February 19, 2010

Sahabat yang Baik


Sabda Rasulullah s.a.w..Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat(Tarmizi)

February 4, 2010

Suburkan Iman Dengan Zikrullah..

JUMAAT
يَا الله

SABTU
لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

AHAD
يَا حَيُّ يَا قَيُّوم

ISNIN
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

SELASA
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

RABU
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيم
ِ
KHAMIS
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيم

SESUNGGUHNYA zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada Allah, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman.

Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud “Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”.

Allah memerintahkan kepada hamba-Nya memperbanyakkan zikir mengingati-Nya, manakala Rasulullah menggalakkannya kepada umat Islam menjadi amalan itu berkekalan. Dalam al-Quran dan hadis jelas menggambarkan kebesaran kesan zikir dan faedahnya. Ia boleh dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah atau berkumpulan, melalui lisan mahupun dengan hati. Dalam memperkatakan mengenai zikrullah dengan lisan atau hati, Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar ada menyatakan bahawa ia adalah zikir yang paling afdhal. Ulang kali, menyebut sifat-sifatnya.Zikir dengan lisan adalah dengan menyebut nama Allah berulang kali, menyebut sifatnya atau melafazkan puji-pujian kepada-Nya. Zikir dengan hati pula ialah menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah di dalam diri dan jiwanya sehingga hati itu menjadi sentiasa sibuk dengan zikrullah. Ahli zikir adalah golongan manusia yang istimewa dan terkemuka.
Pengiktirafan ini dianugerahkan sendiri oleh Allah melalui lisan Nabi Muhammad yang maksudnya “Telah majulah orang-orang yang istimewa, para sahabat bertanya, siapakah mereka yang istimewa itu wahai Rasulullah, jawab baginda, iaitu mereka yang banyak mengingati Allah sama ada lelaki mahupun wanita (Riwayat Muslim).

Majlis zikir turut dikenali sebagai satu daripada taman syurga. Seseorang yang lidahnya sentiasa basah dengan mengingati Allah akan mendapat beberapa manfaat antaranya:

1.Membersihkan hati daripada sifat mazmumah
2.Melembutkan hati sehingga dapat melihat kebenaran yang datang daripada Allah
3.Merasa betapa dekatnya diri dengan Allah sehingga apabila berhadapan dengan pelbagai musibah dan pergantungannya hanya kepada Allah
4.Meningkatkan mutu amalan kepada Allah.
5.Memelihara diri daripada gangguan syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada mengingati Allah
6.Menjadi penawar kepada hati yang sering gundah gulana, keluh kesah dan tidak tenteram

Ucapan “La Ila Ha Ilallah” adalah ucapan zikir yang paling mulia. Seorang daripada Syeikh al-Azhar yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menyebut bahawa zikir ‘La Ila Ha Ilallah’, istighfar dan selawat ke atas Nabi adalah tiang aurad dan wirid para ahli sufi. Zikir ini adalah sebagai satu daripada wasilah ke arah penyucian diri. Mengerjakan solat termasuk dalam kategori zikrullah. Hal ini dijelaskan oleh Allah. Membaca al-Quran juga adalah zikir yang paling mulia kerana ia adalah kalam Allah atau kata-kata Allah. Maka apabila seseorang membaca al-Quran, dia sebenarnya menuturkan kata-kata Allah dan ia adalah gambaran betapa hampir dirinya dengan Allah. Sehubungan itu, seorang Muslim hendaklah membaca al-Quran setiap hari supaya hatinya tidak kosong tanpa roh. Apabila membacanya, maka dalam masa sama pembacanya akan mengingati Allah.
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyebut dalam bukunya Mukasyafah al-Qulub membaca al-Quran adalah satu daripada kaedah merawat kekalutan dan kekusutan jiwa.

(Dipetik dari : Desiran Hati-Wordpress)

January 26, 2010

Cahaya Dhuha..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita semua masih lagi dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan kehidupan sbagai hamba Allah di atas muka bumi milikNya. Mari kita sama-sama berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai setiap urusan dan amalan kita seharian.. Moga dengan doa itu kita sentiasa murah rezeki disamping rezeki yang berkat.

Hari ini ana cuma nak kongsi satu amalan sunat yang InsyaAllah..manfaat dan fadhilatnya amat besar. Cuma bagi ana kita perlukan kekuatan utk melaksanakan..Sebenarnya tak susah, perlu luangkan sedikit masa sahaja..cuma kadang-kadang ada sahaja halangan..(bkn alasan).. Ana pun, kadang2 tu..payah nyer nak luangkan masa nak melaksanakan solat sunat dhuha setiap hari. Kemudahan di tmpt kerja,sbenarnya amat memudahkan utk melaksanakan..surau dekat. tp kdang2 bila kena giliran jaga kaunter atau ade staff yg x datang..jadi,mmg xboleh nak lari walaupun skejap.. Sahabat2,yang penting amal yang sedikit,tp istiqamah itu lbih baik daripada amal yang banyak tapi jarang-jarang...btul x sahabat2?..tp kalau dapat amal yang banyak dan istiqamah..tu lagi best kan..hehe..insyaAllah.

