=)04/02/2011 ~ Dating with my love
Cuti punya la lama... sbb hari isnin TERcuti..hehe so, lagi lama la duduk kat kg bersama keluarga tersayang.. suka2...^____^
Hari Jumaat, x pegi mana2 pun... tiba2 tghari tu abah ajak pergi Lumut.. Abah cakap ptg2 best ambil angin kat tepi laut.. pastu abah kata rindu tempat yg abah selalu pergi dulu... sedih plak dgr abah ckp mcm tu...huhu lpas solat asar, kami gerak ke Lumut.... tp sedihnya, org ramai bebeno.. lupa plak, kan cuti thn baru cina...... pusing2 cari parking xde.. akhirnya dapat la, tp dkt hujung2.. xpe la, bila dah turun dok kat tepi laut tu, nampak abah berdiri renung laut melayan perasaan... mesti abah rindu sgt2 tmpt tu..mesti abah terkenang balik kenangan2 dulu... Dulu kami sekeluarga selalu pergi pulau pangkor, sbb ade saudara. tapi skrg dah xde dah...so, mmg x pergi dah la.. Lpas tu baru perasaan, ktorg parking kreta kat kawasan tunda kereta....hoho patut la kosong...tp still ada kreta lain parking kat dpn dan belakang..cuma xberani la tinggalkan kreta, silap2 dpt surat cinta...hehe pastu ape lagi, cpt2 la keluar...abah mcm sedih je, abah ckp xbest la kejap sgt.... bkn nak blk lagi, nak cari parking dan tmpt lagi best la abah..hehe cari punya cari...aduhai..mmg smua full, yg tepi2 jln pun pnuh....=( Akhirnya, kami plan nak blk je...jln2 cari mkn plak..hehe masa ikut jalan nak keluar tu, ade la parking...tp tmpt tu ramai org memancing. ade gak yg berkelah dgn family, kira ok la... benti kejap tgk2 pemandangan,tgkp gmbr, mnum air radix buatan syakir.. heee.. pastu dah nak msuk maghrib, abah ajk blk..abah kata dah puas hati dah, walaupun kejap... Alhamdulillah....^_____^ tu yg nak dengar tu..... dah jadi tanggungjawab kita sbagai anak2 untuk membahagiakan mak ayah.. kalo mereka gembira, kita juga gembira!! hehehe.. InsyaAllah....lpas ni kalo ada kelapangan dan rezeki lebih, kita pergi cameron highland plak..mak teringin nak pergi cameron highland.. walaupun mak xcakap terus terang, tapi org tau mak nak pegi.... mcm mna org tau?? org kan anak mak...^____^

06/02/2011 ~ Bertunang
Opss bkn ana yg bertunang... kwn baik ana..=)
Walaupun perancangan awl kami akan dtg ramai2...tp perancangan Allah tu pasti yg terbaik..=)
Jadi, ana la yg mewakili vvip lain (kak long, fiza, ju, dan rehan) pergi ke majlis pertunangan kawan baik kami zuraini mat aris...hehe Selamat bertunang, semoga dipanjangkan jdoh dalam rahmat ilahi.. insyaAllah..

p/s : Kepada vvip yg lain, kak long, fiza, ju dan rehan... sila hadir semasa majlis perkahwinan cik zuraini ye... kalau tidak.... xpe, ktorg hadir majlis korg pulak..hehehe
08/02/2011

Cik ju : Update la blog...
Cik Adah : hehe.. la, ade jgak peminat stia blog nie rupanya... =p
Cik ju : Update la.. stiap kali lawat xde ape2 yg baru pun...

Cik Niza : dah sent pic.. nnt dah update blog bgtau ye....
Cik Adah : InsyaAllah.. ptg ni tgk la.

