November 23, 2009

Epilog Silam

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Ya Allah..wlupun wajah ini terukir senyuman dan keceriaan..tp hati ini sayu dan suram..kenapa? Hati ni, hanya kau yg tahu Ya Allah....(T_T)

November 19, 2009

Hikmah Aqiqah..


Assalamualaikum w.b.t sahabat2..salam 1 akidah.. harapan ana, smua sahabat2 yg ana sayangi dan hormati sihat sejahtera di bawah lindungan dan redha Allah S.W.T..InsyaAllah. Hari ni ana nak cerita skit la, ttg aqiqah..(eh,mcm nak bercerita kat bdk2 tadika plak..hehe) Xpe la..kiranya ana nie ade la bkat sikit nak mengajar sekolah tadika islam..mcm mak ana..(^_^) Ana saje nak kongsi, pengalaman masa ana tgh makan mlm dgn mak kat kg minggu lepas. Ana dating berdua je dgn mak ana..hehe sbb along, kakak dan adik ana x blk kg..masing2 ade urusan. Abah pula keje.. Ana lebih kurangkan je la ape yg kami sembangkan ye...hehe


Mak : Mak rasa rugi pulak dulu x buat aqiqah utk kamu bertiga(Nyah,ana dan adik)..dulu sempat buat untuk along je..

Adah : yeke..buat skrg x boleh ke mak?

Mak : X boleh dah..kamu semua dah baligh, aqiqah tu kna buat masa kamu lahir umur 7 hari hingga sebelum baligh.

Adah : oooo....klu ganti dgn buat korban x boleh ke mak?

Mak : Erm mak pun ade tanye kat ustazah masa ngaji ptg tadi, ustazah kata aqiqah dan korban x boleh samakan.. Cara pelaksanaan dan fadhilat nyer pun berbeza.. Ustazah tu kata..setiap manusia akan dapat 3 syafaat dari Rasulullah S.A.W..salah satu nyer daripada ibadah aqiqah yg di buat oleh ibu bapa untuk anak baru lahir. Ustazah tu ade la cerita pasal aqiqah nie. Suatu hari, malaikat sedang berjalan-jalan..tiba2 terserempak dengan seorang anak kecil yang sedang menangis teresak2..lalu malaikat bertanye pada anak kecil itu.. "kenapa kamu menangis wahai anak kecil?". Lalu anak kecil itu menjawab.."aku mencari ibu bapaku.."..Dan anak kecil itu menangis lagi. Malaikat pun cuba mencari ibu bapa anak kecil itu, dan rupa2 nyer ibu bapanya berada di dalam neraka. Malaikat berkata kepada anak kecil itu,"ibu bapamu sekarang berada di dalam neraka wahai anak kecil"..Anak kecil itu berasa sangat sedih dan berkata "apa salah ibu bapaku?mengapa mereka di campakkan ke dalam neraka?apa salah mereka?aku mahu ibuku! aku mahu bapaku!...." Malaikat yang simpati dengan anak kecil itu, segera membawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Lalu, menceritakan apa yang berlaku.. Kemudian diketahui oleh Rasulullah S.A.W bahawa anak kecil itu telah di jalankan ibadah aqiqah oleh ibu bapanya semasa dia kecil. Lalu, dengan syafaat dari Rasulullah S.A.W..maka ibu bapa anak kecil itu telah di bawa keluar dari neraka dan pergi bersama2 anak kecil itu masuk ke dalam syurga.

Adah : Ooo camtu..Ala,rugi la xbuat kan mak..kurang 1 syafaat dari Rasulullah S.A.W...tp xpe la mak, insyaAllah dengan didikan mak..walaupun pun xde wat aqiqah utk ktorg, ade perkara lain yg membantu..Wallahua'lam... Skrg ni kna wat ibadat korban plak la ye mak..

Mak : Mak cadang nak buat korban tahun depan la..

Adah : Boleh2..orang nak juga.. kena kongsi ke lembu yg kita nak korban tu?kalau buat sesorang x boleh?

Mak : Boleh je..hikmah buat korban nie, nnt kat padang mahsyar, kita ade kenderaan. xde la jalan kaki... kalau kita buat korban untuk seorang je, nanti kita naik kenderaan sorang je la..laju je.. tp kalau kita kongsi, kna tunggu orang lain..bagi cukup semua baru boleh jalan.. mcm naik bas la..lambt skit je..

