March 22, 2012

Siapakah muslimah solehah?


Siapakah muslimah?
ü Wanita yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW
ü Wanita yang cukup ilmu dan Rendah diri
ü wanita yang menutup aurat dengan rapi
ü wanita yang pandai mengambil hati orang sekeliling
ü Wanita yang menjadi penyejuk hati
ü Wanita yang tidak mudah tunduk kepada nafsu
yang merosakkannya
ü Wanita yang berakhlak mulia serta tulus hatinya
ü Wanita yang tutur katanya penuh berhikmah
ü Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan diri
ü Wanita yang solat lima waktu dan berpuasa
ü Wanita yang tidak suka dipandang dan sentiasa menjaga pandangan
ü Wanita yang mentaati suaminya
ü Wanita yang rajin mengaji
ü Wanita yang matlamat hidup dan matinya hanya kerana
Allah swt.. ^__^
Agak-agak ada tak semua ciri-ciri ni dalam diri kita?
Tiada wanita yang sempurna ye dak..? tapi.. kita boleh sentiasa mencari dan menjadi muslimah solehah.
Kekurangan dan kelebihan dalam diri perlu menjadi kekuatan untuk kita mengejar cita-cita yang satu iaitu ingin menjadi bidadari dunia hingga ke syurga Allah. Tips nak jadi muslimah solehah.. apa kata, setiap hari kita buat checklist samaada apa yang kita lakukan seharian dan akhlak kita seharian sama tak seperti yang disenaraikan di atas.. jom sama-sama kita try! InsyaAllah.. semoga Allah memberi pertolongan agar memperelokkan segala urusan dunia dan akhirat kita. Wallahua’lam. ^__^
“Carilah kesempurnaan dan kamu hanya akan menemui kehampaan, kerana tiada manusia biasa yang dilahirkan tanpa kekurangan dan kelemahan. Saat kau memilih seseorang kerana kelebihannya bermakna kelemahannya masih terlindung dan tika kau menemui itu nescaya kau akan dirundung kecewa. Tetapi, jika kau tahu kelemahannya dan dapat menerima dengan lapang, di saat kau nampak kelebihannya kau akan menjadi seperti dikalung kebahagiaan memiliki dia sebagai teman.. “

March 11, 2012

Sabar Itu Iman



Bukan dunia yang dilalui, bila dilalui tanpa kesabaran.
Bukan kesenangan yang diraih, bila diraih tanpa kesabaran.
Bukan kebahagiaan yang dikecapi, bila dikecapi tanpa kesabaran.
Kiranya kesabaran adalah jalan orang-orang mukmin meraih segalanya,
termasuk syurga dan redhaMu Ya Rabb,
bila Engkau berkenan menjadikan dunia tunduk dikakiku dan bisa ku gunakan untuk kepentingan agamaMu, maka jadikanlah kesabaran menjadi sebahagian dari sifatku.
Aamiin...


"CUKUPLAH ALLAH (MENJADI PENOLONG)BAGI KAMI DAN DIA SEBAIK-BAIK PELINDUNG" (ALI-IMRAN 3:173)

March 9, 2012

Diary Budak

Assalamualaikum wbt.. Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayangnya pada kita umat islam yang menumpang di atas dunia ini. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan nikmat usia yang berpanjangan, semoga seiring la dengan peningkatan iman dan taqwa dlm diri kita kan.. :)

ermmm.. post kali ni nak share something yang best la pada ana, pada orang lain yg membaca mungkin biasa2 sahaja.. ;) Semalam sedang mengemas bilik, selongkar almari.. niat asal nak cari seluar slack hitam, sebab nak pakai untuk gotong-royong 5s kat pejabat hari ini.. Tapi tak jumpa pula, tak tahu la mana hilang..seluar kesayangan tu. masa nak pergi beli tu ada memori terbaik punya.. hihi. Xpe la..ada rezeki nanti jumpa la ye dak..? tak hilang ke mana pun.. ke ada orang kedah amik.. nnt kita soal selidik dia.. :p ngeh3~

ok la.. back to topic kan.. selongkar-selongkar almari,

tiba-tiba...........................

