October 27, 2010

Komunikasi dengan Allah SWT

Assalamualaikum wbt...

Allah berfirman (maksudnya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).


Ya Allah
jadikanlah kami termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami terhadap putus asa dari rahmatMu.
Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu atas segala nikmat dan ujian. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik dari sisiMu. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.

Doa adalah senjata umat islam... oleh kerana kita adalah makhluk Allah swt yang hina dan sangat lemah maka doa kepada Allah swt adalah sangat penting. Allah la sebaik-baik pendengar dan pelindung atas setiap kejadian yang berlaku kepada kita seharian. Tidak dinafikan.. kadang-kadang kita menjadi makhluk Allah yang sombong dan lupa diri. Apabila kita senang dan diberi kenikmatan, kita lupa untuk mengucapkan syukur pada Allah SWT. Sombong kerana walaupun Allah telah menyatakan Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa-doa hambaNya, tetapi apabila menghadapi masalah, masih ramai yang hanya meluahkan pada makhluk sejenis. Malahan yang lebih dasyatnya.. masih ada yang meminta pertolongan dari bomoh, bersahabat dengan jin dan syaitan. Kemudian, bila sudah buntu mencari penyelesaian baru teraba-raba mencari dan meraih perhatian dari Allah. Itu adalah konsep yang salah serta terang-terangan menunjukkan betapa sombongnya makhluk Allah yang bernama manusia ini. Tapi sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih dan penyayang.. Dia tak pernah lupakan dan menjauhi hambaNya tetapi kita yang selalu lupa dan menjauhkan diri dariNya hanya kerana terpesona dengan nikmat dunia yang sementara.

Jadi, cuba kita muhasabah diri, berapa peratus kebergantungan kita terhadap Allah swt? kenapa perlu sombong dengan Allah swt sedangkan kewujudan dan kelahiran kita kedunia ini adalah atas keizinan Allah swt yang menciptakan kita dengan uniknya. Seperti pengalaman ana semasa solat dimana-mana surau atau masjid. Selesai solat dan imam memberikan salam , berpusu-pusu jemaah keluar. Jadi saat bila mereka berdoa? bukankah itu sombong namanya.. Ana dulu pun, ambil mudah tentang tertib membaca doa, tetapi teringat teguran seorang warden semasa solat berjemaah dia surau asrama sekolah menengah dahulu. Orang-orang yang tidak berdoa terutamanya selepas solat adalah orang yang sombong dengan Allah swt.. Layakkah kita makhluk yang hina ini menyombongkan diri..??


Cuba kita muhasabah diri kita lagi.. dalam sehari, 24 jam. Berapa kali kita berdoa kepada Allah? paling tidak pun, 5 kali..betul x? sebab berdoa selepas solat fardhu. Sebenarnya setiap saat dan waktu, dalam apa jua perkara yang kita lakukan kita kena berdoa pada Allah swt. Ana teringat juga semasa menghadiri satu bengkel yang bertajuk komunikasi dengan Allah. Memang seronok.. penceramah itu menekankan tentang kepentingan kita bergantung kepada Allah swt. Setiap apa yang kita lakukan, seolah-olah kita beri tahu dan mengadu pada Allah swt.. Contoh nya.. ucapkan apa yang kita rasa.. "Ya Allah...terima kasih kerana bagi saya makan".. "Ya Allah..hari nak hujan la.." "Ya Allah..nak temuduga kerja ni, sijil tertinggal pulak..".. "Ya Allah...nak makan, tapi duit xdak pulok..." "Ya Allah..gembiranya" ..Ya Allah..sakitnya".."Ya Allah...sedihnya".. Ya Allah... nak bawak kereta ni.. tapi tak cekap lagi. Mcm mna ni Ya Allah".. Bukan susah pun.. hanya menyebut Allah, itu tanda kita sentiasa ingat pada Allah. Kalau kita cakap kat sahabat kita, "minah..nak makan tapi duit xdak la.. "mungkin la sekali, dua dia boleh la bagi pinjam duit atau paling best belanja makan.. lepas tu? pandai-pandai la bawak diri... Tapi kalau kita mengadu pada Allah.. kadang-kadang rezeki yang tak disangka-sangka malahan berganda-ganda nikmat yang diberikan.