Adah : Oooo...mcm tu..kalau mcm tu orang nak buat korban untuk sorang je la mak..laju sikit nanti..hehehe (Ish3..mcm pentingkan diri sendiri je ana nie..hehe)

Mak : Memang x salah buat sesorang...mmg laju nanti..tp nak beli lembu nyer la..sanggup ke nak bayar sesorang..orang kaya xpe la!

Adah : errrkk..betul gak kan mak..ok..kongsi2..hehehe

Pesanan mak ana..nanti bila dah ade anak, cepat2 buatkan aqiqah..jangan tangguh2..kalau tangguh2, takut xterlaksana pula..walaupun aqiqah tu ibadat sunat je, tapi hikmah nyer sgt besar..Bila dah lepas,rasa rugi.. Jangan jadikan duit sebagai alasan dan halangan. Sbb duit boleh di cari..tapi ganjaran Allah S.W.T dan syafaat Rasulullah S.A.W..hanya orang yg bersungguh2 akan dapat. Percaya la..bila kita laburkan harta dan wang ringgit ke jalan Allah S.W.T dan semata2 kerana Allah S.W.T, Allah S.W.T akan balas lebih daripada apa yang kita laburkan. Wallahua'lam...(^_^)


PENGERTIAN ‘AQIQAH

* ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

* Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

* Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

* Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH

1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

1. Berdoa semasa hendak menyembelih:

بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH

1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PERBEZAAN ANTARA AQIRAH DAN KORBAN

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Jabatan Mufti Negeri Melaka

November 16, 2009

Alumni JPPI Psas

Sesi Taaruf

Sesi bersalam salaman bersama adik2 RAPI

Alumni dan Majlis Tertinggi RAPI

Alumni JPPI muslimin (Bukhari,khairul,Fadli,Loqman,Fauzi,Salleh,Ann,Qudus)
muslimat (Rehan,Wahida,Raudhah dan Hida)


Salam..

Program : Perjumpaan Alumni JPPI Psas
Tempat : Dewan Kuliah Utama Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
Tarikh : 15/11/2009 (Ahad)
Masa : 11.30 am

Dah lebih setahun ana tinggalkan alam kampus di politeknik..
Masa dpt jemputan tu, subhanallah..seronok nyer...rasa tak sabar nak gi program alumni Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI).. Dulu dikenali sebagai JPPI, tapi skrg nie dah tukar sebagai Rakan Pusat Islam (RAPI)PSAS. Alhamdulillah... Ana dengan sahabat-sahabat (hida,rehan dan wahida) dan muslimin sampai poli dalam pukul 11.30 am, so kire menepati janji jga la kan2..sbb tentatif program utk para alumni bermula pada pukul 11.30..hehe Masa kami sampai tu..ade beberapa orang MT (majlis tertinggi) RAPI yang dah tunggu, utk sambut kedatangan kami.. ish,rasa terharu la plak.. Program tu di jalankan di Dewan Kuliah Utama, masa kami masuk tu..Ustaz Marzuki selaku penasihat Pusat Islam tgh bagi sedikit ucapan. Ustaz cuba menyingkap kembali apa program2 yang pernah kami laksanakan dulu. Kemudian kami, para alumni diminta memperkenalkan diri kepada adik2 RAPI..Selesai sesi taaruf majlis ditangguhkan utk makan tengahari bersama-sama penasihat dan MT RAPI, kemudian solat jemaah di Pusat Islam.. Majlis disambung semula dalam pukul 2.45 pm dengan pembahagian adik2 RAPI kepada alumni utk aktiviti diskusi. Semasa diskusi tu, byk persoalan dan nasihat yang dikongsikan antara adik2, MT dan alumni.. Antara soalan2 yg diutarakan ialah..


Soalan 1:
1) Adakah akak pernah menghadapi sebarang masalah yang berkaitan antara peribadi dan organisasi semasa berada dalam JPPI dulu, sekiranya ada bagaimana cara akak dalam menangani masalah tersebut bagi bagi memastikan masalah tersebut tidak menjejaskan perjalanan dan kelancaran organisasi? (sebenar nyer soalan nyer panjang lagi..tp di ringkaskan je la..sbb org yg tanya pn pening,yang di tanye lagi2 pening..hehehe)

