Allah berfirman (maksudnya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).
jadikanlah kami termasuk di dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqomah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami terhadap putus asa dari rahmatMu.
Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu atas segala nikmat dan ujian. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan sesuatu yang lebih baik dari sisiMu. Sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.
Jadi, cuba kita muhasabah diri, berapa peratus kebergantungan kita terhadap Allah swt? kenapa perlu sombong dengan Allah swt sedangkan kewujudan dan kelahiran kita kedunia ini adalah atas keizinan Allah swt yang menciptakan kita dengan uniknya. Seperti pengalaman ana semasa solat dimana-mana surau atau masjid. Selesai solat dan imam memberikan salam , berpusu-pusu jemaah keluar. Jadi saat bila mereka berdoa? bukankah itu sombong namanya.. Ana dulu pun, ambil mudah tentang tertib membaca doa, tetapi teringat teguran seorang warden semasa solat berjemaah dia surau asrama sekolah menengah dahulu. Orang-orang yang tidak berdoa terutamanya selepas solat adalah orang yang sombong dengan Allah swt.. Layakkah kita makhluk yang hina ini menyombongkan diri..??
Cuba kita muhasabah diri kita lagi.. dalam sehari, 24 jam. Berapa kali kita berdoa kepada Allah? paling tidak pun, 5 kali..betul x? sebab berdoa selepas solat fardhu. Sebenarnya setiap saat dan waktu, dalam apa jua perkara yang kita lakukan kita kena berdoa pada Allah swt. Ana teringat juga semasa menghadiri satu bengkel yang bertajuk komunikasi dengan Allah. Memang seronok.. penceramah itu menekankan tentang kepentingan kita bergantung kepada Allah swt. Setiap apa yang kita lakukan, seolah-olah kita beri tahu dan mengadu pada Allah swt.. Contoh nya.. ucapkan apa yang kita rasa.. "Ya Allah...terima kasih kerana bagi saya makan".. "Ya Allah..hari nak hujan la.." "Ya Allah..nak temuduga kerja ni, sijil tertinggal pulak..".. "Ya Allah...nak makan, tapi duit xdak pulok..." "Ya Allah..gembiranya" ..Ya Allah..sakitnya".."Ya Allah...sedihnya".. Ya Allah... nak bawak kereta ni.. tapi tak cekap lagi. Mcm mna ni Ya Allah".. Bukan susah pun.. hanya menyebut Allah, itu tanda kita sentiasa ingat pada Allah. Kalau kita cakap kat sahabat kita, "minah..nak makan tapi duit xdak la.. "mungkin la sekali, dua dia boleh la bagi pinjam duit atau paling best belanja makan.. lepas tu? pandai-pandai la bawak diri... Tapi kalau kita mengadu pada Allah.. kadang-kadang rezeki yang tak disangka-sangka malahan berganda-ganda nikmat yang diberikan.
Jadi sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama lihat kepentingan dan keunikan doa dan komunikasi kita dengan Allah swt.. Dengan berdoa kita dapat berkomunikasi dengan Allah swt. Doa yang penuh dengan keimanan dan keikhlasan, sudah pasti Allah swt takkan hampakan. Tak perlu menunggu masa solat atau ditikar sejadah, tapi dimana-mana sahaja kita boleh berdoa.. bukankah Allah swt itu wujud dan ada dimana-mana sahaja.... ^_^ Allah swt pasti akan memakbulkan doa hamba-hambaNya. Cuma bila, dimana dan bagaimana.. Allah swt unik pada caranya..PERCAYALAH DENGAN JANJI ALLAH...
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).
InsyaAllah... ^_^... Wallahua'lam
p/s : Ibu kepada seorang sahabat ana, asiah. sedang sakit dan kini berada di PPUM. Mohon, semua sahabat-sahabat mendoakan kesihatan ibunya.. semoga Allah swt berikannya kesembuhan dari penyakit dan sihat untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai hamba Allah.. amin
Tamansyurga_87
"Jaga Diri Hiasi Peribadi"