January 26, 2010

Cahaya Dhuha..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kita semua masih lagi dalam keadaan yang sihat dan dapat meneruskan kehidupan sbagai hamba Allah di atas muka bumi milikNya. Mari kita sama-sama berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai setiap urusan dan amalan kita seharian.. Moga dengan doa itu kita sentiasa murah rezeki disamping rezeki yang berkat.

Hari ini ana cuma nak kongsi satu amalan sunat yang InsyaAllah..manfaat dan fadhilatnya amat besar. Cuma bagi ana kita perlukan kekuatan utk melaksanakan..Sebenarnya tak susah, perlu luangkan sedikit masa sahaja..cuma kadang-kadang ada sahaja halangan..(bkn alasan).. Ana pun, kadang2 tu..payah nyer nak luangkan masa nak melaksanakan solat sunat dhuha setiap hari. Kemudahan di tmpt kerja,sbenarnya amat memudahkan utk melaksanakan..surau dekat. tp kdang2 bila kena giliran jaga kaunter atau ade staff yg x datang..jadi,mmg xboleh nak lari walaupun skejap.. Sahabat2,yang penting amal yang sedikit,tp istiqamah itu lbih baik daripada amal yang banyak tapi jarang-jarang...btul x sahabat2?..tp kalau dapat amal yang banyak dan istiqamah..tu lagi best kan..hehe..insyaAllah.

Sebenarnya sahabat2..kalau kita faham fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha, mesti kita akan rasa sayang nak tinggalkan walaupun sekali.. Pertama kali ana baca bait2 doanya,hati ana tersentuh..walaupun pendek sahaja tp maknanya sangat mendalam..

Niat Solat Dhuha

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Sunat Dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Fadhilat Solat Sunat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan :
Puasa 3 hari setiap bulan, solat sunat dhuha 2 rakaat, dan solat witir sebelum tidur"
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan sepertiberikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,"Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak,serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu,silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah."
Riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
”Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Subhanallah sahabat2..sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah,kenapa susah sgt kita nak jadi hambaNya yang bersyukur..knapa susah sangat nak meringgankan anggota untuk beribadat kepadaNya? Sebab kita xtau kelebihan setiap amalan yang dilakukan.. Nah,skrg dah tau kan..Ayuh! sahabat2..kita dapatkan redha Allah..kita kejar syurga Allah.. insyaAllah..(^_^)

January 22, 2010

Biar Gambar Berbicara..

"Pen drive org hilang..huhu"
"hilang kat mana?camne bleh hilang?"
"tertinggal kat library..dah balik bilik baru sedar..pergi tgk blk,dah xde..hehe"
"Lain kali tinggal la lagi..(nada perli kot..hehe)suruh beli baru la tu..hehe"
"Org risau gambar2 kat dlm pendrive tu je..banyak pulak tu"
"Doa la..org yg ambil tu delete gambar2 dlm tu..biase nyer diorg akan delete,sbb tujuan diorg curi sbb nak pndrive tu je.."

Dialog antara ana dengan kakak ana..baru je masuk study kat Uum dah mengadu hilang barang.. ish3.. tp xpe la,nak buat macam mana..bkn rezeki..
Xpe la nyah,orang upload gambar2 kenangan ni kat blog..utk mengubati rindu kamu pada bonda dan kami(budak2 rumah dan nisa')..hehe Nak upload kat fb..internet slow..

Kak Seha dgn Damia
(Serupa tak?hehe)
Kak Seha dgn Batrisya

Kak seha dgn Kak Sue
(mlm perpisahan)

Comel x...
bear kat blkang tu..hehe Bdk2 Rumah
(bdk2 ke...hehe)
Jalan2 kat Lumut
Kaum hawa shja..hehe



Bonda yang tersayang..
Sayang sgt kat mak..(^_^)

Dinner with..
pham2 le..hehe

Ajk Family day Nisa'..
tman kak seha shopping
brg2 nk msuk u...
Yang,Nyah dan adik

January 21, 2010

Tarbiyah Hati

Duhai Hati…

Mengapa bersedih andai yang terjadi

Tidak seperti yang diimpi,

Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..


Duhai Hati…

Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,

Bukankah cinta Allah itu yang hakiki


Duhai Hati…

Mengapa menanti sesuatu yang tak pasti,

Bukankah Allah itu Maha Agung Maha Mengerti


Duhai Hati…

Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,

Bukankah janji Allah telah terpatri


Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah itu benar dan memohon ampunlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

(Al-Mu'min : 55)



Duhai hati…

Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,

Bukankah cinta ilahi lebih diredhai


Duhai Hati…

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,

Akan segala isi hati ini..

Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..

Bukan aku pinta jadi begini…


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah : 286)


Ya Allah..