Jadi sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama lihat kepentingan dan keunikan doa dan komunikasi kita dengan Allah swt.. Dengan berdoa kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Doa yang penuh dengan keimanan dan keikhlasan, sudah pasti Allah swt takkan hampakan. Tak perlu menunggu masa solat atau ditikar sejadah, tapi dimana-mana sahaja kita boleh berdoa.. bukankah Allah swt itu wujud dan ada dimana-mana sahaja.... ^_^ Allah swt pasti akan memakbulkan doa hamba-hambaNya. Cuma bila, dimana dan bagaimana.. Allah swt unik pada caranya..PERCAYALAH DENGAN JANJI ALLAH...

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
(surah Ghafir: 60).

InsyaAllah... ^_^
... Wallahua'lam

Ada masanya kita perlu bersendirian memerhati dan merenungi tentang keindahan alam ciptaan Allah swt.. supaya hati kita lebih tenang dan mudah dalam berkomunikasi dengan Allah swt . Dan waktu yang paling tepat untuk kita berkomunikasi dengan Allah adalah semasa kita solat dan semasa kita menikmati alam semulajadi.


p/s : Ibu kepada seorang sahabat ana, asiah. sedang sakit dan kini berada di PPUM. Mohon, semua sahabat-sahabat mendoakan kesihatan ibunya.. semoga Allah swt berikannya kesembuhan dari penyakit dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai hamba Allah.. amin


Tamansyurga_87

"Jaga Diri Hiasi Peribadi"

October 21, 2010

Peringatan Buat Diriku Yang Lupa..

Assalamualaikum wbt...
sekadar perkongsian di hari khamis yang agak menyesakkan buat ana...huhu lepas sahur pagi tadi tertidur, kemudian bangun dah terlewat..hampir pkul 6.30 pagi...tunggu turn nak masuk bilik air pulak...aduh! keluar rumah dah pkul 7 lebih..Tapi alhamdulillah...Allah permudahkan, sampai dekat bas stop..bas nadi putra berderet tengah tunggu penumpang...hehe

Semalam ada meeting nisa'... perkongsian yang diberikan oleh sahabat nisa' tentang golongan akhir zaman.. Memang tersentak, tersentuh dan harusnya terasa bila mendengar setiap ciri-ciri golongan akhir zaman.. kita umat akhir zaman... semoga Allah bagi kekuatan untuk kita menjauhi perkara-perkara yang boleh menghumban kita ke lembah neraka jahanam.. Tetapkan didalam hati...syurga adalah matlamatku.. sekiranya ada ciri-ciri tersebut dalam diri kita... dan sudah pasti sedikit sebanyak ada di dalam diri ana dalam sedar atau tidak.. ayuh! kita perbaiki... Jangan tunggu sehingga dunia tiada lagi berzaman.. Kiamat!

6 Golongan akhir zaman

1~ Terlalu banyak berseronok
2~ Terlalu mewah
3~ Sibuk mengumpul harta
4~ Tipu menipu semata-mata untuk dunia
5~ Bergaduh sesama sendiri
6~ Hasad dengki dan zalim menzalimi

Wallahua'lam..

p/s : Ana nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa berkenaan dengan post ana sebelum ini. tidak dinyatakan siapa dan dimana 'mereka' itu. Jadi jangan terasa... ianya sekadar luahan rasa dari hamba Allah yang serba kekurangan ini. Masih mencari ilmu dan sedang cuba menjadi seorang hamba Allah yang sentisa bersyukur dengan setiap perkara yang berlaku.. Ya Allah... jauhi la aku dari menjadi golongan akhir zaman...T_T