Cik Ina : Lamanya x tgk blog raudhah..
Cik adah : xyah tgk kak ina..xde ape2...hehe tp ptg ni bleh la tgk..tgh update nie... huhu

Alhamdulillah......tugasan yg tertangguh sekian lama dapat diselesaikan...^____^
harap kalian bersabar ye....sbb lepas ni xtau tahun bila plak nak update...hihi

January 27, 2011

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?

* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

http://www.zaharuddin.net/

www.zaharuddin.net

P/S : Moga dapat pengajaran dan pelajaran dari perkongsian ini. Ya Allah.. bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.. Berikanlah cahaya pertunjuk dan hidayah kepada mereka dan kami juga.. "

January 11, 2011

Nilai sehelai kain


kalau dulu ku tahu nikmat iman itu sgt manis.semanis madu...
sudah lama ku titipkan dalam hati ini dgn cara Islam..

sudah lama ku sarungkan kaki ini dengan sarung stokin yg comel...

agar tidak nnt aku berpijak di atas landasan api yg panas kelak..


andai ku tahu bertapa selamatnya bertudung labuh...

sudah lama ku jadikan tudung yg berkain jarang itu..

bukan dr sebahagian jemuran di ampaian..
bila ditiup angin...
terbang entah ke mana
habis mengundang bencana..

kalau ku tahu permata dan berlian itu indah..

indah dipandangan mata hingga mengundang petaka..
sudah lamu ku jadikan tudung yg bertahtahkan permata n berlian itu sebagai..pengalas meja... bukannya menjadi p'lengkap m'singkatkan lagi hingga menampakkan yg tak sepatutnya..
subhanallah..


andai ku tahu
bunga mawar itu cantik..
mudah menjadi panahan lelaki..

kelak membinasakan diri..

seharusnya aku harus menambahkan duri2 mawar
...
agar tidak mudah aku terjebak dgn londakan nafsu...

agar tidak mudah daki-daki kotor berpaut pd pautan itu..


-iman adalah p'lengkap kehidupan... bisik seorang teman-

p/s : ana xpandai menyusun kata, tapi ianya membawa maksud yang sama dari lubuk hati ini. Semoga Allah pasakkan istiqomah dalam kembara di jalan Allah SWT..


kadang-kadang keadaan sukar untuk dimengertikan, ditafsirkan........ maka kembara diteruskan... Ya Allah....redhailah perjalananku. ...^___^

December 21, 2010

Hanya Pada Wanita..^___^

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Temannya adalah airmata.. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang....

Dia kuat menahan diri apabila disakiti, bahkan mampu berbuat ihsan lagi tatkala dunia dan seluruhnya mensia-siakan dirinya, kekuatan dirinya adalah kelembutan hatinya yang bersifat rahim... kerana salah satu sifat RAHIM ALLAH ada dalam dirinya... tidak ada pada orang lain melainkan pada wanita...

Subhanallah...^___^





November 3, 2010

Mencari CintaNya yang satu..^__^


Lirik: CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Assalamualaikum wbt...

Sangat jatuh cinta sama ini lagu....hoho Ana dapat lagu ni dari seorang sahabat..lagu ni dah lama,tapi maybe ana ketinggalan bas kot...hehe walaupun dah dengar banyak-banyak kali, masih terasa sayu seperti pertama kali dengar.. Sayu dan sangat menenangkan if dengar dan hayati terutama di subuh-subuh hening dan di malam-malam kelam pasti menusuk ke dalam hati dan sanubari...hehehe ~suka dengar masa siap-siap nak g kerja dan sebelum tidur..huhu~

Cubalah dengar disaat anda resah, sedih, keseorangan, lemah.... Allahuakbar, subhanallah, alhamdulillah.. tenang sangat, pasti menitis air mata..=)

Just nak kongsi satu artikel ni.. menarik dan ringkas tapi penuh dengan pengertian.. jom! (^__^)

Saya katakan pada anak2

“Jangan sekali2 kita bergantung kepada manusia untuk memenuhi impian kita. Kalau menyayangi orang, sayangi dia kerana Allah…dan Allah tetap di atas dan di depan kita. Kalau membenci, benci semata2 kerana Allah…. dan Allah tetap di atas dan di depan kita.