Sesungguhnya aku ingin menjadi insan yang diredhai

Punyai hati suci yang sentiasa berzikir dan mengingatiMu

Berilah kekuatan atas setiap urusan yang dilakukan

Satukan hati-hati kami agar terus subur meraih kasih SayangMu,

Kuatkan iman kami,

Tetapkan akidah kami,

Tingkatkan semangat mujahadah kami Ya Allah…


"Ya Allah, Kau perbaikilah agamaku, kerana itulah yang memelihara urusanku, dan Kau perbaikilah duniaku, kerana disitulah aku hidup, dan perbaikilah akhiratku, kerana disitu kelak akan aku dikembalikan. Jadikanlah kehidupan ini sebagai satu tambahan dalam setiap kebajikan aku laksanakan, dan Kau jadikanlah kematian itu sebagai satu istirehat untuk aku dari segala kejahatan"
(Riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a)

January 20, 2010

Larangan Rasulullah

Daripada Al Mughirah bin Syukbah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

Bahawasanya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menahan dan meminta-minta; dan Allah benci kepada kamu yang sering membicarakan perkara yang tidak berfaedah, banyak bertanya, dan membuang harta – Riwayat Bukhari

Huraian Hadis

'Derhaka kepada ibu' bermaksud juga menderhaka kepada bapa, iaitu derhaka kepada perkara yang bukan maksiat. Sesungguhnya termasuk di dalam pengertian derhaka adalah:
Tidak menunaikan hak mereka sebagai ibu bapa
Menyakiti hati mereka sama ada dengan perbuatan atau perkataan, sedikit mahu pun banyak

Al-Quran telah meletakkan kedudukan kedua ibu bapa selepas Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
Tuhanmu telah mewajibkan bahawa janganlah kamu menyembah selain dari Allah, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa – Al Isra' 23
Dan sambungan ayat tersebut adalah:

Janganlah engkau katakan kepada kedua mereka dengan "Ah!" dan mengherdik; berkatalah engkau kepada kedua-duanya dengan kata-kata yang mulia, iaitu kata-kata yang menyenangkan hati mereka
Apabila kedua ibu bapa menyuruh berbuat sesuatu yang yang bertentangan dengan syarak, maka tidaklah harus ditaati, bahkan memadailah melayannya secara patut dan tidak sampai kepada kemurkaan Allah.


'Membunuh anak perempuan'
pula bermaksud perbuatan ini adalah diharamkan, iaitu perbuatan yang berleluasa di zaman jahiliah dahulu berikutan perasaan takut, malu, dan lapar. Namun demikian, di zaman moden ini pun unsur ini masih wujud, tetapi di dalam bentuk yang didokong oleh pihak-pihak tertentu, di atas nama perancang keluarga, dan sebagainya. Perbuatan ini tetap merupakan satu usaha penghapusan zuriat, yang tidak jauh bezanya dengan kempen penghapusan etnik oleh kaum tertentu yang lain.

'Menahan dan meminta-minta' bererti menahan daripada hak-hak yang wajib, dan tidak mengeluarkan hak orang yang patut mendapatkannya. Lebih bahaya lagi jika seseorang itu memperoleh hartanya melalui jalan yang haram, semata-mata kerana didorong oleh perasaan tamak haloba, dan terlalu mementingkan diri sendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW:
Sesiapa yang mendapatkan harta dunia daripada jalan-jalan yang tidak dibenarkan, maka pada hari kiamat nanti rupa mukanya tidak sedikit pun berdaging; buruk, seburuk-buruknya

'Suka membicarakan perkara-perkara yang tidak berfaedah' juga adalah dilarang. Kata-kata yang mendatangkan dosa, seperti mengumpat dan mengata-ngata orang lain, boleh menyebabkan permusuhan dan perkelahian, malah merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat yang asalnya tenteram dan aman.

'Sikap seperti banyak soal dan bertanya', suka mengintip hal peribadi orang lain, meminta-minta harta orang lain, dan banyak berbahas di dalam perkara yang tidak memberi faedah, boleh membawa kepada perangkap syaitan yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan diri sendiri dan masyarakat.

'Membuang harta'
pula bermaksud membelanjakan harta di tempat-tempat yang tidak diharuskan syarak, termasuklah seperti membazir dan berbelanja dengan melampau kepada perkara-perkara yang diharuskan, yang boleh menyampaikan kepada yang haram dan seterusnya menyebabkan fakir dan miskin, dan perasaan menyesal. Perbuatan yang dimaksudkan termasuklah seperti berbelanja dengan melampau semasa majlis keramaian, perkahwinan, sambutan hari raya, dan untuk perhiasan yang melebihi daripada biasa. Membelanjakan harta hendaklah dengan cara yang sesuai, wajar dengan keadaan dan suasana, menurut lunas-lunas yang dibenarkan, dan menuju ke arah kebajikan.

Kesimpulan Hadis

Semua perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam bentuk larangan ini adalah bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi seorang mukmin, yang bertaqwa dan layak untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sesungguhnya sifat yang terbina dari hadis ini adalah sifat-sifat yang murni, yang tentunya akan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Wallahu'alam

January 19, 2010

Enjoy!!!



"Ape2 pun kene enjoy..

kalo time keje enjoy dengan keje,

kalo dgn family enjoy dgn family,

kalo dgn ibadat enjoy dgn ibadat tu.
."

kalo dgn blog enjoy dgn blog..hehe(saje je menambah-nambah)

Syukran kpd shbt ana yg memberikan kat-kata ni..
kerana penyakit malas ana tu...ana try cari penawar dgn membaca smula msg2 dlm handset. Bace kata2 dan nasihat yg sahabat2 sent.. Alhamdulillah,tiba-tiba rasa mcm rajin nk update blog..(xtipu..btul2 ni..hehe)
Tapi keadaan x mengizinkan utk hari ini.. tgh keje ni... InsyaAllah esok,idea dah ade..
Ma'at taufiq utk diri ana sendiri...dan utk shbt2 juga...(^_^)
Jaga diri, hiasi peribadi..