October 18, 2010

Selamat Hari Lahir yang ke 18

15/10/1992~~15/10/2010

sedang menunjukkan skill nyer..tp hari tu ana dgn adk lwn regu dgn along dan nyah.. keputusannya... kami menang!hoho

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...sudah berumur 18 tahun adik bujang ana nie... eh..kakak2 dan abang dia pun bujang lagi...hehehe
Ni la satu-satunya adik lelaki ana... adik perempuan memang xde k...huhu
Jarak umur adik dengan ana agak jauh la...5 tahun. Tapi kalau jalan sama-sama macam sebaya je kot....ana yang awet muda ke....~astagfirullahalazim..angkat bakul sediri nie...hoho
Adik ana ni sedang belajar di tingkatan 6...cita-cita dia nak masuk universiti lepas stpm ni... jadi kita doakan untuk kejayaan dia, boleh? boleh ye.......syukran..^_^
Ok la... walaupun agak lewat sikit menulis post ini, tapi still nak ucapkan selamat hari lahir Syakir!=)

*Semoga menjadi insan yang taat kepada Allah swt dan menjadi anak yang soleh permata hati mak dan abah..

*Moga diberikan petunjuk dan inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh seterusnya dapat mendapai keputusan yang cemerlang di dalam STPM yang akan diduduki pada tahun hadapan. insyaAllah...

*Barakallahu fiik, moga Allah memberkati kehidupanmu di dunia dan akhirat. Ameen.

SLide KhaS Untuk AdikKu...


October 15, 2010

Bergelar muslimah solehah perlu 'mencari' dan 'menjadi'

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. – (Riwayat Imam Ahmad)

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendakinya.”

Untuk bergelar muslimah sejati.. bukan hanya perlu 'mencari' tetapi perlu 'menjadi' juga..

*Menjadi seorang yang tahu syariat berpakaian..menutup aurat..

*Menjadi seorang yang suka melakukan kebaikan seperti bersedekah, bersedia membantu orang yang meminta pertolongan

*Menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan dan amalan kebajikan

*Menjadi seorang yang menjaga tutur kata dan perlakuan (akhlak)

*Menjadi seorang yang tabah dan redha atas setiap ujian yang Allah berikan, dengan memandang setiap yang berlaku ada hikmahnya.

*Menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan samada kurniaan Allah itu berbentuk ujian atau nikmat.

*Menjadi seorang yang menjaga batas pergaulan dan memelihara kehormatan diri

Menjadikan isteri Rasulullah sebagai model dan ikutan.. insyaAllah , lurus iman dan mudah tindakan untuk menjadi muslimah sejati..

Sejak akhir2 ini ana dapat rasakan kekosongan dalam kesibukan.. Allah, tanda apakah itu...T_T Pasti ada yang kurang.. sekadar deraian air mata dihujung sujud belum dapat memberi ketenangan untuk jiwa resah gelisah ini. Masih cuba mencari-cari jawapan bagi setiap persoalan yang berlegar2 difikiran.. Apa lagi yang tidak cukup?? ana hanya mampu bermonolog sendiri, cuba mencari apa yang merunsingkan fikiran dan mengugat ketenangan jiwa..

Teringat bait kata-kata dari buku ustaz Hasrizal ..'untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal. Zikrullah, solat dan majlis ilmu sering mengundang damai. Sedangkan DOSA, LAGHA dan tenggelam oleh urusan dunia acapkali menimbulkan resah gelisah. Allah..Allah... ana solat, zikir, menghadiri majlis ilmu... tapi mungkin ada dosa, lagha dan cintakan dunia menyebabkan ianya mengatasi damai jiwa. Astagfirullahalazim....

Jawapan hanya satu..MAHU MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH..

