February 17, 2012

Bersedia Untuk Berubah

Assalamualaikum wbt.. semoga Allah swt limpahkan seluruh kasih sayang dan rahmatNya pada kita. Allahuakbar.. walaupun terlalu sedikit ingatan kita padaNya dan RasulNya berbanding dengan hikmah yang Allah berikan pada kita.. tetapi kita masih diberi peluang untuk hidup dan menikmati segala apa yang ada sekarang dalam lindungan Allah swt.. InsyaAllah entry kali ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri dan sekadar perkongsian untuk sahabat-sahabat.

Iman boleh diibarat seperti air, boleh juga diibaratkan seperti sepohon pokok yang perlu sentiasa di bajai, disiram dan diberikan perhatian untuk memastikan pohon itu sentiasa hidup subur dan berbunga cantik. Bayangkan apabila sepohon pokok dibiarkan tanpa dibajai, tanpa disiram air atau dibiarkan sahaja pasti pohon itu akan kering layu dan akhinya mati. begitu juga la dengan iman kita.. perlu ada pertambahan ilmu pengetahuan tentang kehidupan islam (ikut sunnah Rasulullah saw) yang berterusan, istiqomah dalam amalan ibadah, solat, perhubungan dengan sesama insan dan lain-lain amalan yang dapat menjadikan kita lebih positif. Iman seseorang hanya dapat dinilai oleh Allah swt, jadi harus la kita sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik kerana kita tahu, yang menilai kita hanyalah Allah swt.

seperti kisah Luqman Al-Hakim dan Anaknya

::. Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia danpandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai mengenderainya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keledai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, makan mereka berkata "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki.Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat matinya)." Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu.Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya mengederai keldai." Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh manusia, mereka yang melihatnya berkata, "Kok, keldainya kosong tidak dikenderai, dan aneh! Kedua orang ini hanya berjalan kaki saja mengiringi keldai!".

Dari kejadian ini Luqman secara langsung mengajar anaknya dengan kejadian yang terjadi sebagai pengalaman, bahawa demikianlah apabila kita memandang terhadap makhluk dan terpengaruh kerana makhluk. Hal yang demikian tak ada hasilnya dan tak ada faedahnya. Maksudnya, Luqman mengajarkan kepada anaknya bahawa hubungan yang menenteramkan jiwa dan menyenangkan hati ialah hubungan kita dengan Tuhan. Hanya semata-mata pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Meskipun lahiriah kita sendirian, tetapi pada hakikatnya kita berserta Tuhan. .::

Untuk berubah ke arah kebaikan kita perlu menjadi dan mencari. Menjadi seorang yang 'pekak' dengan kata-kata dari insan lain yang tidak gemar dengan kebaikan. Menjadi seorang yang 'bisu' dari kata-kata yang tidak menyenangkan. menjadi seorang yang 'lumpuh' dari pergi ke tempat-tempat maksiat. menjadi seorang yang 'buta' dari melihat perkara-perkara yang merosakkan iman. Akhir sekali perlu menjaga sebaik-baiknya seketul daging di dalam diri kita iaitu hati. kerana segala amalan dan perlakuan kita bermula dari hati (niat). Menghargai hidayah Allah yang hadir kerana ianya ibarat pusingan bumi, bila sekali ia hadir jika ditepis akan mengambil masa yang lama pula untuk ia hadir semula. Jangan biarkan hati kita keras dari perlakuan baik.. jangan berpaling dari memandang segala kebaikan insan-insan disekeliling kita kerana mereka boleh menjadi cerminan kita untuk muhasabah diri dari segala kekurangan.

Biarlah siapa pun kita dahulu dan sekarang, tetapi usaha ke arah menjadi insan yang baik dan menggapai redha Allah swt adalah matlamat yang perlu berpanjangan. Tergelincir dari landasan iman bukan bermaksud kita tidak layak meneruskan perjalanan tetapi perjalanan perlu diteruskan mengikut landasan yang sebenarnya.. malahan mebuatkan kita lebih berhati-hati menelusuri laluan itu. Tiada insan ingin menjadi jahat, kerana fitrah manusia itu adalah suci bersih sentiasa mengingati Allah. Tetapi kita hanya insan biasa yang tidak terlepas dari mehnah dari Allah swt, bukan kerana tujuan untuk menghancurkan kita tetapi untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah swt. Semoga Allah menjadikan kita hambaNya sentiasa berusaha menjadi baik dan soleh/solehah. Percayalah..walau bagaimana jahat pun kita, tapi jika kita ambil sedikit masa untuk merenung alam ciptaan Allah swt pasti hati akan menjadi tenang, kerana ciptaanNya sentiasa berkaitan antara satu sama lain.

1) SOLAT di awal waktu

2) Jika Mendengar NASIHAT, segera menerima..

3. Jika bercakap menyenangkan hati dan bersikap RENDAH HATI


4) Senangnya BELAJAR dengan sesiapa sahaja..

5) Dengan SABAR memeriksa lawan bicara yang awam..

6) Selalu mengambil HIKMAH dari segala perkara yang berlaku..


7) SEMANGAT pada kebaikan..


8) BICARA yang menyenangkan...


9) PEMAAF dan suka memohon maaf (menyedari kesilapan)..

9) MEMPERBAIKI DIRI dan tidak mencari AIB orang lain...

semoga dapat mengubah diri menjadi lebih baik dan solehah.. semoga semakin ku mengejar cinta dan kasih sayang Allah, semakin Allah sayang dan kasih kepada ku.. yang pasti usaha dan terus usaha! :)

p/s :

selamat ulangtahun kelahiran my sister 16/2..
semoga Allah permudahkan segala urusan baik. menjadi wanita yang solehah.
beroleh keberkatan dan rahmat Allah swt di dunia akhirat.. :)
----------------------------------------------------------------------------------
Doakan keselamatan umat islam diseluruh dunia, sesungguhnya di akhir zaman umat islam sangat mudah ditindas. Sayu hati membaca berita tentang nasib saudara-saudara islam di Palestin, Syria dan banyak tempat lagi. Tapi tak pernah buka video yang di share kat FB sebab tak sanggup tengok... huhuu T__T

1 comment:

Salju Hatiku said...

salam...terima kasih ...huu