Jawapan :
(Setelah membuat muka blur bberapa ketika (hancur ayat bm nie..hehe), ana pun mula menjawab..hehe) Erm..setiap orang pernah dan akan menghadapi masalah, xkire la masalah dengan diri sendiri, sahabat2 dan organisasi. Mcm kak raudhah, antara masalah dan dugaan yang pernah akak lalui masa dalam organisasi dlu adalah, akak dan sahabat2 di dikatakan berpuak2..ish,berat sebenar nyer masalah nie..sampaikan pernah kna tgur dengan pimpinan atasan dalam meeting. Sedangkan mereka sendiri tak pernah bertanye pada kami kesahihan khabar angin tu..tp xpe la..Bila kita berada dalam organisasi,buat kerja sama2..ukhuwah kita akan rapat sgt..tp tu x bermaksud,kita xberkawan dgn orang lain
masa tu mmg sdih la, sbb org buat cerita tentang kami. mgkn org yang x senang dengan keakraban kami..wallahua'lam.. padahal akak2 bkn mcm tu, kmi kwn dengan sesiapa sahaja..dan bertegur sapa dengan smua orang. Tapi alhamdulillah, Allah nak tunjuk..masa perjumpaan akhir, akak telah minta adik2 mentee bagi komen bertulis ttg akak dan MT JPPI..dan salah satu surat tu,terluah la perasaan tidak puas hati yang mngatakan akak2 JPPI ni berpuak2.. dan akak sendiri mmg terkejut sbb org yg meluahkan tu merupakan orang yang ada jawatan dalam JPPI..Cuma terkilan sbb, dier x cuba bawa berbincang perkara tersebut..tp menyampaikan pada adik2 JPPI yg lain hingga menimbulkan satu tanggapan negatif terhadap kakak2 JPPI.. kemudian akak sendiri telah berjumpa dgn dier, dier mengaku.. Kesimpulan nyer disini, apa2 masalah kena hadapi dengan tenang dan cuba bawa berbincang, jangan cepat melatah..selidik dulu kesahihan sesuatu perkara yang di sampaikan. InsyaAllah..kalau kita di pihak yang benar, Allah akan sentiasa bersama2 kita..Dan yg penting,walau siapa pun kita..kita tetap sama dan hina di sisi Allah..perkara tu bleh jadi pengajaran juga pada akak supaya sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan dari org lain, setiap manusia xkan terlepas melakukan kesilapan..(^_^)


Soalan 2
Pada pendapat akak, apakah persiapan untuk diri adik2 RAPI sekiranya tahun depan mereka xdapat asrama dan terpaksa menyewa di luar. Seperti yang di ketahui, terlalu besar cabaran yang perlu di hadapi sekiranya menyewa di luar. Dan bagaimana cara mereka nak istiqamah dengan apa yang mereka lakukan dalam kehidupan di kamsis berbanding kehidupan di luar sana?

Jawapan :
Pada pendapat akak, smua tu bergantung pada diri adik2 sendiri..setiap orang ade matlamat sendiri. kalau matlamat adik2 join RAPI sbb nak dapat kamsis,adik2 silap..adik2 kna betulkan niat smula. Sebenarnye xde masalah klu adik2 duduk di luar kampus, tp kna jaga diri dan tetapkan pendirian. Jangan terlalu mudah terpengaruh dgn rakan2 lain yang suka buat sesuatu yang xbaik. Jangan biarkan persekitaran yg xbaik mempengaruhi adik2 tp adik2 yg kna mempengaruhi persekitaran supaya menjadi baik. Bila adik2 duduk luar,mgkn susah sikit nak join program2 seperti di kamsis, cth nyer..kuliah maghrib, kelas KAFA, usrah dan lain2..tp orang kata, nak seribu daya xnk sribu dalih. Adik2 boleh tgk dkt masjid2 di kawasan perumahan, biasanya pasti akan ada ceramah agama dan bbrapa program2 keagamaan..apa salahnya adik2 join. Dalam apa2 keadaan, adik2 kna istiqamah dlm melakukan sesuatu yang di sukai Allah S.W.T..igt blk matlamat utama adik masa join RAPI sblm nie..kebanyakkan adik2 mesti cakap matlamat dia join RAPI sbb nak diri adik2 menjadi lebih baik dan jadi muslimin muslimat yg soleh dan solehah kan.. Jadi istiqamah la, igt stiap yg kita lakukan kerana Allah S.W.T pasti kita akan selamat walau di mana kita berada. Satu lagi, adik2 ada Mentor dan sahabat2 usrah..teruskan berhubung dan jaga ukhuwah antara satu sama lain..