Macam-macam dugaan dan cabaran yang datang menguji tahap keimanan. Memang payah nak berubah kepada kebaikan. Hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan jalan buat ana untuk 'menjadi' muslimah solehah.. masih sedikit kasih ini dipadukan untukMu Ya Tuhan..............
Allah... bantulah hambamu ini...sekiranya perkara itu baik buatku, agamaku, urusanku masa kini dan masa akan datang serta diakhirat jua.. maka berilah kekuatan padaku.. tunjukkan jalan itu..='(

P/S : Ana cemburu dengan muslimah solehah yang lain.. cara pakaian, iktilad yang terjaga, ibadat yang istiqomah , akhlak yang terhias indah serta kata-kata yang tegas bermanfaat..cemburu! cemburu! cemburu!...huhuhu Doakan untuk ana....:)

Selamat Hari Lahir untuk adik ana, Syakir. insyaAllah akan ada entry khas utk dia...^_^

Tamansyurga_87

"jaga diri, hiasi peribadi'

October 14, 2010

Amaran...!

Assalamualaikum wbt...

Amboi...tajuk macam serius je..(tp memang serius pon)..huhu amaran pihak berkuasa ke?? Tak la..amaran kesihatan je...dari klinik halimunan
raudhah..hehe gurau jek....entry tentang..Jangan lakukan perkara-perkara ini selepas makan!

Hari ni nak kongsi tip kesihatan plak.. Nice info,share dari blog org lain..hehe kadang-kadang dah tau,tapi ambil ringan je btul x?=D Entri ni bukan lah fatwa atau rujukan perubatan. Sekadar “good to implement”, saje k..

  1. Don’t smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher) --->> Sebaik-baiknya siapa yg merokok tu...berhentilah merokok..kesian kat org sekeliling anda...huhu

  2. Don’t eat fruits immediatelyImmediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal--->> Xsuka makan buah... ptut la xbsar2..hehe

  3. Don’t drink teaBecause tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest--->> Dalam daun teh ade asid?? baru tau....huhu

  4. Don’t loosen your belt Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.--->> Kalau xpakai tali pinggang...?hehe ikat dgn tali boleh kot....hihi

  5. Don’t bathe Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach--->> Oo patut la petua org dulu-dulu ckp xbleh mandi lepas makan....hehe

  6. Don’t walk about People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In reality this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake--->> Tapi bukan sunnah Nabi ke..bykkan berjalan selepas mkn? confius nie...hehe
  7. Don’t sleep immediately The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine--->> Teringat posisi tidur dalam islam, mengiring sebelah kiri xdigalakkan..kerana diumpamakan seperti tidur raja zalim yg kekenyangan.. maybe lepas ni bleh wat entry tentang posisi tidur mengikut sunnah Nabi...^_^

Tamansyurga_87

"Jaga Diri, Hiasi Peribadi"

October 8, 2010

SMS yg Diblogkan -1-

Assalamualaikum wbt..

salam ukhuwwah kpd shbt2 yg setia mengunjungi blog hamba Allah yg serba kekurangan ini...
Semoga redha dan rahmat Allah sentiasa mendampingi hamba-hambaNya..

Post kali ini sekadar untuk berkongsi mutiara kata yang ana perolehi dari sahabat-sahabat, yg sentiasa menjadi rujukan bila dirasakan tahap keyakinan diri ini semakin down. Semoga dapat memberi manfaat juga kepada sahabat2 insyaAllah... Lagi pun,jika disimpan di dalam inbox pun..xkan memberikan hasil..silap2 ana terdelete...hehe

-
-
-
-

"Aku meminta kepada Allah Taala setangkai bunga segar... DIA beri kaktus berduri. Aku minta rama-rama, diberikan ulat bulu. Aku sedih dan kecewa, namun kemudian... kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu menjadi rama-rama yang sangat cantik. Itulah cara Tuhan, indah pada masaNya. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih,kecewa dan terluka tapi jauh diatas segalanya DIA mengaturkan yang terbaik buat hidup kita..." ^_^
-
-
-
"Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja takdirkan segala-galanya untuk sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retak hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lunak & mudah dekat dan akrab dengannya...^_^
-
-
-
"Bukan dunia yang dilalui bila dilalui tanpa kesabaran. Bukan kesenangan yang diraih bila diraih tanpa kesabaran. Bukan kebahagiaan yang dikecapi bila dikecapi tanpa kesabaran. Kiranya kesabaran adalah jalan orang2 mukmin meraih segalanya termasuk syurga dan redhaMu Ya Rabb, bila Engkau berkenan menjadikan dunia tunduk dikakiku dan bisa kugunakan untuk kepentingan agamaMu, maka jadikanlah kesabaran menjadi sebahagian dari sifatku.. Ameen..."^_^
-
-
-
-
-
-
-