Usah membenci kerana kepentingan peribadi sebagaimana usah menyayangi kerana nafsu sendiri. Kalau kita dikecewakan oleh seorang manusia, InsyaAllah akan ada manusia lain yang lebih baik yang akan didatangkan Allah untuk mengubati kekecewaan kita. Kalau kita redha lagi, ALLAH akan datang sendiri memberi kasih sayang yang tidak terkira hebatnya. Carilah cinta agungNya”

Ada masanya kita tidak suka dengan apa yang berlaku di depan mata. Kalau ia dalam kuasa kita, tanganilah. Tetapi kalau di luar kuasa kita, berdoalah dan redha dengan taqdirNya. Di sana kita akan meniti cinta agungNya.

Penghormatan atau penghinaan orang pada kita bukanlah perkara utama dalam hidup dan kita tidak perlu berhempas pulas mencari atau menghindarkannya. Tetapi berusahalah sekuatnya2 mencari cinta agungNya.

Adakalanya kita sudah melakukan yang terbaik, tetapi tidak di mata orang lain.

Adakalanya kita tidak melakukan apa2 tetapi dibicarakan orang sebaliknya.

Adakalanya kita menyangka baik terhadap seseorang, tetapi kita kecewa di penghujungnya.

Adakalanya kita menyangka tidak baik pada seseorang, tetapi rupanya dialah insan terpuji yang tidak kita ketahui sebenarnya.

Pujian merosak jiwa kalau tidak dikembalikan pada Yang Maha Pencipta.

Penghinaan penguat tekad asalkan kita menerimanya dengan sabar.

Kalau memuji orang pujilah perbuatannya sahaja bukan apa yang ada padanya, takut kita membawanya pada riak. Membenci orang juga pada perbuatannya bukan apa yang ada padanya, takut kita membenci orang yang mungkin sangat dikasihi Allah sedangkan kita tidak tahu. Siapalah kita hendak membenci kekasih Yang Maha Agung.

Kebahagian dunia yang kita dapat hanyalah bonus dari Allah. Bonus tidak datang setiap masa. Bonus itu hadiah dan apabila melihat sendiri ke dalam diri kita, kita akan malu sendiri dengan ibadah yang tidak sebeberapa dan dosa yang bertimbun, masih menerima anugerah kebahagian dariNya.

Ujian itu adalah bonus yang lebih mahal kerana kesabaran kita menghadapinya akan dibalas dengan rahmatNya yang sangat besar.

Letakkan diri kita sentiasa dalam genggaman Allah. Kerana cinta Allah pada makhluk yang taat itu membuatkan kita tidak lagi memerlukan cinta manusia yang kerap menyakitkan .

Hargai nikmat iman kerana tidak semua dapat merasanya. Nikmat yang tidak dijaga dengan baik akan ditarik balik dan kita akan tercampak ke lembah yang sangat hina.

Indahnya hidup beriman, dalam derita kita akan mencari cinta agungNya. Dalam bahagia kita mengucap rindu padaNya.

sumbernya dari blog ini

http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

November 1, 2010

~No Title~

Assalamualaikum wbt....

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
(QS An Nur:26)

-
-
-
-
-
-
-
-
Sekian terima kasih!
Renung-renungkan dan selamat beramal
^___^

October 27, 2010

Komunikasi dengan Allah SWT

Assalamualaikum wbt...

Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).


Ya Allah
jadikanlah kami termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami terhadap putus asa dari rahmatMu.
Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu atas segala nikmat dan ujian. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik dari sisiMu. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.