Soalan 3 :
Pada pendapat akak, ape yang perlu boleh kita lakukan jika ade rakan-rakan yang liat nak pergi kuliah maghrib atau usrah?

Jawapan :
Sebenarnya masalah ni memamg akan timbul bila kita buat program2 islamic. Cth kuliah maghrib, ade sahabat2 yg mls nak pergi pi..so adik2 kna ambil penyelesaian sndiri sbgai seorang shbt. Setiap kli nak pergi kuliah maghrib, ajak shbt kita tu..klu dia sruh pergi dlu..paham2 la kan...msti xnampak btg hidung la kat pi nnt..adik2 tunggu dia. Jgn ptus asa nak ajk..klu stiap hari adik dah terpacak kat dpn pintu blk dia, lama2 mesti dia boring dan dah xtau nak bagi alasan ape kan..lama2 xperlu kita pelawa,nmpak je kita dtg dia akan paham2 sendiri..InsyaAllah,cuba la..hehe kita nak ajk org buat baik bkn snang..mmg tu la lumrah hidup. Cth akak sbagai mentor dlu, ade adik2 mentee yang liat nak dtg bila akak buat usrah..dengan alasan byk assigment, ade masalah peribadi, tertidur dan sebagainya...penyelesaianya, utk usrah akan dtg..akak minta nak buat usrah kat bilik adik mentee yg suke bg alasan tu..lagi satu sebagai mentor kna slalu follow up adik2 mentee supaya adik2 mentee x rasa tersisih dan xpenting. Ukhuwah antara kita dgn sahabat kna jaga..Tunjukan peribadi yg baik..supaya boleh jadi cth pada shbt2 lain.


Soalan 4 :
Ape perasaan adik2 selepas hampir 1 sem menyertai RAPI?
(Ana pula tanye dkt adik2 RAPI..hehe)

Jawapan :
1. Rasa seronok sgt..sbb byk aktiviti2 yg dilakukan. Dapat isi masa lapang dengan perkara2 yang berfaedah.
2. Rasa ada perubahan yang positif pada diri sendiri. Dpt membentuk sahsiah diri yg lebih baik.
3. Ukhuwah antara sahabat2 lebih baik..
Masa diskusi dah hbis..jadi xsempat nak tanye pada smua adik2..hehehe

Hbis slot diskusi, kami di sajikan dgn persembahan multimedia oleh MT2 RAPI bagi program2 spanjang sesi Julai 2008 dan Jan 2009..Selepas itu alumni juga membuat tayangan multimedia bagi program2 bagi sesi Jan 2008.. Setelah selesai persembahan multimedia, para alumni, MT RAPI dan adik2 RAPI bersalam salaman. Kemudian program di teruskan dgn diskusi antara MT dan alumni mengikut lajnah masing2.. Dan yg sedihnya ana dan rehan terpaksa meninggalkan program lebih awal, xsilap ana dlm pkul 4.30 pm sbb ana kna blk ke Putrajaya..rehan plak kna blk ipoh..klu lmbt,tkt sampai lwt plak kan..bahaya!hehe(^_^)

Apa2 pun seribu penghargaan dan ucapan terima kasih ana kepada RAPI Psas atas kesudian mereka menjemput ana dan sahabat2. Perasaan yg bercampur baur antara rasa bersyukur,terharu,sedih,rindu,sayang,kasih dan gembira ssh nak diungkapkan..sbb masih ade yg mengingati akhi2 dan ukhti2 yg dah lama meninggalkan organisasi secara langsung. tapi sbenarnya secara x langsung, hati2 kami masih segar dengan kenangan semasa berada di dalam RAPI/JPPI...

p/s : InsyaAllah..."Ukhuwah yang terbina antara kita bukan ibarat kuntuman BUNGA...tapi ibarat TASBIH. Ada AWAL tiada PENGHUJUNG... dicipta demi kasihNya, dicantum demi cintaNya, diratib demi redhaNya" Wallahua'lam..

November 14, 2009

Semoga Berjaya..

Beberapa hari lepas dpt sms dari abah, minta mendoakan untuk adik ana yang akan menghadapi SPM..Jadi di kesempatan ini juga, ana nak ucapkan Selamat menghadapi peperiksaan SPM kepada satu2 nyer adik ana..Muhammad Syakir bin Ishak. Semoga di permudahkan segala urusan terutamanya untuk menjawab soalan peperiksaan..Nak minta semua sahabat2 mendoakan adik ana.. Doakan juga untuk semua adik2 kita yang sedang menghadapi peperiksaan.. Semoga yang terbaik milik kita semua..InsyaAllah..(^_^)

p/s : Rasa kejap masa berlalu,anak mak abah yg bongsu pun dah nak hbis sekolah..