Bersambung.... Penat menaip aih....hehe
renung2kan dan selamat beramal....^_^
---
--
-
Assalamualaikum...=)

October 6, 2010

Pejuang agama Allah itu.....

"Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah terluka kecewa ditinggalkan kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah! setiap titisan darah dari luka dan airmata itulah mahar kita ke syurga. Bila di tanya kenapa berjuang itu pahit? jawapannya adalah kerana syurga itu manis. Tabahlah dalam perjuangan di jalanNya.."

Layakkah bergelar seorang pejuang agama jika harta takut kehabisan.
~nak infak utk program islam pun pikir 100 kali...nnt xde duit nak makan...( jgn risau..rezeki,jdoh dan ajal semua dari Allah)~

Layakkah bergelar pejuang agama jika masa terluang dibiar tanpa pengisian,
~sibuk mengadap fb,tido,bersembang,main game~

Layakkah bergelar pejuang agama jika kerja dakwah dipandang ringan,
~sibuk nak pergi program lain,shopping la,game la,reunion la..~

Layakkah bergelar pejuang agama jika baru sedikit dugaan sudah mengalah ketakutan, ~siapa yg terlibat dgn politik. u are fire!!.. takut3..~huhu

Layakkah bergelar pejuang agama jika hubungan dengan Allah dibiar suram,
~solat pun hujung2 waktu...qiamullail? langsung........~huhu

Layakkah bergelar pejuang agama jika maksiat berleluasa tapi kita masih tersenyum,
~ish3...ape la diorg ni,sakit mata tgk berkepit2...... eh,muka awek dgn pakwe tu seiras kan3?? haaa...pulak dah.~

Layakkah bergelar pejuang agama jika hati dibiar mati,
~kalau org tegur slh tu...terima la,tp kalau org dah tgur byk kali tpi still buat juga kesalahan tu....tu tanda ape tu?? hati mati la kan2...? dah biasa buat dosa,sampaikan xde perasaan bersalah or tkut lgi..~

Layakkan bergelar pejuang agama jika sahabat-sahabat dibiar sendiri,
~dulu sahabat sama2 create program,pergi usrah,pergi masjid...skrg ni,tgk shbt yg dulu dari tdung labuh kpd selendang,baju kurung kpd baju 'adk',stokin dan sarung lengan dah xpakai,join program dan usrah jauh sekali.... tp kita still xmampu nak tgur... Allah3.. sedey!~

Layakkah bergelar pejuang agama jika ikhtilat diragui
~Bersms,berchatting,bermain mata,senyum ala2 comel kat bkn muhrim, berdating,berdua-dua dgn alasan kerja.. konon!...~

Layakkah bergelar pejuang jika cinta dunia melebihi cinta Ilahi,
~esok nak beli baju cantik2,lusa beli kasut,pastu beli motor,pastu beli kereta..bleh bwk 'couple' jln2,pastu beli rumah,pastu beli...opsss.. rupanya kita terlebih cintakan dunia,takutkan mati...sakit mcm ni...
~

Layakkah bergelar pejuang agama jika laman isu semasa menjadi tumpuan berbanding laman nurani,
~pakaian dah sopan dah...solat xtinggal,tp bkak web bkn2... dgn alasan, ala..............nk blaja je,xpe kan2?? MANA BOLEH!

