Assalamualaikum wbt... sahabat2 yg ana kasihi..ape khabar?semoga Allah memberikan kita smua kesihatan yg baik, ketenangan jiwa yg hakiki dan iman yg subur..InsyaAllah..(^_^) Alhamdulillah..minggu lpas, ana dah sahabat2 telah diamanahkan utk menjadi fasilitator dalam program motivasi pelajar sekolah rendah anjuran Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong. Nak handle adik2 sekolah rendah ni mmg byk cabarannya..sbb masa umur2 begitu, tenaga diorg utk bermain adalah sgt tinggi..sampaikan ana rasa ana pun dah mcm budak2 main kejar2..hehe Alhamdulillah..program yg berlangsung selama 2 hari itu, selesai dengan jaya nyer.. Mgkn terdapat sedikit masalah teknikal sperti penyediaan aktiviti sbb, fasilitator2 yg ada kurang pengalaman dlm mengendalikan program untuk adik2 sekolah rendah tp kami cuba lakukan sebaik mungkin. Atas kerjasama dan komitmen yg diberikan, smua tu dalam diselesaikan dgn baik.
Hari Pertama 5 Disember 2009 (Sabtu)
Program dimulakan dgn sesi taaruf untuk semua peserta, kemudian pembahagian kumpulan. Alhamdulilah, ana dapat adik2 yg kurang nakal.. tp nakal nyer ttap ade..biasa la budak2...hehe kumpulan ana terdiri daripada 10 orang iaitu adik aqmar, adik izrin, adik amar, adik syakir, adik iqbal, adik amar, adik putri, adik qistina, adik ain dan adik fatimah. Sepanjang program berjalan, adik2 bagi kerjasama yg baik..dengar ckp..pendek kata mudah sgt nak handle adik2 ni.. sesuai la dgn nama kumpulan kami iaitu al-Amin...(^_^) pada hari pertama juga, adik2 disajikan dgn ceramah berkenaan solat yg di sampaikan oleh ustaz jemputan. manakala pada sebelah petang, aktiviti LDK..adik2 di minta utk melukiskan gambar ahli keluarga masing2. Gambar tersebut perlu di tunjukkan pada ibu bapa. Aktiviti yg terakhir utk hari pertama program ialah aktiviti yg sgt digemari oleh adik2 iaitu treasure hunt, di mana setiap c.point adik2 perlu menyelesaikan tugasan yg diberikan oleh fasi setiap c.point yg berkaitan dgn rukun solat.
Hari Kedua 6 Disember 2009 (ahad)
Program hari kedua di mulakan dgn talk show oleh ketua fasilitator, talk show tersebut membincangkan tentang solat dan peranan anak2 terhadap ibu bapa. Seterusnya program diteruskan dgn penyampaian ceramah oleh panel jemputan iaitu ustaz Zamri tv9..tajuk ceramah berkisar tentang tanggungjwb adik2 sbagai pelajar dan anak. Pada sebelah petangnya berlangsung pula aktiviti untuk modul akhlak dan solat iaitu kotak beracun dan nikmat mata, tangan dan udara untuk memberi pengajaran ttg kepentingan solat dan kepentingan mensyukuri nikmat yg Allah SWT kurniakan. Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kpd peserta2 dan sumbangan kepada fasi. Alhmdulillah program berakhir dgn jayanya..tp sedih sbb terpaksa berpisah dgn adik2 peserta yg mn telatah diorg sgt menghiburkan..Semoga, 1 hari nnt Allah akan pertemukan kita smula..xkira dgn cara apa yg akan di tentukan-Nya.. Harapan ana, semoga adik2 peserta akan memperoleh input yang berguna utk di jadikan panduan dan dipraktikkan dalam kehidupan.
Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t. Maka, Program seperti itu dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada anak2 dan ibu bapa bahawa "anak soleh payung keluarga"
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Masjid Al-Faizin atas jemputan sbagai fasilitator dan kepada semua sahabat2 fasilitator (akhi hisham,akhi mior,akhi afif,akhi arif,ukhti adila,ukhti masyitah,ukhti nasihah,ukhti asiah,ukhti shasha dan ukhti syuhada). Segan untuk menerima sumbangan dari pihak penganjur yg bagi ana agak besar nilainya kerana kami menjadi fasilitator atas niat ikhlas membantu pihak penganjur dan adik2 kerana Allah Taala..Wallahua'lam.. Walau apa pun, mohon maaf atas setiap kekurangan dari ana sbgai fasi dan semoga stiap pihak yg terlibat dalam program "anak soleh payung keluarga" akan beroleh manafaat dan keberkatan dari Allah SWT..InsyaAllah..(^_^)
Hayatilah lirik lagu ini..buat insan yg bergelar anak.......
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
No comments:
Post a Comment