Sebenarnya sahabat2..kalau kita faham fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha, mesti kita akan rasa sayang nak tinggalkan walaupun sekali.. Pertama kali ana baca bait2 doanya,hati ana tersentuh..walaupun pendek sahaja tp maknanya sangat mendalam..

Niat Solat Dhuha

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Sunat Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan :
Puasa 3 hari setiap bulan, solat sunat dhuha 2 rakaat, dan solat witir sebelum tidur"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan sepertiberikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
Riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
”Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Subhanallah sahabat2..sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah,kenapa susah sgt kita nak jadi hambaNya yang bersyukur..knapa susah sangat nak meringgankan anggota untuk beribadat kepadaNya? Sebab kita xtau kelebihan setiap amalan yang dilakukan.. Nah,skrg dah tau kan..Ayuh! sahabat2..kita dapatkan redha Allah..kita kejar syurga Allah.. insyaAllah..(^_^)

January 22, 2010

Biar Gambar Berbicara..

"Pen drive org hilang..huhu"
"hilang kat mana?camne bleh hilang?"
"tertinggal kat library..dah balik bilik baru sedar..pergi tgk blk,dah xde..hehe"
"Lain kali tinggal la lagi..(nada perli kot..hehe)suruh beli baru la tu..hehe"
"Org risau gambar2 kat dlm pendrive tu je..banyak pulak tu"
"Doa la..org yg ambil tu delete gambar2 dlm tu..biase nyer diorg akan delete,sbb tujuan diorg curi sbb nak pndrive tu je.."

Dialog antara ana dengan kakak ana..baru je masuk study kat Uum dah mengadu hilang barang.. ish3.. tp xpe la,nak buat macam mana..bkn rezeki..
Xpe la nyah,orang upload gambar2 kenangan ni kat blog..utk mengubati rindu kamu pada bonda dan kami(budak2 rumah dan nisa')..hehe Nak upload kat fb..internet slow..

Kak Seha dgn Damia
(Serupa tak?hehe)
Kak Seha dgn Batrisya

Kak seha dgn Kak Sue
(mlm perpisahan)

Comel x...
bear kat blkang tu..hehe Bdk2 Rumah
(bdk2 ke...hehe)
Jalan2 kat Lumut
Kaum hawa shja..hehe



Bonda yang tersayang..
Sayang sgt kat mak..(^_^)

Dinner with..
pham2 le..hehe

Ajk Family day Nisa'..
tman kak seha shopping
brg2 nk msuk u...
Yang,Nyah dan adik

January 21, 2010

Tarbiyah Hati

Duhai Hati…

Mengapa bersedih andai yang terjadi

Tidak seperti yang diimpi,

Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..


Duhai Hati…

Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,

Bukankah cinta Allah itu yang hakiki


Duhai Hati…

Mengapa menanti sesuatu yang tak pasti,

Bukankah Allah itu Maha Agung Maha Mengerti


Duhai Hati…

Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,

Bukankah janji Allah telah terpatri


Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah itu benar dan memohon ampunlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

(Al-Mu'min : 55)



Duhai hati…

Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,

Bukankah cinta ilahi lebih diredhai


Duhai Hati…

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,

Akan segala isi hati ini..

Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..

Bukan aku pinta jadi begini…


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah : 286)


Ya Allah..

Sesungguhnya aku ingin menjadi insan yang diredhai

Punyai hati suci yang sentiasa berzikir dan mengingatiMu

Berilah kekuatan atas setiap urusan yang dilakukan

Satukan hati-hati kami agar terus subur meraih kasih SayangMu,

Kuatkan iman kami,

Tetapkan akidah kami,

Tingkatkan semangat mujahadah kami Ya Allah…


"Ya Allah, Kau perbaikilah agamaku, kerana itulah yang memelihara urusanku, dan Kau perbaikilah duniaku, kerana disitulah aku hidup, dan perbaikilah akhiratku, kerana disitu kelak akan aku dikembalikan. Jadikanlah kehidupan ini sebagai satu tambahan dalam setiap kebajikan aku laksanakan, dan Kau jadikanlah kematian itu sebagai satu istirehat untuk aku dari segala kejahatan"
(Riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a)