Layakkah bergelar pejuang agama jika ukhuwwah terbatas antara ahli,
~kite nak kwn dgn org2 yg baik2 je....xnak kwn dgn org yg jahat2..eh,nakal2 (ayat sopan)..nnt terpengaruh kan susah....hbis tu mcm mna org jhat nak jadi baik? xde yg nak mengingatkan dan membimbing....huhu~

La
yakkah bergelar pejuang agama jika masa berehat melebihi kerja dakwah,
~hari ni kuliah sejam je....pastu enjoy!.. blk keje awl,mkn2,tgk tv,tido....duk ulang yg tu je la stiap hari....... xbosan ke..kalau wat kerja dakwah,pasti ade kelainan kan3...hehe~

Layakkah bergelar pejuang agama jika berasa diri mulia tapi tidak tawadhuk,
~kalau sedor diri,mesti tau...bertapa hinanya kita disisi Allah..manusia yg xpernah lekang dgn dosa...jadi tahap mana mulia kmu? jgn angkuh dan bongkak.. Allah xsuke! ~

Layakkah bergelar pejuang agama jika berpakaian menutup aurat tetapi dihati penuh kebanggaan..
~Ikhlaskan hati...menutup aurat kerana memenuhi syariat islam dan utk meraih redha Allah..boleh?? kalau xboleh gak...kna service hati...hehe~

Layakkah bergelar pejuang agama jika akhlak semakin hari semakin hilang adabnya..
~Dulu penyabar je...org ckp la ape pun....kita senyum je...org kutuk kita ckp alhamdulillah...org fitnah kita serah smua pda Allah.. skrg? org ckp sikit dah mrh2..org kutuk,kita kutuk blk (wlupun sikit2 jer...)..org fitnah,kita doa Allah bgi balasan buruk kat org tu... ape dah jadi ni??~

Layakkah bergelar pejuang jika sentiasa mencari keburukan orang sedangkan muhasabah diri sediri jarang-jarang..
~ade kwn je mula nak mengumpat,xde kwn membebel sorg2,xlarat nak membebel luah perasaan kat wall fb, bila kwn2 komen...masih galak memburukkan org...last2? puas hati la kot.... sbb dapat dosa kering...huhu~

Layakkah bergelar pejuang agama jika mulut dan kata-kata tidak terjaga
~xde keje lain....asal bercakap je menyakitkan hati org..bergurau?xperlu kot.. kan berdiam diri itu lebih baik dari byk berkata2....^_^~

Layakkah bergelar pejuang agama sedang kita masih disini seperti dulu...
Dulu,kini dan selamanya.....masih tercari2 identiti diri...tp sampai bila? jgn sampai dunia sudah sampai ke penghujungnya............T_T


Kesimpulannya... untuk diri ana..LAYAKKAH BERGELAR PEJUANG AGAMA ALLAH?? Jawapannya....TIDAK! masih byk yg perlu diperbaiki....perlu muhasabah diri. kdg2 kita terleka dalam beringat.. walaupun masih belum layak bergelar dai'e..tp biarlah nikmat iman dan islam yg Allah bagi dalam diri ini dikekalkan..kerana diri ini masih mencari.. sesungguhnya hidayah itu milik Allah.. biarlah kita menjadi hambanya yg terpilih dan dipilih untuk merasai kepahitan dalam perjuangan itu.... sesungguhnya, luka dan air mata demi perjuangan islam ganjarannya adalah syurga..semoga Allah swt memberi kekuatan dalam diri ini..^_^

Assalamualaikum wbt...




August 13, 2010

Ramadhan Transformasi Kegemilangan Ummah





Niat Puasa ~jangan lupa tau~

Alhamdulillah.. ~selesai pun puasa untuk hari ni~

Assalamualaikum wbt...
Salam ramadhan.. Alhamdulillah,hari ni dah 13 Ogos..bersamaan dengan 3 ramadhan,makanya sudah masuk hari ke 3 la kita semua umat islam berpuasa..alhamdulillah...^_^
kwn2 seronok x puasa?? ~jwb dlm hati je k...~hehe

