October 27, 2010

Komunikasi dengan Allah SWT

Assalamualaikum wbt...

Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).


Ya Allah
jadikanlah kami termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami terhadap putus asa dari rahmatMu.
Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu atas segala nikmat dan ujian. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik dari sisiMu. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.

Doa adalah senjata umat islam... oleh kerana kita adalah makhluk Allah swt yang hina dan sangat lemah maka doa kepada Allah swt adalah sangat penting. Allah la sebaik-baik pendengar dan pelindung atas setiap kejadian yang berlaku kepada kita seharian. Tidak dinafikan.. kadang-kadang kita menjadi makhluk Allah yang sombong dan lupa diri. Apabila kita senang dan diberi kenikmatan, kita lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah SWT. Sombong kerana walaupun Allah telah menyatakan Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa-doa hambaNya, tetapi apabila menghadapi masalah, masih ramai yang hanya meluahkan pada makhluk sejenis. Malahan yang lebih dasyatnya.. masih ada yang meminta pertolongan dari bomoh, bersahabat dengan jin dan syaitan. Kemudian, bila sudah buntu mencari penyelesaian baru teraba-raba mencari dan meraih perhatian dari Allah. Itu adalah konsep yang salah serta terang-terangan menunjukkan betapa sombongnya makhluk Allah yang bernama manusia ini. Tapi sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih dan penyayang.. Dia tak pernah lupakan dan menjauhi hambaNya tetapi kita yang selalu lupa dan menjauhkan diri dariNya hanya kerana terpesona dengan nikmat dunia yang sementara.

Jadi, cuba kita muhasabah diri, berapa peratus kebergantungan kita terhadap Allah swt? kenapa perlu sombong dengan Allah swt sedangkan kewujudan dan kelahiran kita kedunia ini adalah atas keizinan Allah swt yang menciptakan kita dengan uniknya. Seperti pengalaman ana semasa solat dimana-mana surau atau masjid. Selesai solat dan imam memberikan salam , berpusu-pusu jemaah keluar. Jadi saat bila mereka berdoa? bukankah itu sombong namanya.. Ana dulu pun, ambil mudah tentang tertib membaca doa, tetapi teringat teguran seorang warden semasa solat berjemaah dia surau asrama sekolah menengah dahulu. Orang-orang yang tidak berdoa terutamanya selepas solat adalah orang yang sombong dengan Allah swt.. Layakkah kita makhluk yang hina ini menyombongkan diri..??


Cuba kita muhasabah diri kita lagi.. dalam sehari, 24 jam. Berapa kali kita berdoa kepada Allah? paling tidak pun, 5 kali..betul x? sebab berdoa selepas solat fardhu. Sebenarnya setiap saat dan waktu, dalam apa jua perkara yang kita lakukan kita kena berdoa pada Allah swt. Ana teringat juga semasa menghadiri satu bengkel yang bertajuk komunikasi dengan Allah. Memang seronok.. penceramah itu menekankan tentang kepentingan kita bergantung kepada Allah swt. Setiap apa yang kita lakukan, seolah-olah kita beri tahu dan mengadu pada Allah swt.. Contoh nya.. ucapkan apa yang kita rasa.. "Ya Allah...terima kasih kerana bagi saya makan".. "Ya Allah..hari nak hujan la.." "Ya Allah..nak temuduga kerja ni, sijil tertinggal pulak..".. "Ya Allah...nak makan, tapi duit xdak pulok..." "Ya Allah..gembiranya" ..Ya Allah..sakitnya".."Ya Allah...sedihnya".. Ya Allah... nak bawak kereta ni.. tapi tak cekap lagi. Mcm mna ni Ya Allah".. Bukan susah pun.. hanya menyebut Allah, itu tanda kita sentiasa ingat pada Allah. Kalau kita cakap kat sahabat kita, "minah..nak makan tapi duit xdak la.. "mungkin la sekali, dua dia boleh la bagi pinjam duit atau paling best belanja makan.. lepas tu? pandai-pandai la bawak diri... Tapi kalau kita mengadu pada Allah.. kadang-kadang rezeki yang tak disangka-sangka malahan berganda-ganda nikmat yang diberikan.

Jadi sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama lihat kepentingan dan keunikan doa dan komunikasi kita dengan Allah swt.. Dengan berdoa kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Doa yang penuh dengan keimanan dan keikhlasan, sudah pasti Allah swt takkan hampakan. Tak perlu menunggu masa solat atau ditikar sejadah, tapi dimana-mana sahaja kita boleh berdoa.. bukankah Allah swt itu wujud dan ada dimana-mana sahaja.... ^_^ Allah swt pasti akan memakbulkan doa hamba-hambaNya. Cuma bila, dimana dan bagaimana.. Allah swt unik pada caranya..PERCAYALAH DENGAN JANJI ALLAH...

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
(surah Ghafir: 60).

InsyaAllah... ^_^
... Wallahua'lam

Ada masanya kita perlu bersendirian memerhati dan merenungi tentang keindahan alam ciptaan Allah swt.. supaya hati kita lebih tenang dan mudah dalam berkomunikasi dengan Allah swt . Dan waktu yang paling tepat untuk kita berkomunikasi dengan Allah adalah semasa kita solat dan semasa kita menikmati alam semulajadi.


p/s : Ibu kepada seorang sahabat ana, asiah. sedang sakit dan kini berada di PPUM. Mohon, semua sahabat-sahabat mendoakan kesihatan ibunya.. semoga Allah swt berikannya kesembuhan dari penyakit dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai hamba Allah.. amin


Tamansyurga_87

"Jaga Diri Hiasi Peribadi"

2 comments:

Anonymous said...

blog n bess hrap boleh update mnmbahkn iman sseorang..sedih walaupon sy telah mlakukan ksalhan di bumi n =(

tamansyurga_87 said...

terima kasih..
smua org pernah buat salah..yg penting, bila kita dah sedar slh kita..cepat2 kita istighfar.. bertaubat.. Allah Maha penyayang lagi Maha Pengampun