-

-

-

-

-

-

-

jumpa cicak?? hehe.. xde la...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

jumpa tikus?? hehe.. pun salah..

ade plak ana nak ternak tikus dalam almari. ha, cerita pasal tikus ni..minggu lepas 2 ekor cik Tie ana jerat..padan muka! suka ehh...buat bilik ana yang ciut miut tu tempat dia bersiar-siar.. huhh.. ;)

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Jumpa Hantu?? hehe..

ape kes hantu duduk dalam almari kan..hantu duk atas syiling, baru gempak..hihi

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Ok la.. xnak main dah.. ana jumpa.... "DIARY RAUDHAH"..

raudhah tu sure la ana kan..kan.. ^__^

Xsangka jumpa diary sejak ana darjah 6 sampai la tingkatan 4.. tingkatan 5 xde pulak..mungkin sibuk nak exam spm kot.. kot la kannn... hehe tapi memori form 5 masih segar dalam ingatan..insyaAllah.. ^__^

Allahuakbar..bila baca balik diary lama, memang kelakar la.. zaman budak-budak kan. ada gaduh-gaduh, ada gembira, ada sedih-sedih dan macam-macam ada. Tapi dah besar ni.. rasa-rasanya sesiapa nak baca pun ana x kisah kot.sebab semua certita-cerita yang tak matang je dalam diary tu.. :)

Seronok sebenarnya bila kita baca kisah-kisah kita yang lama..terutamanya zaman sekolah rendah dan menengah. ofcoz la..cerita gaduh-gaduh x puas hati dengan kawan-kawan yang banyak kan..kan.. ye ke?? rahsia... :p

Tapi antara isi-isi dalam diary tu yang buat ana touching.. tak sangka sebenarnya, sebab ingat-ingat lupa kan..hehe ana tulis dalam diary tu..

"Duit tinggal lima puluh sen je.. makan roti aje la.."

~ sebenarnya ok je pun, sebab ana duduk asrama. makan pagi, petang, malam memang disediakan dengan yuran yang ditanggung sendiri hokeyyy.. RM5 ditanggung oleh kerajaan.. hihi ;) Cumanya..allhamdulillah, memang sejak kecil di didik untuk jimat cermat dan hidup susah. Dah besar ni.. pengalaman itu mengajar kita ye dak..? berjimat cermat vs kedekut.. yang penting berbelanja ikut kemampuan. Ana xsuka kerja membazir..orang takkan faham kedudukan kita, selagi mereka xberada kat tempat kita. Bila dah besar dah kerja, ada tanggungjawab..baru la kita dapat rasa apa yang mak abah rasa dulu. Bukan senang nak cari duit.. ana memang berkira bab duit! Kalau rasa nak ajak shopping atau saja2 nak buang duit benda xpenting, silap orang la kalau ajk ana..kedekut kan.. :p Heehuu..

"Nak guna duit beli kalkulator.. tapi tak sampai hati nak minta kat mak abah.. kesian kat mak abah tengah xde duit. tapi nak buat macam mana, untuk pelajaran x boleh tangguh-tangguh..aku janji akan belajar sungguh-sungguh!"

~ see.. touching kan..kan.. T___T dan kalkulator tu pun dah hilang.. hoho

"Hari ni besday aku..telefon mak, mak cakap xdatang asrama minggu.. sedihnya... tapi, tiba-tiba petang tu emak,abah dan syakir datang hantar Nyah blk asrama smis pastu singgah asrama aku. walaupun mak x ucap apa-apa tapi aku happy sgt..." ;)

~mak abah memang susah nak ucap besday kat anak-anak..tp mak abah ingat je tau.. cth nyer..kalau besday mak mesti suruh beli kek..masa besday along, mak belanja KFC kott.. kelass x.. ngehhh.. pastu besday Nyah, mak suruh buat makan-makan kat rumah, siap nak jemput anak-anak murid mengaji mak.. ;) kelakar.. ana siap kata, ana xnak ada kaitan..segan kot, kalau besday humaira debab xpe lagi nak jemput budak2 satu kampung bagai kan.... hihihi

