Assalamualaikum Wbt.. semenjak dua menjak ni, rajin nyer tuan blog nie update ye.. ^__^ ish3..bukan senang nak dapat mood macam nie.. jadi, jom kerah sepenuh nyer..hehuu ;)
Alhamdulillah.. hari ini sangat gembira, coz hajat sekian lama tertangguh sudah tertunai dengan kuasa dan izin Allah. siapa sangka..perancangan yang kita buat beberapa kali sering tergendala, tapi dengan perancangan Allah, suddenly tercapai juga... Syukur pada Allah, kerana surprise yang x di jangka untuk hari ini... Allah.. Allah.. Allah.. ^____^
Apa benda la tu ye..:)
di arahkan pergi ke Putrajaya atas urusan kerja. jadi, menyelam sambil minum air.. hihi berjumpa dengan staff2 pejabat yang lama,menyingkap kenangan dengan melihat pemandangan, tengok tempat kerja lama, tengok rumah sewa dulu (dari jauh je la..huhu), tengok tempat tunggu bas dulu.. so sweet.. rindu sangat. walaupun kejap dan dalam keadaan tergesa-gesa, tapi gembira sangat.. xmungkin ada yang faham, hanya Allah saja yang faham dan tahu betapa rindu nyer dengan kehidupan kat putrajaya. best sangat.. walaupun kehidupan sekarang pun sangat best!hehe.. ^_____^
Terkilan juga sebab tak dapat jumpa semua sahabat2 nisa' Putrajaya, roomate tersayang, adik Masyitah tersayang, kakak2 bahagian Latihan.. abg kafe yang buat Teh ais terbaekk.. hihi (gurau saja.. ;) takpe la.. Nanti kita jumpa dengan izin Allah jua. insyaAllah..
Hmmm bile jumpa abang2 dan kakak2 tempat kerja lama, harus la ada soalan wajib.. mana kad? kad besday ke? hihi.. insyaAllah.. usaha tetap tangga kejayaan.
Cuma rasanya belum layak untuk jatuh cinta dengan manusia dan belum layak di cintai sebab belum berjaya jatuh cinta dengan Allah sepenuh-penuhnya.. :)
Terbaca post seorang sahabat yang ana fikir memang bagus untuk direnungi dan muhasabah diri terutama diri sendiri.. :)
"Apabila kita memperoleh cinta Allah, Allah akan memberikan kita cinta hamba yang mencintai-Nya. Kita sedar kita ni terlalu lemah, selalu buat dosa, taubat pun kurang, selalu lalai, lemah hubungan dengan Allah. Kita sedar masih banyak keburukan diri yang belum diperbaiki, terlalu banyak dosa.. kita tahu apa sebenarnya yang ada pada hati kita. Kotor,jijik,hina. Kita tahu, kita masih belum menggapai cinta Allah. Tetiba Allah seorang hamba Allah yang kita tahu betapa kuatnya hubungannya dengan Allah, betapa tingginya ilmu yang dia ada, datang mencari kita, berhajat menjadikan kita teman hidupnya, yang akan sentiasa menyokongnya, menceriakan hari-harinya yang duka, menemaninya bersama-sama di jalan perjuangan dakwah. Apa yang kita fikirkan? Adakah betul-betul Allah nak bagi dia kat kita atau Allah sengaja menguji? Tambah-tambah kita sendiri pernah menaruh perasaan pada hamba Allah itu, dan kita juga tahu dia suka kat kita.Adakah ini memang dikatakan jodoh ditangan Allah atau Allah sengaja nak menguji kita dan dia...fikirkan. Macam mana diri yang lemah ni nak sokong dia, memberi semangat padanya dalam setiap perjuangannya andai diri sendiri masih banyak hutang dengan Allah? Masih lemah? Cinta Allah pun tak genggam lagi di hati, takkan macam tu ja Allah nak bagi pada kita cinta hamba yang menyintainya? "
Jadi, jika ada rasa cinta dalam hati pada seseorang insan, tapi penuh dugaan dan cabaran dalam usaha nak menggapai redha Allah.. sama ada dari pihak hati ini atau hati yang satu lagi.. boleh membuatkan kita berfikir semula, pasti ada yang tak kena. Yang perlu diperbaiki. Jangan berangan-angan nak dapat zauj soleh/zaujah solehah persis Rasulullah dan Siti Khadijah tapi diri sendiri tiada matlamat dan usaha ke arah menggapai redha Allah.lebih kepada peringatan untuk diri sendiri.. :)
Wanita yang berkehendakkan ke arah pernikahan melebihi segalanya bukan la wanita yang tak tahu malu, tapi wanita itu tahu apa yang dia mahu (redha Allah).. ^__^
Doa dan Harapan.. semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua. Urusan ibadah, urusan kerja, urusan belajar, urusan jodoh dan segala-gala yang dimulakan dengan niat yang baik.. InsyaAllah. Wallahua'lam. Wassalam.. :)
ana rindu semua yang pernah hadir dalam hidup walaupun sebagai kenangan..arwah mak tok, tok, kak long, fiza, ju, rehan, zu, shbt2 nisa', kwn2 JPA, kwn2 Poli, kwn2 JPPI, kwn sekolah dan semua2 la... rindu bangat.hehe sayang semua sahabat2 kerana Allah..moga redha Allah mengiringi perjalanan hidup kalian.. ^__^
No comments:
Post a Comment