Doa adalah senjata umat islam... oleh kerana kita adalah makhluk Allah swt yang hina dan sangat lemah maka doa kepada Allah swt adalah sangat penting. Allah la sebaik-baik pendengar dan pelindung atas setiap kejadian yang berlaku kepada kita seharian. Tidak dinafikan.. kadang-kadang kita menjadi makhluk Allah yang sombong dan lupa diri. Apabila kita senang dan diberi kenikmatan, kita lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah SWT. Sombong kerana walaupun Allah telah menyatakan Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa-doa hambaNya, tetapi apabila menghadapi masalah, masih ramai yang hanya meluahkan pada makhluk sejenis. Malahan yang lebih dasyatnya.. masih ada yang meminta pertolongan dari bomoh, bersahabat dengan jin dan syaitan. Kemudian, bila sudah buntu mencari penyelesaian baru teraba-raba mencari dan meraih perhatian dari Allah. Itu adalah konsep yang salah serta terang-terangan menunjukkan betapa sombongnya makhluk Allah yang bernama manusia ini. Tapi sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih dan penyayang.. Dia tak pernah lupakan dan menjauhi hambaNya tetapi kita yang selalu lupa dan menjauhkan diri dariNya hanya kerana terpesona dengan nikmat dunia yang sementara.

Jadi, cuba kita muhasabah diri, berapa peratus kebergantungan kita terhadap Allah swt? kenapa perlu sombong dengan Allah swt sedangkan kewujudan dan kelahiran kita kedunia ini adalah atas keizinan Allah swt yang menciptakan kita dengan uniknya. Seperti pengalaman ana semasa solat dimana-mana surau atau masjid. Selesai solat dan imam memberikan salam , berpusu-pusu jemaah keluar. Jadi saat bila mereka berdoa? bukankah itu sombong namanya.. Ana dulu pun, ambil mudah tentang tertib membaca doa, tetapi teringat teguran seorang warden semasa solat berjemaah dia surau asrama sekolah menengah dahulu. Orang-orang yang tidak berdoa terutamanya selepas solat adalah orang yang sombong dengan Allah swt.. Layakkah kita makhluk yang hina ini menyombongkan diri..??


Cuba kita muhasabah diri kita lagi.. dalam sehari, 24 jam. Berapa kali kita berdoa kepada Allah? paling tidak pun, 5 kali..betul x? sebab berdoa selepas solat fardhu. Sebenarnya setiap saat dan waktu, dalam apa jua perkara yang kita lakukan kita kena berdoa pada Allah swt. Ana teringat juga semasa menghadiri satu bengkel yang bertajuk komunikasi dengan Allah. Memang seronok.. penceramah itu menekankan tentang kepentingan kita bergantung kepada Allah swt. Setiap apa yang kita lakukan, seolah-olah kita beri tahu dan mengadu pada Allah swt.. Contoh nya.. ucapkan apa yang kita rasa.. "Ya Allah...terima kasih kerana bagi saya makan".. "Ya Allah..hari nak hujan la.." "Ya Allah..nak temuduga kerja ni, sijil tertinggal pulak..".. "Ya Allah...nak makan, tapi duit xdak pulok..." "Ya Allah..gembiranya" ..Ya Allah..sakitnya".."Ya Allah...sedihnya".. Ya Allah... nak bawak kereta ni.. tapi tak cekap lagi. Mcm mna ni Ya Allah".. Bukan susah pun.. hanya menyebut Allah, itu tanda kita sentiasa ingat pada Allah. Kalau kita cakap kat sahabat kita, "minah..nak makan tapi duit xdak la.. "mungkin la sekali, dua dia boleh la bagi pinjam duit atau paling best belanja makan.. lepas tu? pandai-pandai la bawak diri... Tapi kalau kita mengadu pada Allah.. kadang-kadang rezeki yang tak disangka-sangka malahan berganda-ganda nikmat yang diberikan.

Jadi sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama lihat kepentingan dan keunikan doa dan komunikasi kita dengan Allah swt.. Dengan berdoa kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Doa yang penuh dengan keimanan dan keikhlasan, sudah pasti Allah swt takkan hampakan. Tak perlu menunggu masa solat atau ditikar sejadah, tapi dimana-mana sahaja kita boleh berdoa.. bukankah Allah swt itu wujud dan ada dimana-mana sahaja.... ^_^ Allah swt pasti akan memakbulkan doa hamba-hambaNya. Cuma bila, dimana dan bagaimana.. Allah swt unik pada caranya..PERCAYALAH DENGAN JANJI ALLAH...

