Assalamualaikum w.b.t kepada semua flower (follower).. ;) semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t
Al-kisahnya.. post sebelum ini ana ada promote tentang web tudung Inspirasihana.. Tapi dengan dukacitanya atas sebab-sebab teknikal (kesilapan diri sendiri) ana terdelete post itu.. T__T InsyaAllah dalam masa terdekat ini ana akan cuba buat post untuk mempromosikan kain tudung yang menepati syariat islam iaitu labuh dan besar itu.. Tunggu!! tapi kalau tak sabar juga.. boleh klik-klik dan cuci mata buka hati di bawah ini..hehe
Hari ini 7 Ramadhan sudah seminggu kita melaksanakan ibadah puasa.. Berada di bulan Ramadhan banyak mengajar kita tentang erti sabar. Mendidik kita menjaga bahasa. Meningkatkan amalan seharian.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, di mana Allah s.w.t melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampun dosa-dosa, memakbulkan doa-doa kamu.
Sama-samalah kita berusaha untuk beroleh keberkatanNya dan kerahmatanNya dengan melakukan perkara-perkara yang Allah s.w.t suka dan tinggalkan perkara-perkara yang Allah s.w.t tak suka. Semoga dengan berkat dan rahmatNya di bulan ramadhan 1433H ini, Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang tak terhitung banyaknya.
Setiap kali azan berkumandang dan tiba waktu berbuka puasa, kami sekeluarga makan berjemaah dan paling penting adalah nasihat dan peringatan dari bonda tercinta supaya perbanyakkan doa dan mohon dengan sepenuh hati apa yang kita hajati untuk kebaikan diri dan bersama.
"Prosedur" semasa berbuka puasa, banyak mendidik dan mentarbiahkan diri ini. terima kasih kepada bonda tercinta kerana cintanya pada Sunnah Rasulullah s.a.w mendidik kami mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Berbuka dengan membaca Bismillah serta doa makan, sebijik kurma dan minum air. Kemudian tadah tangan semula membaca doa berbuka puasa dan dipanjangkan dengan doa apa yg kita hajati sebagai seorang hamba Allah (baca dalam hati). Di Aamiin kan bersama-sama.. kemudian didahulukan dengan makan makanan pemberian orang/jiran.
Semoga kasih sayang Allah terhadap kita memberi peluang kepada kita menghadapi Ramadhan ini dengan penuh pengertian dan memberi kegembiraan kepada kita menyambul Syawal yang mendatang. InsyaAllah :)
5 comments:
Betul2x.....ate sdp nye ada org masak berbuka tiap2 hari...huhu
Betul2..huhu...sdpppp xsbr nak berbuka..
terima kasih salju hatiku.. jemput la dtg rumah berbuka.. hihi
With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright infringement? My blog has a lot of exclusive content I’ve either authored myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my authorization. Do you know any methods to help reduce content from being stolen? I’d genuinely appreciate it.
aloha seharumtamansyurga.blogspot.com owner found your site via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://bestwebtrafficservice.com they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Mike
Post a Comment