December 27, 2016

Tahun 2016

Assalamualaikum wbt.

Kini saya kembali bersiaran.

Rindu blog seharumtamansyurga ini. Penuh cerita dan kenangan.

InsyaAllah lepas ini akan kembali aktif.

stay tune! hihi

April 13, 2015

Kisah Kami ^__^

Bismillah...

Assalamualaikum wbt.. Setelah setahun lebih menyepi dari alam blog. Kini saya kembali! :)
Alhamdulillah.. 1 tahun lebih yang penuh dengan cerita suka dan duka. Post terakhir adalah ucapan hari lahir buat suami tercinta dan masa tu sedang mengandungkan anak pertama yang kini sedang membesar dengan sihat dan bijaksana. Dan yang pasti mengejutkan.. anak kedua sy sudah berusia 3 bln pada masa ini. Subhanallah... indah perancangan Allah swt. Jarak setahun antara abg long dan adik.. :) Walaubagaimanapun.. saya gembira dengan anugerah dan pemberian Allah swt. Suami yang soleh dan anak2 yang soleh solehah.. in sya Allah.. Aaminn ^__^

in sha Allah.. lepas ini akan mula aktif berblog semula. Untuk kebaikan bersama.

Muhammad Al Fateh dan Amni Sumayyah permata hati anugerah ilahi kepada Abi dan Ummi. Semoga membesar dengan sihat, bijak, menjadi anak yang mendirikan solat dan menjaga agama.. 






October 29, 2013

Sanah Helwah Ya Habibi fi Qolbi



Bismillah...
Assalamualaikum wbt.. 

Hari ini 29 Oktober 2013. Sanah Helwah Ya Habibi fi Qolbi, Fadli Bin. Mohamad Noor..

Doa Pn.Zaujah sentiasa mengiringi En.Zauj tercinta.

Semoga Allah swt memberkati kehidupan dunia akhiratmu, memanjangkan umurmu dalam redha dan keberkatanNya, melimpahkan rahmat dan rezeki, memudahkan segala urusan kerja dan seharianmu, melapangkan segala kesulitanmu, menerima segala amalan baik dan mengampunkan segala yang tidak baik. Semoga Allah swt merahmati segala urusan dunia akhiratmu.

Seiring peningkatan usia, semoga semakin bertambah amalan kebaikan. InsyaAllah di usia 27 tahun ini, akan bertambah tanggungjawab sebagai seorang abi setelah menjadi seorang suami. 

Semoga semakin bertambah, bercambah dan berakar umbi kasih sayang antara kita.

Semoga menjadi mujahid pejuang agama, suami dan abi yang soleh. insyaAllah

Aamiin :)

NotaHati : Disebabkan en.zauj tak berapa suka makan kek, jadi kita dinner saja esok ye.. semoga diberi kesempatan dan dipermudahkan. hadiah dah terima awal2 lagi kan..hehe  :) Maaf la.. isterimu ini tak pandai nak surprise2.. :p

October 11, 2013

40 Minggu Nan Indah.. InsyaAllah :)

Assalamualaikum wbt.. 


” Ya Tuhanku, kurniakanlah aku (seorang anak) daripada golongan orang-orang yang   soleh”
(Surah As-Soffat: Ayat 100)
Alhamdulillah.. hari ini genap 30 weeks mujahid kecil ummi ..sudah 7 bulan lebih la. tak sabarnya ummi nak jumpa baby.. abi pun sama.. :) hari ni check balik tarikh scan mujahid kecil ummi.. rupa2nya ummi salah tengok tarikh. ummi dan abi dah excited minta cuti 16hb lepas raya haji sebab nak tengok mujahid kecil ni. Kesian abi.. dah siap minta cuti sebab nak ikut ummi pergi scan baby utk last scan. tadi ummi call abi.. bagitau tersalah tarikh. abi cakap xpe...nanti abi ambil halfday hari khamis (tarikh scan yg sebenar). harap2 dipermudahkan la... ummi harap sgt abi dapat teman ummi scan baby kali ni. sebab abi tak berkesempatan nak teman ummi untuk scan sebelum2 ni.. Mujahid kecil ummi abi tolong doakan ye.. ummi abi dipermudahkan urusan 17hb nanti.. hehehe doa tauu...jangan main je dalam rumah baby (rahim ummi).. hihi ^__^