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
(surah Ghafir: 60).

InsyaAllah... ^_^
... Wallahua'lam

Ada masanya kita perlu bersendirian memerhati dan merenungi tentang keindahan alam ciptaan Allah swt.. supaya hati kita lebih tenang dan mudah dalam berkomunikasi dengan Allah swt . Dan waktu yang paling tepat untuk kita berkomunikasi dengan Allah adalah semasa kita solat dan semasa kita menikmati alam semulajadi.


p/s : Ibu kepada seorang sahabat ana, asiah. sedang sakit dan kini berada di PPUM. Mohon, semua sahabat-sahabat mendoakan kesihatan ibunya.. semoga Allah swt berikannya kesembuhan dari penyakit dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai hamba Allah.. amin


Tamansyurga_87

"Jaga Diri Hiasi Peribadi"

October 21, 2010

Peringatan Buat Diriku Yang Lupa..

Assalamualaikum wbt...
sekadar perkongsian di hari khamis yang agak menyesakkan buat ana...huhu lepas sahur pagi tadi tertidur, kemudian bangun dah terlewat..hampir pkul 6.30 pagi...tunggu turn nak masuk bilik air pulak...aduh! keluar rumah dah pkul 7 lebih..Tapi alhamdulillah...Allah permudahkan, sampai dekat bas stop..bas nadi putra berderet tengah tunggu penumpang...hehe

Semalam ada meeting nisa'... perkongsian yang diberikan oleh sahabat nisa' tentang golongan akhir zaman.. Memang tersentak, tersentuh dan harusnya terasa bila mendengar setiap ciri-ciri golongan akhir zaman.. kita umat akhir zaman... semoga Allah bagi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara yang boleh menghumban kita ke lembah neraka jahanam.. Tetapkan didalam hati...syurga adalah matlamatku.. sekiranya ada ciri-ciri tersebut dalam diri kita... dan sudah pasti sedikit sebanyak ada di dalam diri ana dalam sedar atau tidak.. ayuh! kita perbaiki... Jangan tunggu sehingga dunia tiada lagi berzaman.. Kiamat!

6 Golongan akhir zaman

1~ Terlalu banyak berseronok
2~ Terlalu mewah
3~ Sibuk mengumpul harta
4~ Tipu menipu semata-mata untuk dunia
5~ Bergaduh sesama sendiri
6~ Hasad dengki dan zalim menzalimi

Wallahua'lam..

p/s : Ana nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa berkenaan dengan post ana sebelum ini. tidak dinyatakan siapa dan dimana 'mereka' itu. Jadi jangan terasa... ianya sekadar luahan rasa dari hamba Allah yang serba kekurangan ini. Masih mencari ilmu dan sedang cuba menjadi seorang hamba Allah yang sentisa bersyukur dengan setiap perkara yang berlaku.. Ya Allah... jauhi la aku dari menjadi golongan akhir zaman...T_T

October 18, 2010

Selamat Hari Lahir yang ke 18

15/10/1992~~15/10/2010

sedang menunjukkan skill nyer..tp hari tu ana dgn adk lwn regu dgn along dan nyah.. keputusannya... kami menang!hoho

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...sudah berumur 18 tahun adik bujang ana nie... eh..kakak2 dan abang dia pun bujang lagi...hehehe
Ni la satu-satunya adik lelaki ana... adik perempuan memang xde k...huhu
Jarak umur adik dengan ana agak jauh la...5 tahun. Tapi kalau jalan sama-sama macam sebaya je kot....ana yang awet muda ke....~astagfirullahalazim..angkat bakul sediri nie...hoho
Adik ana ni sedang belajar di tingkatan 6...cita-cita dia nak masuk universiti lepas stpm ni... jadi kita doakan untuk kejayaan dia, boleh? boleh ye.......syukran..^_^
Ok la... walaupun agak lewat sikit menulis post ini, tapi still nak ucapkan selamat hari lahir Syakir!=)

*Semoga menjadi insan yang taat kepada Allah swt dan menjadi anak yang soleh permata hati mak dan abah..