Diri ini...

Memulakan langkah memang perit..bertatih..jatuh dan bangun semula..kadang-kadang tanpa tangan menghulurkan bantuan..terasa diri kembara sendirian..mimpikan syurga idaman sedangkan diri tak tahan ujian..kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur..titisan air mata yang kecewa..rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadukan..mekar pada jambangan setia pada perjuangan Islam.."(^_^)

November 12, 2009

Putera itu...


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan
sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati.
Yang
diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangan ada matlamat.
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang kerana aku serikandi dengan silam yang kelam,
Yang di nanti bukan dengan lamaran permata, cukup sekadar akad dan janji setia,
Dan yang terjadi andai tak sama kehendak hati, ku redha ketetapan ilahi.."

November 11, 2009

Selamat Hari Lahir.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


8/11/2009
Tarikh ni besday abang(along) ana..

ana wish kat fB je..hehe
ape2 pun..Hepi besday to along...semoga along success dalam kerjaya yang baru nak bermula iaitu sebagai guru muda..eh,muda ke..(jgn mrh).hehe
Dan org doakan along dipermudahkan oleh Allah S.W.T dalam apa jua urusan dan jadi anak yang soleh kepada mak dan abah...(^_^)

11/11/2009
Hari ni besday adik angkat ana..Roziah binti Dol..

Adik, Selamat hari lahir yg ke 20..
Semoga dengan pertambahan umur adik akan bertambah2 la iman dan ketaqwaan kepadaNya.
Study sungguh2..akak doakan adik berjaya grad dengan cemerlang.
Buktikan, walaupun byk masa dan tenaga yang disalurkan di jalan dakwah..adik tetap mampu buat yg terbaik juga dalam akademik. Sesungguhnya, bila kita bantu agama Allah S.W.T, pasti Allah S.W.T akan bantu kita. Walaupun bkn skrg..masa tu akan tiba juga nanti..Janji Allah itu benar..Betul x dik?hehe

Taman Syurga...(^_^)


Assalamualaikum wbt sahabat2..

Pagi tadi masa bersiap2 nak pergi kerja, ana sempat la bukak radio Salam FM.. Pagi2 mmg ada tazkirah subuh..sahabat2 bleh la bkak dan dgr..cewah! promot la plak..hehe Xpe la..perkara baik ape salah nyer kita berkongsikan..(",)

Tazkirah yg di sampaikan bertajuk.. "TAMANSYURGA DI DUNIA"
Ana mmg 'perasan' sikit kalau ade perkataan taman syurga nie..perasan sikit je la..hehe sbb nama ana raudhah yg bermaksud Taman syurga.. Mak ana kata, nama ana diberi oleh arwah mak tok ana..masa ana baru lahir, arwah mak tok baru balik dari menunaikan ibadah haji..dan telah berkunjung ke Raudhah di Masjid Nabawi Madinah.. mungkin terpikat dengan keindahan Raudhah di Masjid Nabawi, jadi mencadangkan nama cucunya nie dgn nama Raudhah...suke sgt!hehe ish3..dah jauh menyimpang dari topik nie..hehe Ok la..berbalik pada topik utama kita..tazkirah subuh. Ana mulakan dengan ayat yg dibacakan oleh ustaz penceramah iaitu


Rasulullah bersabda, "apabila kamu melalui kebun-kebun atau taman-taman syurga, masuklah kamu ke dalam kebun dan taman syurga itu".

kemudian Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah kebun-kebun dan Taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?".

Rasulullah menjawab, "Kebun-kebun dan Taman-Taman syurga itu adalah masjid-masjid, surau atau rumah Allah".

Maka, apa yg boleh ana kongsikan di sini.. taman syurga adalah masjid iaitu tempat beribadah dan memikirkan tentang kebesaran serta kehebatan Allah S.W.T.. Tempat untuk kita sebagai hambaNya meluangkan masa dengan berselawat dan memuji kebesaran Allah S.W.T.. Perkara utama yang perlu dilakukan apabila memasuki rumah Allah adalah solat ihtikaf.

Allah berfirman, "mereka yang bersungguh-sungguh pergi ke arah aku, akan aku bentangkan jalan yang mudah untuk mereka lalui"..