Then.. yang paling banyak dalam diary tu adalah.. ayat ni.."kenapa la keputusan aku selalu je xcemerlang macam along dan nyah".."aku yakin aku boleh jadi pandai macam along dan Nyah".. kelakar kan.. biasa la..budak-budak harus la ada jeles menjeles.. terutamanya bab exam, siapa dapat result bagus dapat hadiah.. mau xjeles. tapi ana xdapat banyak sgt hadiah..sebab x berapa nak cerdik, tapi xpe comel..hehuu hadiah yang paling ana ingat, hadiah dari mak sebab ana dapat No 2 dalam kelas darjah 6 iaitu jam tangan warna silver jenis besi.. Mak kata ustazah halimah yang pilih..mahal ooo walaupun harganya cuma RM21..zaman dolu-dolu RM 21 tu bukan senang nak dapat..hehe.. ^__^

jam tu pun dah hilang... adoi! hihi

Yang lain-lain banyak juga la..pasal kawan-kawan buat muka pun ana nak ambil hati.. mak suruh hantar bekas makanan kat rumah jiran pun nak merajuk sampai tak nak makan bukak puasa. kawan gurau2 tuduh ana ambil pen pun ana terasa.. macam-macam lagi la..hehe tapi satu yang ana rasa best la..sebab dalam diary tu, setiap kali ana terasa atau marah atau sedih.. akhirnya ana mesti akan tutup luahan dengan kata-kata "setiap perkara yang jadi ada hikmahnya..Allah saja yang tahu dan dapat menilai setiap perkara itu.." hope, ana boleh teruskan dengan terima setiap yang jadi sekarang atau masa depan pasti ada hikmah dan qada' qadar Allah... insyaAllah.. ^__^

sejak 2 tahun lepas..dah takde diary lagi..cuma ada diary kewangan je..sebab sekarang ni buat apa saja semu perlukan duit. xde panduan boleh bangkrup hihi.. ala..blog ni pun boleh jadi diary hidup kita.. cuma untuk luahan perasaan macam xberapa sesuai ye dak..? ;)

Apa-apa pun... setiap luahan masalah atau kegembiraan kita, sebaik-baik tempat utama untuk diluahkan adalah pada Allah swt.. didalam doa kita mohon keampunan, kita merintih kesedihan, kita memohon pengharapan, kita ucap syukur atas setiap detik kegembiraan dalam hidup. sebab Allah Maha mengetahui apa yang kita tak tahu. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu sedangkan kita ini tiada apa kemampuan tanpa izinNya. Walaupun kita rasa kita dah cuba merancang yang terbaik dalam hidup kita teruatamanya tentang masa depan kita tapi perancangan Allah itu sebenarnya adalah yang terbaik sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

ok la.. ana sebenarnya nak upload gambar kad azam tahun baru masa tahun 2002 iaitu tahun ana ambil PMR. Ana jumpa kad tu dalam diary.. insyaAllah ana cuba.hehe bila difikir-fikirkan, azam sepuluh tahun yang lepas tetap sama dengan azam sekarang.. insyaAllah semoga ana istiqomah.. Doakan ye.. :) Wassalam..

February 20, 2012

Seperti Imam Dengan Makmumnya


Abang... hari tu ingat dah habis period. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “

” Maybe kot. Try search kat google..”

” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.

Sumber : http://www.myilham.com

February 17, 2012

Bersedia Untuk Berubah

Assalamualaikum wbt.. semoga Allah swt limpahkan seluruh kasih sayang dan rahmatNya pada kita. Allahuakbar.. walaupun terlalu sedikit ingatan kita padaNya dan RasulNya berbanding dengan hikmah yang Allah berikan pada kita.. tetapi kita masih diberi peluang untuk hidup dan menikmati segala apa yang ada sekarang dalam lindungan Allah swt.. InsyaAllah entry kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri dan sekadar perkongsian untuk sahabat-sahabat.

Iman boleh diibarat seperti air, boleh juga diibaratkan seperti sepohon pokok yang perlu sentiasa di bajai, disiram dan diberikan perhatian untuk memastikan pohon itu sentiasa hidup subur dan berbunga cantik. Bayangkan apabila sepohon pokok dibiarkan tanpa dibajai, tanpa disiram air atau dibiarkan sahaja pasti pohon itu akan kering layu dan akhinya mati. begitu juga la dengan iman kita.. perlu ada pertambahan ilmu pengetahuan tentang kehidupan islam (ikut sunnah Rasulullah saw) yang berterusan, istiqomah dalam amalan ibadah, solat, perhubungan dengan sesama insan dan lain-lain amalan yang dapat menjadikan kita lebih positif. Iman seseorang hanya dapat dinilai oleh Allah swt, jadi harus la kita sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik kerana kita tahu, yang menilai kita hanyalah Allah swt.

seperti kisah Luqman Al-Hakim dan Anaknya

::. Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia danpandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai mengenderainya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keledai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, makan mereka berkata "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki.Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat matinya)." Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu.Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya mengederai keldai." Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata, "Kok, keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!".

Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan. .::

Untuk berubah ke arah kebaikan kita perlu menjadi dan mencari. Menjadi seorang yang 'pekak' dengan kata-kata dari insan lain yang tidak gemar dengan kebaikan. Menjadi seorang yang 'bisu' dari kata-kata yang tidak menyenangkan. menjadi seorang yang 'lumpuh' dari pergi ke tempat-tempat maksiat. menjadi seorang yang 'buta' dari melihat perkara-perkara yang merosakkan iman. Akhir sekali perlu menjaga sebaik-baiknya seketul daging di dalam diri kita iaitu hati. kerana segala amalan dan perlakuan kita bermula dari hati (niat). Menghargai hidayah Allah yang hadir kerana ianya ibarat pusingan bumi, bila sekali ia hadir jika ditepis akan mengambil masa yang lama pula untuk ia hadir semula. Jangan biarkan hati kita keras dari perlakuan baik.. jangan berpaling dari memandang segala kebaikan insan-insan disekeliling kita kerana mereka boleh menjadi cerminan kita untuk muhasabah diri dari segala kekurangan.

Biarlah siapa pun kita dahulu dan sekarang, tetapi usaha ke arah menjadi insan yang baik dan menggapai redha Allah swt adalah matlamat yang perlu berpanjangan. Tergelincir dari landasan iman bukan bermaksud kita tidak layak meneruskan perjalanan tetapi perjalanan perlu diteruskan mengikut landasan yang sebenarnya.. malahan mebuatkan kita lebih berhati-hati menelusuri laluan itu. Tiada insan ingin menjadi jahat, kerana fitrah manusia itu adalah suci bersih sentiasa mengingati Allah. Tetapi kita hanya insan biasa yang tidak terlepas dari mehnah dari Allah swt, bukan kerana tujuan untuk menghancurkan kita tetapi untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah swt. Semoga Allah menjadikan kita hambaNya sentiasa berusaha menjadi baik dan soleh/solehah. Percayalah..walau bagaimana jahat pun kita, tapi jika kita ambil sedikit masa untuk merenung alam ciptaan Allah swt pasti hati akan menjadi tenang, kerana ciptaanNya sentiasa berkaitan antara satu sama lain.

1) SOLAT di awal waktu

2) Jika Mendengar NASIHAT, segera menerima..

3. Jika bercakap menyenangkan hati dan bersikap RENDAH HATI


4) Senangnya BELAJAR dengan sesiapa sahaja..

5) Dengan SABAR memeriksa lawan bicara yang awam..

6) Selalu mengambil HIKMAH dari segala perkara yang berlaku..


7) SEMANGAT pada kebaikan..


8) BICARA yang menyenangkan...


9) PEMAAF dan suka memohon maaf (menyedari kesilapan)..

9) MEMPERBAIKI DIRI dan tidak mencari AIB orang lain...

semoga dapat mengubah diri menjadi lebih baik dan solehah.. semoga semakin ku mengejar cinta dan kasih sayang Allah, semakin Allah sayang dan kasih kepada ku.. yang pasti usaha dan terus usaha! :)

p/s :

selamat ulangtahun kelahiran my sister 16/2..
semoga Allah permudahkan segala urusan baik. menjadi wanita yang solehah.
beroleh keberkatan dan rahmat Allah swt di dunia akhirat.. :)
----------------------------------------------------------------------------------
Doakan keselamatan umat islam diseluruh dunia, sesungguhnya di akhir zaman umat islam sangat mudah ditindas. Sayu hati membaca berita tentang nasib saudara-saudara islam di Palestin, Syria dan banyak tempat lagi. Tapi tak pernah buka video yang di share kat FB sebab tak sanggup tengok... huhuu T__T

January 21, 2012

Saat Allah Mencintai ^^,


Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik..

"Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku" :')

ingat, selepas azam peringkatnya adalah tawakkal.

Allah Ta’ala berfirman : ” Dan setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal “.

“Jaga Diri Hiasi Peribadi” ^__^