Sayang nyer (terkilan).. hari ni baru ummi berkesempatan nak tulis tentang pengalaman mengandungkan mujahid kecil. tapi alhamdulillah... sepanjang mengandungkan mujahid kecil ni, ummi takde banyak masalah. Mujahid kecil macam faham2 je.. abi duduk jauh. xboleh nak jaga ummi selalu. sebab itu Allah permudahkan urusan kita.. Allah tahu kemampuan kita kan.. baiknya Allah.. syukur sangat2.. :) sepanjang checkup pun, mujahid kecil dan ummi baik2 je.. cuma dah masuk 7 bulan ni, hb ummi dah semakin turun. tapi insyaAllah masih tahap ok.. semoga lepas ni hb ummi kembali ok.. biar mujahid kecil dan ummi sihat2 je. salah ummi juga.. suka skip mkn ubat vitamin.. heee kesian abi...penat dah dia ingatkan ummi suruh makan ubat vitamin.. jangan tinggal ubat vitamin. SORRY Abi.. SORRY Mujahid kecil.. lepas ni ummi x skip dah ye.. insyaAllah. Ummi sayang abi dan mujahid kecil.. ^__^

Memang setiap kali bulan baru.. ummi akan update kat abi.. kadang2 tu tak sempat2.. "abg..minggu depan baby dah 7 bulan".. abg..esok dah 30 weeks.. 2 minggu kemudian dah masuk 8 bulan tau"..hehe abi pun excited.."wahh.. tak lama dah...hehe".. Walaupun abi jauh..tapi abi sentiasa dekat dengan kita. Ummi selalu cakap kat abi.. "nanti mujahid kecil mesti rapat dengan abi, sebab ummi mengandungkan mujahid kecil setiap hari rindu kat abi.. kadang2 sampai nanges.. hihi tapi abi cakap...jangan nanges, nanti baby kuat nanges.. :p abi pun rindu..jumaat abi balik ye.. hehe setiap minggu mesti ayat yang sama.. agk2 sampai baby dah keluar pun ayat sama juga. hahaa. hari ini hari jumaat...  weeeee ;)

Tadi ummi sms dengan abi.. tanya abi buat apa tu? ;) abi cakap... tengah buat GL. Buat siap2..nanti senang. Wahh.. tengok abi lagi excited kan. kalau macam tu ummi nak apply cuti bersalin siap2 la.. ummi pun excited juga ni.. (kalau boleh laa..) hihi

Terima kasih abg... sebab tak pernah miss tanya khabar mujahid kecil dan ummi setiap hari dan boleh dikatakan setiap masa tanya ummi dan mujahid kecil sihat ke x? baby buat apa?hehe.. mujahid kecil macam biasa.. walaupun tgh sedap tidur..bila tau abi tanya khabar, terus bagi tendangan padu. comel sgt... :)

Terima kasih abi.. sebab belikan segala kelengkapan mujahid kecil. alhamdulillah dah cukup semua.. :)
Terima kasih abi.. sebab tolong kemaskan beg mujahid kecil.. tapi ummi tak letak dalam kereta lagi.. (mesti abi geleng kepala je dengan ummi nanti)..hehehe
Terima kasih abi.. sebab walaupun berjauhan, tapi abi selalu buat ummi dan mujahid kecil rasa dilindungi dan disayangi..
Terima kasih abi.. sebab selalu cuba penuhi keinginan (mengidam) ummi. walaupun ummi takde la mengidam sangat. sampai penat abi tanya.. syg nak apa2 tak? teringin nak makan apa2 tak? hihi..
Terima kasih Allah..semua yang baik datangnya dariMu. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah.. walaupun berjauhan dengan suami, hikmahnya dekat dengan keluarga. Terima kasih keluarga tercinta.. terutamanya mak tersayang yang jaga makan minum kite. diberi peluang mengandung membuatkan kita lebih menghargai pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik untuk mak abah dan saudara-saudaraku.. terima kasih sebab jaga kite semasa suami kite jauh..hehehehe Untuk mak.. nanti tolong jaga kite dalam pantang ye.. kite tak pandai.. hihi Love u all sehingga ke syurga kerana Allah swt... ^__^