Subhanallah.. bertapa beruntungnya orang-orang yang rajin mengunjungi taman-taman syurga itu..menghadiri majlis-majlis ilmu akan membuatkan hati kita menjadi tenang, gembira dan memperolehi hidayah dan nikmat yang tak terhingga manisnya.
Mengunjungi rumah Allah juga membuatkan kita sentiasa mengingati kebesaran Allah S.W.T dan menjadikan kita lebih baik.

Dengan berzikir beramai-ramai di Taman syurga juga dapat membuatkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia menjadi baik dan tenang. Apabila hati tenang, manusia berada pada tahap mutmainnah iaitu nafsu yang akan menjadikan manusia tenang tidak lagi keluh kesah, gelisah, gopoh gapah, melenting-lenting & tidak bahagia. Manusia akan dapat merasai kemanisan iman.

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan dan manfaat yang di ceritakan oleh ustaz tersebut tentang kelebihan dan keistimewaan Taman Syurga, tapi hanya ini yang mampu ana kongsikan..
InsyaAllah, ilmu yang sedikit jika kita kongsi akan beri manfaat yang besar pada penerima dan pemberinya.. mcm dkt blog saifulislam.com.. "erti pada yang memberi.." Wallahua'alam..

November 9, 2009

Doa Rabithah -Izzatul Islam


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Lagu ni adalah tema untuk Kem Kepimpinan Wanita Islam anjuran PERKIM yg ana join baru2 ni...
Alhamdulillah..program berjalan dgn lancar dan bagi ana, input yg diperolehi amat mendidik diri ana sendiri sebagai wanita islam. Setia aktiviti yg di jalankan benar2 memberi kesan pada ana.. Nnt ana akan ceritakan lebih lanjut ttg program nie..best sgt...InsyaAllah..(^_^)

November 6, 2009

Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk-Siri 1.




Assalamua'laikum dan salam satu aqidah buat semua.
Insya'ALLAH, pada 22 November 2009, Nisa' Wilayah akan menganjurkan satu program ilmiah iaitu program yang bertajuk Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk-Siri 1.
Program ini akan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang, insya'ALLAH, kita akan solat Zohor berjemaah... (^_^)
Seminar ini akan berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC..
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi:-

*
Syuhada (019-7516020)
Shikin (013-2222589)

JUMPA DI SANA.... (^_^)

(PROGRAM NI TERBUKA UNTUK SEMUA, TIDAK MENGIRA USIA DAN JANTINA)

copy from : Nisaputrajaya.blogspot.com/

Jamuan kat Opis..




Gambar2 tu diambil masa jamuan perpisahan seorang staf opis ana tau..buat kat pantry opis je.. Alhamdulillah..byk makanan yg tersedia sbb kami buat potluck..hehe Semoga ukhuwah yg terjalin antara kami kekal buat selamanya..InsyaAllah..(^_^)

November 5, 2009

Renungilah...


Andai Islam seperti satu bangunan usang yang hampir roboh, akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. ku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi ku ingin hati-hati mereka yang ikhlas membantuku untuk bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah -Imam Hassan Al-Banna-

p/s: Apakah sumbangan dan bantuan kita jiwa2 muda dalam membina kembali bangunan yang telah usang itu?atau kita hanya jiwa2 muda yg hanya tahu memerhati?atau kita la jiwa2 muda yg merobohkan bangunan itu? pikir2 kan la..yg pasti sama ada sedar atau tanpa sedar jiwa2 muda ini semakin ramai yg lalai dan leka dgn nikmat dunia..Wallahua'lam..

November 3, 2009

"Surat Dari Anak mak yang dah tak degil"

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia .....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak.....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor......
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau....
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ....
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. ..kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak......
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni......
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak....
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak....
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan ....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam urusan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Surat ini ana copy dari email..

Rasa rindu sgt2 pada mak dan abah kat kg..walaupun baru minggu lepas blk. Tp untuk minggu2 yg akan dtg..ana xdpt blk kg…kadang2 rasa bersalah pada mak dan abah sbb xdpt luangkan masa bersama2..bkn segaja,tp ada perkara yang lebih aula untuk ana lakukan..Tp Alhamdulillah ana tau..mak dan abah faham..semoga mak dan abah sentiasa mendoakan kesejahteraan anakmu ini..

“Ya Allah..kurniakan la kesihatan, ketenangan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapaku..Jadikan la kami (along,nyah,adah dan adik) anak2 yang soleh dan solehah..” amin..