Assalamualaikum wbt sahabat2..Pagi tadi masa bersiap2 nak pergi kerja, ana sempat la bukak radio Salam FM.. Pagi2 mmg ada tazkirah subuh..sahabat2 bleh la bkak dan dgr..cewah! promot la plak..hehe Xpe la..perkara baik ape salah nyer kita berkongsikan..(",)
Tazkirah yg di sampaikan bertajuk.. "TAMANSYURGA DI DUNIA"
Ana mmg 'perasan' sikit kalau ade perkataan taman syurga nie..perasan sikit je la..hehe sbb nama ana raudhah yg bermaksud Taman syurga.. Mak ana kata, nama ana diberi oleh arwah mak tok ana..masa ana baru lahir, arwah mak tok baru balik dari menunaikan ibadah haji..dan telah berkunjung ke Raudhah di Masjid Nabawi Madinah.. mungkin terpikat dengan keindahan Raudhah di Masjid Nabawi, jadi mencadangkan nama cucunya nie dgn nama Raudhah...suke sgt!hehe ish3..dah jauh menyimpang dari topik nie..hehe Ok la..berbalik pada topik utama kita..tazkirah subuh. Ana mulakan dengan ayat yg dibacakan oleh ustaz penceramah iaitu
Rasulullah bersabda, "apabila kamu melalui kebun-kebun atau taman-taman syurga, masuklah kamu ke dalam kebun dan taman syurga itu".
kemudian Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah kebun-kebun dan Taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?".
Rasulullah menjawab, "Kebun-kebun dan Taman-Taman syurga itu adalah masjid-masjid, surau atau rumah Allah".
Maka, apa yg boleh ana kongsikan di sini.. taman syurga adalah masjid iaitu tempat beribadah dan memikirkan tentang kebesaran serta kehebatan Allah S.W.T.. Tempat untuk kita sebagai hambaNya meluangkan masa dengan berselawat dan memuji kebesaran Allah S.W.T.. Perkara utama yang perlu dilakukan apabila memasuki rumah Allah adalah solat ihtikaf.
Allah berfirman,
"mereka yang bersungguh-sungguh pergi ke arah aku, akan aku bentangkan jalan yang mudah untuk mereka lalui"..Subhanallah.. bertapa beruntungnya orang-orang yang rajin mengunjungi taman-taman syurga itu..menghadiri majlis-majlis ilmu akan membuatkan hati kita menjadi tenang, gembira dan memperolehi hidayah dan nikmat yang tak terhingga manisnya.
Mengunjungi rumah Allah juga membuatkan kita sentiasa mengingati kebesaran Allah S.W.T dan menjadikan kita lebih baik.
Dengan berzikir beramai-ramai di Taman syurga juga dapat membuatkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia menjadi baik dan tenang. Apabila hati tenang, manusia berada pada tahap mutmainnah iaitu nafsu yang akan menjadikan manusia tenang tidak lagi keluh kesah, gelisah, gopoh gapah, melenting-lenting & tidak bahagia. Manusia akan dapat merasai kemanisan iman.
Sebenarnya banyak lagi keistimewaan dan manfaat yang di ceritakan oleh ustaz tersebut tentang kelebihan dan keistimewaan Taman Syurga, tapi hanya ini yang mampu ana kongsikan..InsyaAllah, ilmu yang sedikit jika kita kongsi akan beri manfaat yang besar pada penerima dan pemberinya.. mcm dkt blog saifulislam.com.. "erti pada yang memberi.." Wallahua'alam..