Terima kasih juga pada insan2 yang bagi kite pinjam buku2 untk persediaan melahirkan mujahid kecil. terharu kite ^__^ 
Dan yang paling bestnyerrr... si debo ku humaira dah pandai cakap baby! baby! baby! sambil usap2 perut ni.. makyang terharu okkk.. :') Humaira pun nak dapat adik dah.. semoga humaira jadi kakak yang baik dan sayang pada adik2 ye..thn depan sila jaga adk2.. hahaha

” Jika aku jatuh cinta, cintakanlah diriku pada insan yang menyintaiMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Jika aku merindui, rindukanlah aku pada insan yang merindui syahid di jalanMu & Jika aku menikmati cintanya, jangan biarkan cinta itu melebihi cintaku padaMu…” InsyaAllah.
 
Ya Allah... semoga Engkau permudahkan urusan Fadli B. Mohamad Noor dan Raudhah Bt Ishak untuk melahirkan mujahid kecilnya.. Jangan dipersulitkan Ya Allah. Permudahkan dalam redha dan keberkatanMu. Lindungilah dan sayangilah zuriat ini, sihatkanlah tubuh badannya.. sempurnakanlah sifatkanya.. jadikanlah mujahid kecil ini anak yang soleh, berakhlak mulia dan baik paras rupanya. Aamiin :)

Nota Hati : Sedang bersiap sedia dengan amalan-amalan untuk mudah bersalin. Tahniah pada sahabat baik, adk masyitah sebab dah selamat melahirkan mujahid kecilnya 17hb September 2013. sampai2 hospital bukaan dah 9 cm? Subhanallah.. Nak juga mcm tu.. ;)

June 12, 2013

Kembali Kepada Fitrah Insani


Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi kebetulan bersembang dengan seorang sahabat.
Motif?? tiada semangat.. stress..
sebab?? tak diketahui... sebab dia kata susah nak cakap... so, tak bolehlah nak paksa-paksa bagi tahukan..hehe
Takpe la...apa-apa pun, tiada semangat dan tekanan pasti berkaitan dengan masalah hati. Hati yang tidak tenang dan masaalah yang berlambak. tak kiralah masalah kecil atau besar. Nasihat ana cuma satu.. kembalilah kepada yang asal.. seperti yang ana nyatakan didalam entry sebelum ini. Kembali kepada asal ialah kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah swt. Allah Maha Mendengar.. kebergantungan kepada Allah swt itu adalah perkara utama. Melalui pembacaan ana, kerana kebergantungan kita terhadap perkara selain Allah swt la menjadi penyebab kepada masalah kecil menjadi besar.

Sharing is Caring

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Share from genta-rasa.com

NotaHati : Entry yang telah diperam sejak tahun 2011.. Sahabat yang mana satu pun tak pasti, walau siapa pun sahabat itu.. semoga dia, ana dan kita sama-sama mendapat petunjuk untuk kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah swt. semoga bermanfaat :)


June 7, 2013

Walimah Cinta Kami (Part Nikah)


Assalamualaikum wbt..

Tiada kata yang dapat dilafazkan melainkan Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah swt. Akhirnya tarikh 01.03.2013 telah sempurna separuh dari agamaku bersama suami tercinta Fadli B. Mohamad Noor. Sehingga ke saat ini, cukuplah ana gambarkan.. suami adalah anugerah terindah Allah swt. Moga kekallah rasa bahagia ini sehingga ke syurgaMu Ya Allah... Jadikanlah Fadli &Raudhah suami isteri yang soleh dan solehah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. ^__^ 

Disaat melayari hari-hari bahagia bercinta selepas pernikahan ini, Allah swt memberi khabar gembira dengan kehadiran mujahid kecil di dalam rahim ini. Hampir-hampir usianya di dalam rahim umi kini, sama dengan usia perkahwinan umi wa abi nya. Alhamdulillah.. rezeki yang cepat. Semoga mujahid kecil umi sihat, sempurna dan soleh di dalam rahim umi sehingga kelahiranmu.. :)