*Moga diberikan petunjuk dan inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya dapat mendapai keputusan yang cemerlang di dalam STPM yang akan diduduki pada tahun hadapan. insyaAllah...

*Barakallahu fiik, moga Allah memberkati kehidupanmu di dunia dan akhirat. Ameen.

SLide KhaS Untuk AdikKu...


October 15, 2010

Bergelar muslimah solehah perlu 'mencari' dan 'menjadi'

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

Untuk bergelar muslimah sejati.. bukan hanya perlu 'mencari' tetapi perlu 'menjadi' juga..

*Menjadi seorang yang tahu syariat berpakaian..menutup aurat..

*Menjadi seorang yang suka melakukan kebaikan seperti bersedekah, bersedia membantu orang yang meminta pertolongan

*Menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan dan amalan kebajikan

*Menjadi seorang yang menjaga tutur kata dan perlakuan (akhlak)

*Menjadi seorang yang tabah dan redha atas setiap ujian yang Allah berikan, dengan memandang setiap yang berlaku ada hikmahnya.

*Menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan samada kurniaan Allah itu berbentuk ujian atau nikmat.

*Menjadi seorang yang menjaga batas pergaulan dan memelihara kehormatan diri

Menjadikan isteri Rasulullah sebagai model dan ikutan.. insyaAllah , lurus iman dan mudah tindakan untuk menjadi muslimah sejati..

Sejak akhir2 ini ana dapat rasakan kekosongan dalam kesibukan.. Allah, tanda apakah itu...T_T Pasti ada yang kurang.. sekadar deraian air mata dihujung sujud belum dapat memberi ketenangan untuk jiwa resah gelisah ini. Masih cuba mencari-cari jawapan bagi setiap persoalan yang berlegar2 difikiran.. Apa lagi yang tidak cukup?? ana hanya mampu bermonolog sendiri, cuba mencari apa yang merunsingkan fikiran dan mengugat ketenangan jiwa..

Teringat bait kata-kata dari buku ustaz Hasrizal ..'untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal. Zikrullah, solat dan majlis ilmu sering mengundang damai. Sedangkan DOSA, LAGHA dan tenggelam oleh urusan dunia acapkali menimbulkan resah gelisah. Allah..Allah... ana solat, zikir, menghadiri majlis ilmu... tapi mungkin ada dosa, lagha dan cintakan dunia menyebabkan ianya mengatasi damai jiwa. Astagfirullahalazim....

Jawapan hanya satu..MAHU MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH..

Macam-macam dugaan dan cabaran yang datang menguji tahap keimanan. Memang payah nak berubah kepada kebaikan. Hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan jalan buat ana untuk 'menjadi' muslimah solehah.. masih sedikit kasih ini dipadukan untukMu Ya Tuhan..............
Allah... bantulah hambamu ini...sekiranya perkara itu baik buatku, agamaku, urusanku masa kini dan masa akan datang serta diakhirat jua.. maka berilah kekuatan padaku.. tunjukkan jalan itu..='(

P/S : Ana cemburu dengan muslimah solehah yang lain.. cara pakaian, iktilad yang terjaga, ibadat yang istiqomah , akhlak yang terhias indah serta kata-kata yang tegas bermanfaat..cemburu! cemburu! cemburu!...huhuhu Doakan untuk ana....:)

Selamat Hari Lahir untuk adik ana, Syakir. insyaAllah akan ada entry khas utk dia...^_^

Tamansyurga_87

"jaga diri, hiasi peribadi'

October 14, 2010

Amaran...!