Alhamdulillah...syukur sgt2 Allah bagi peluang kt kita semua untuk menghadapi ramadhan kali ini. Yang pasti..setiap org mengharapkan ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yg lepas2... tp.................. kalau rasa mcm kosong je, blur2 lagi.. berbanding tahun2 yg lepas,pasti ade yg xkena..betul x??huhu

Alhamdulillah...masuk hari ni,dah 3 hari ada majlis ilmu di auditorium jabatan ana. Hari pertama berpeluang nk pergi, tp ade halangan...insyaAllah ada hikmahnya. Hari kedua, semalam dapat pergi kejap je..nama penceramah pun xpasti..sbb ana masuk lambat..hehe tp membincangkan berkenaan dengan pentingnya kita mencintai Al-quran terutamanya dalam bulan ramadhan yang mulia ni...=)

Dan yang paling best..forum perdana ramadhan yg berlangsung mula pukul 10.30 pagi tadi. Kalau best tu...harus la,kelakar dan tidak mengantuk kan...hehe ~bak kata moderator, siapa penceramah xpenting..yg penting isi yg disampaikan itu..~
sure la..masuk la juga dlm kepala ni..meresap ke hati gitu...hihi alhamdulillah..

Ok la..Ana sekadar nak berkongsi apa yg ana dapat sepanjang forum tadi. InsyaAllah,moga Allah memberkati puasa dan ibadah kita...^_^

Tajuk : Ramadhan Transformasi Kegemilangan Ummah

Panel 1 : Dato' Hj. Kamaruddin Hj. Zakaria

Malaikat telah mengangkat tangan berdoa..
"Ya Allah, abaikan 3 kumpulan ini iaitu

Kump Pertama, Suami isteri,bilamana ketika sampainya ramadhan mereka tidak bermaaf maafan antara satu sama lain.

Kump Kedua, Berjiran tetapi tidak memperdulikan jiran serta tidak berbuat baik dengan jirannya.

Kump Ketiga, Anak-anak yg tidak memohon keampunan dari ibu bapanya bilamana sampainya ramadhan.

Dan Rasulullah terangkat tanganya, lalu mengaminkan doa malaikat itu.. See.....jgn la,kita tergolong dlm kump tersebut. kelak merugikan diri kita sendiri..

Setiap malam, 30 hari dalam bulam ramadhan ada kelebihannya. Jika kita memenuhi setiap malam dalam bulan ramadhan dengan sebaik mungkin maka penghujungnya kita akan merasai nikmat ramadhan iaitu malam lailatulqadar. ini diibaratkan seperti makan vitamain. Jika betul cara makannya sejak dari awal lagi, diakhirnya kita akan mendapat yang baik. Rasulullah dahulu sangat sedih apabila berakhirnya ramadhan kerana baginda takut..adakah kita berpeluang untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang. tapi......kita kini, xjumpa malam lailatulqadar tapi berjumpa dengan bazar ramadhan. Orang ramai sibuk berebut membeli makanan di bazar ramadhan.. tapi xcuba berebut untuk mendapatkan malam lailatulqadar..

orang sekarang..melakukan sesuatu sering mengharapkan balasan.
Cth : Terawih tapi mengharapkan makanan moreh... habis sahaja 8 rakaat berkejar2 mendapatkan makanan sebab takut habis... jelas sangat kita melakukan sesuatu hanya mengharapkan balasan tp bukan mengharapkan keredhaan Allah swt.

Ibu bapa yang baik, pasti menjadi contoh kepada anak-anak untuk menjadi seorang yang baik. Jika anak-anak kita tidak baik jangan salahkan anak-anak..cuba lihat diri kita sendiri. Adakah kita memberikan contoh yang baik?? jika kita suruh anak-anak solat, adakah ibu bapa itu solat? jika anak-anak tidak pandai membaca al-quran, lihat diri kita...bila kali terakhir kita membaca al-quran. Jika anak-anak tidak mendengar cakap dan nakal...cuba ingat semula, bila kita mendoakan untuk anak-anak kita. Untuk mendapatkan anak-anak yg baik.. ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik!