InsyaAllah.. kalau ada peluang ana nak buat entry perkembangan mujahid kecil ini. Semoga boleh dikongsi manfaat dan disingkap pengalaman manis oleh mujahid kecil ini sendiri satu masa nanti. :)   

Eh.. kan nak cerita tentang walimah cinta kami? Dah lari tajuk ni..hehe Ok.. mulakan dengan hari pernikahan.
Dengan 2 kali lafaz.. "Aku Terima Nikahnya Raudhah Binti Ishak dengan Maskahwin 1 Dinar Emas Tunaiiiiiii...." makanya Encik Fadli selamat menjadi suami kepada Puan Raudhah. Kenapa 2 kali lafaz? sebab seorang saksi itu nak sebutan "tunai" tu dipanjangkan.... gitu plak ye..hehehe tapi takpe.. yang penting semua sudah selamat dan sah.. Syukur pada Allah swt :)

Selesai nikah.. En. Zauj ajak solat sunat dalam bilik. Masa inilah macam-macam hal jadi.. rasa kelakar sangat kalau diingat-ingatkan..hehe Dah duduk lama.. nak bangun dari tilam nikah, kaki pulak kebas.. berpapah-papah la. Agaknya pelik je orang tengok, apekehal dengan pengantin pempuan ni.. hihi lepas tu baru perasan... laaa.. stokin terbalik pula rupanya.. dengan kaki kebas-kebas dan nak betulkan stokin lagi, memang jadi perhatian la. En. Zauj dah beberapa kali jenguk dari bilik nak mulakan solat sunat..hehe Dalam bilik lepas solat dan doa.. En. Zauj pegang ubun2 dan baca doa. Nak keluar tu sempat lagi tanya.. "Doa apa?" En. Zauj balas..ada la. :) 

Dekat luar ramai dah tunggu untuk tengok pengantin sarung cincin. Tiba-tiba sampai satu part yang sebetulnya nak elakkan dihadapan umum.. siap dah pesan pada En. Zauj masa tunang lagi, iaitu tak nak cium dahi depan orang ramai. Tapi kita merancang dan dah cuba elakkan.. tapi keadaan tak mengizinkan, untuk menjaga hati saudara mara dan keluarga baru, kte redha je la..huhu ;) Cumanya... ana sudah pesan pada cameraman iaitu merangkap sahabat GAPI kami, gambar cium dahi adalah privasi. Alhamdulillah cameraman sangat memahami dan semua gambar yang dikongsi dengan sahabat-sahabat GAPI  terjaga sekali aurat dan maruah pengantin.. TQ Gapi Photolab ^__^

Selesai semua.. rombongan pengantin lelaki dan semua tetamu pun dihidangkan dengan sedikit jamuan makan petang. En. Zauj macam berat hati je nak balik..Yeeke? :p Nak balik ana pun hantar la.. tapi hantar dengan pandangan mata saja la, nak hantar sampai kereta nanti orang cakap amboi2 pengantin gegurl...hehe

First msg lepas nikah.. En. Zauj dah mula panggil sayang. Dan ana masih menggelar diri dengan "Raudhah" sebab tak biasa lagi. Bukan sehari saja, malahan berhari-hari juga tersasul sebut nama sebab tak biasa dengan ganti nama yang baru. Tapi semua itulah yang mengeratkan kami selepas bergelar suami isteri.. bila tersasul sebut nama buat-buat merajuk.. ehehehe.Malam pula bersiap-siap untuk majlis khatam al-quran..

Aduhai... macam panjang je lagi nak cerita ni. Baru part hari akad nikah..huhu Nantilah sambung.... ;)

Bersambung........ 

Agak pelik di situ.. kenapalah ana x salam dua-dua belah tangan.. :p


 
Majlis khatam a-quran

 
I love u

Fakta : Tempat Nikah : Rumah 
           Masa             : 6.15 petang
           Tarikh            : 01.03.2013

Notahati : Bercintalah selepas Nikah.. Allah sayang dan pasangan juga sayang.. insyaAllah :) Semoga keluarga yang terbina ini diredhai Allah swt dan menjadi sebuah keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah. Allahumma Aamiin