Assalamualaikum wbt...

Amboi...tajuk macam serius je..(tp memang serius pon)..huhu amaran pihak berkuasa ke?? Tak la..amaran kesihatan je...dari klinik halimunan
raudhah..hehe gurau jek....entry tentang..Jangan lakukan perkara-perkara ini selepas makan!

Hari ni nak kongsi tip kesihatan plak.. Nice info,share dari blog org lain..hehe kadang-kadang dah tau,tapi ambil ringan je btul x?=D Entri ni bukan lah fatwa atau rujukan perubatan. Sekadar “good to implement”, saje k..

  1. Don’t smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher) --->> Sebaik-baiknya siapa yg merokok tu...berhentilah merokok..kesian kat org sekeliling anda...huhu

  2. Don’t eat fruits immediatelyImmediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal--->> Xsuka makan buah... ptut la xbsar2..hehe

  3. Don’t drink teaBecause tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest--->> Dalam daun teh ade asid?? baru tau....huhu

  4. Don’t loosen your belt Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.--->> Kalau xpakai tali pinggang...?hehe ikat dgn tali boleh kot....hihi

  5. Don’t bathe Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach--->> Oo patut la petua org dulu-dulu ckp xbleh mandi lepas makan....hehe

  6. Don’t walk about People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In reality this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake--->> Tapi bukan sunnah Nabi ke..bykkan berjalan selepas mkn? confius nie...hehe
  7. Don’t sleep immediately The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine--->> Teringat posisi tidur dalam islam, mengiring sebelah kiri xdigalakkan..kerana diumpamakan seperti tidur raja zalim yg kekenyangan.. maybe lepas ni bleh wat entry tentang posisi tidur mengikut sunnah Nabi...^_^

Tamansyurga_87

"Jaga Diri, Hiasi Peribadi"

October 8, 2010

SMS yg Diblogkan -1-

Assalamualaikum wbt..

salam ukhuwwah kpd shbt2 yg setia mengunjungi blog hamba Allah yg serba kekurangan ini...
Semoga redha dan rahmat Allah sentiasa mendampingi hamba-hambaNya..

Post kali ini sekadar untuk berkongsi mutiara kata yang ana perolehi dari sahabat-sahabat, yg sentiasa menjadi rujukan bila dirasakan tahap keyakinan diri ini semakin down. Semoga dapat memberi manfaat juga kepada sahabat2 insyaAllah... Lagi pun,jika disimpan di dalam inbox pun..xkan memberikan hasil..silap2 ana terdelete...hehe

-
-
-
-

"Aku meminta kepada Allah Taala setangkai bunga segar... DIA beri kaktus berduri. Aku minta rama-rama, diberikan ulat bulu. Aku sedih dan kecewa, namun kemudian... kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu menjadi rama-rama yang sangat cantik. Itulah cara Tuhan, indah pada masaNya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih,kecewa dan terluka tapi jauh diatas segalanya DIA mengaturkan yang terbaik buat hidup kita..." ^_^
-
-
-
"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja takdirkan segala-galanya untuk sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retak hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lunak & mudah dekat dan akrab dengannya...^_^
-
-
-
"Bukan dunia yang dilalui bila dilalui tanpa kesabaran. Bukan kesenangan yang diraih bila diraih tanpa kesabaran. Bukan kebahagiaan yang dikecapi bila dikecapi tanpa kesabaran. Kiranya kesabaran adalah jalan orang2 mukmin meraih segalanya termasuk syurga dan redhaMu Ya Rabb, bila Engkau berkenan menjadikan dunia tunduk dikakiku dan bisa kugunakan untuk kepentingan agamaMu, maka jadikanlah kesabaran menjadi sebahagian dari sifatku.. Ameen..."^_^
-
-
-
-
-
-
-

Bersambung.... Penat menaip aih....hehe
renung2kan dan selamat beramal....^_^
---
--
-
Assalamualaikum...=)