Sesungguhnya ganjaran Allah itu, tidak diberikan secara nyata tetapi xterbanding dengan nikmat yang ada di dunia ini.

Tiap2 kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri..Jadi kenal pasti kelebihan masing-masing untuk meraih pahala yang berganda dari Allah swt..

Panel 2 : Prof. Madya Dr Sharifah Syed Ismail Al-Qudsy

Rasulullah sentiasa bercakap berkenaan mengubah sikap manusia, daripada jahilliayah kepada islam. Ayat2 al-quran juga bercerita tentang hal untuk mengubah manusia. cth, ayat makkiah yg diturunkan di Mekah lain daripada ayat2 yg diturunkan di madinah. Ayat2 makkiah tentang akhlak. ayat2 Madinah berkenaan dengan peringatan.
Apakah perkara-perkara di dalam bulan ramadhan yg boleh kita lakukan?? terlalu byk perkara-perkara baik yang kita boleh lakukan untuk mengubah akhlak kita dari tidak baik kepada baik. Tetapi yang penting NIAT dan AZAM kena betul. Rasulullah pernah berkata jika mereka tau besarnya fadhilat dan keistimewaan bulan ramadhan itu, pasti mereka tidak berasa cukup dengan sebulan ramadhan tetapi bercita-cita semoga ramadhan itu setahun lamanya. Jika manusia itu gembira datangnya bulan ramadhan, maka Allah akan selamatkan dirinya dari jilatan api neraka.

Jenis manusia yang berpuasa adalah berbeza-beza.. jenis apakah kita?? Nilai sendiri...
Jenis yg pertama : Manusia yang bercita-cita dan sangat menanti kehadiran ramadhan

Jenis yg kedua : Manusia yang bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan ramadhan tetapi apabila hbis bulan ramadhan dia kembali seperti sedia kala.

Jenis yg ketiga : Sebelum ramadhan lagi dia telah menyedari tentang dosa-dosanya lalu bertaubat

Jenis keempat : Siang hari dia berpuasa, tetapi pada malam hari dia membuat maksiat

Jenis keLima : Manusia yang baginya samaada datang ramadhan atau tidak, dia tetap tidak mengenal Allah swt..



Tu saja yang mampu ana kongsikan,sebab tadi xbawak kertas untuk buat catatan...melenggang je turun auditorium, bila start forum baru la terkebil2...Raudhah..Raudhah.. ^_^

Kesimpulanya...setiap manusia itu ada nilainya dan semuanya terpulang pada manusia itu sendiri, jika sedar tentang nilai baik sesuatu amalan dan perbuatan itu..lakukan la dengan segera tanpa bertangguh untuk mendapatkan ganjaran Allah swt.. Jika sebaliknya..cuba perbaiki diri dan menilai dengan mata hati yang ikhlas kerana ingin mendapat keredhaan Allah swt.. Yang pasti, bulan ramadhan ini.. kita sama2 berdoa moga Allah sinari hati kita dengan hidayahnya yang berpanjangan kerana belum pasti lagi..masih ada lagikah ramadhan untuk kita dimasa hadapan.... wallahua'lam.. Selamat berpuasa, semoga ramadhan kali ini memberikan makna dan diberkati Allah swt..(^_^)

August 2, 2010

Didik Hati



"
Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

July 16, 2010

Aurat Wanita : Dipelihara atau Dipertontonkan??





Assalamualaikum wbt..
Sekadar perkongsian bersama, ana lampirkan risalah yg kami (nisa' putrajaya) edarkan baru2 ni di pasar tani putrajaya...=)
*maaf tak berapa clear..maybe boleh save pic, baru nampak jelas isi kandungannya...^_^

Selain itu ana tertarik dgn artikel dari
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman iaitu Aurat : Apa Sudah Jadi ? .. Sekadar perkongsian bersama buat sahabat-sahabat, agar kita lebih istiqamah dan bersungguh-sungguh dlm melaksanakan syariat islam...insyaAllah...(^_^)

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Copy : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net