Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat2? semoga Allah bagi nikmat kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan seharian.. ^__^
SubhanaAllah.. baru saja terdetik pagi tadi, niat nak update blog yang dah bersawang ni.. tiba-tiba ada post shbt yg minta update blog seharumtamansyurga nie. kebetulan pulak ye.. cik anna althafunnisa dan kak farhana (kalau diorg baca la..hehe).
Syukur alhamdulillah.. setelah berbulan2 sibuk sampai x sempat nak update blog, hari ni.. kerja dalam tempoh kitikal dah selesai tepat jam 12 tghari tadi.. jadi boleh la ana nak share sesuatu yang happy ending untuk tahun 2011. ^__^
Cepatnya masa berlalu.. sampaikan kdg2 xterkejar.kalau xkuat semangat dan kbergantungan pada Allah..pasti boleh terduduk dengan muka terpinga-pinga.huhu Untuk tahun 2011 sangat banyak perkara yang berlaku. xsemuanya indah, tapi yang x indah tu..biar la kita jadikan pengajaran untuk lebih matang dalam meneruskan perjalanan di bumi Allah swt ni.. :)
1 Mei 2011 - Kegembiraan 1
Alhamdulillah 2011 tahun yang Allah hadirkan pelangi dalam bidang pekerjaan ana setelah bertahun hujan rintik2.. (kerja dulu best juga, walaupun kontrak..jdi kadarnya ditahap rintik2..bkn hujan dan guruh). Setelah hampir 3 tahun selepas tamat belajar, tahun 2011 ana telah ditawarkan kerja tetap sebagai Pembantu Tadbir (kew). cukup pakej seperti yang diharapkan selama ni.. berhampiran dengan rumah keluarga, jawatan yg menepati kehendak dan minat.. tak terluah rasanya perasaan syukur, Allah Maha Mengetahui rintihan dan rasa hati hambaNya selama ni.. ^__^
Apa yang ingin ana kongsikan.. bukan la tujuan utk bermegah2 jauh lagi untuk menunjuk-nunjuk. cuma ana ingin kongsikan bagaimana kita nak hadapi setiap detik2 sukar terutamanya dalam hal2 penting dlm hidup. Apa yg ingin di kata kan, setiap usaha, kesabaran dan kebergantungan kita pada Allah..pasti Allah akan memberi ganjaran pada masa yang sesuai. Alhamdulillah habis belajar terus dapat PKS di Jpa. kemudian mendapat pekerjaan lebih baik di Bank Islam, tapi ana berhenti atas sebab-sebab yg sukar nak dijelaskan. yang pasti, bila kita xdapat ketenangan dalam ibadah pekerjaan sehingga timbul perasaan tidak ikhlas..bagi ana, tinggalkan pekerjaan itu dan mencuba pekerjaan yang baru adalah terbaik.. selain dapat pengalaman baru, kita akan belajar tentang bagaimana kekuatan berdikari dan cara pembuatan keputusan utk masa depan. hampir sebulan di rumah, alhamdulillah mendapat panggilan temuduga untuk jawatan kontrak lagi di JPA.. dan dapat pekerjaan sebagai pembantu perpustakaan CFS. sehingga la dapat tawaran kerja tetap.. tp perjalanan bukan la semudah yang dilafaz, menghadiri temuduga sudah menjadi kebiasaan. Tips2 yang ingin dikongsikan, yang baik boleh diambil dan yang sebaliknya terpulang pada kemampuan kita. ^__^
1. Berbuat baik dengan semua rakan pejabat.. jika ada perasaan tidak puas hati, berpada-pada la, jangan sampai perasaan tu merosakkan hati kita dan perhubungan kita dgn org lain.
2. Ikhlas dengan pekerjaan yg kita lakukan.. kalau pun kita bukan sesiapa di organisasi (pekerja kontrak/pekerja bawahan) tapi amanah tetap perlu digalas sebaik mungkin.
3. Kena tetapkan dalam hati setiap pekerjaan yg kita lakukan kerana Allah.. kita dibayar gaji, xkira apa jenis pekerjaan walaupun bkn tuga hakiki kita tapi di minta dilakukan dlm tempoh 8 jam bekerja, kita xde sebab utk menolak.
4. Kalau pun kita berasa tidak puas hati kerana hanya melakukan kerja secara sendirian, selagi tidak merugikan kita cuba ikhlaskan hati. insyaAllah.. pihak yg tidak melaksanakan amanah itu antara dia dan dosa pahalanya.
5. Percaya.. rezeki daripada Allah, ambil/curi la masa sedikit untuk melahirkan rasa syukur dan meraih perhatianNya. Yang terbaik, lakukan solat dhuha. Jika ada halangan untuk lakukan setiap hari, cukup la pada hari dan masa yang mengizinkan. jangan biarkan rasa dukacita membuatkan kita semakin jauh dari Allah.
6. Jangan pernah mengeluh dgn apa yang kita ada sekarang.. sabar,yakin rezeki Allah ada dimana-mana. Jika bukan ditempat yg kita suka, pasti ada ditempat yang terbaik untuk kita. cuma masanya kita xtau bila. Di situ la pentingnya kebergantungan dan pengharapan kita pada Allah swt.
7. Jangan lupa berdoa untuk sahabat2 juga.. supaya bukan hanya kita beroleh kebaikan tapi sama2 beroleh manfaat dalam pekerjaan yang di cari.
8. Usaha, doa, niat kerana Allah itu la kunci kejayaan dan keberkatan dalam pekerjaan yg dilakukan sekarang dan pekerjaan yang akan kita perolehi pada masa depan.
Ana teringat perbualan semasa bekerja ditempat tempat lama.. seorang staff lelaki boleh dikatakan berpangkat Ayah.. :)
"Aku tgk bdk2 kontrak sebelum ni, xde pun yang lama sgt kerja kat sini.. lepas tu semua dapat tetap.. aku rasa, engkau org ni x ikhlas buat kerja.. suka timbulkan masalah sbb tu xmurah rezeki..susah nak dapat kerja tetap..tgk aku, xbelajar tinggi pun cepat je naik gred."
jawapan ana sambil menghadiahkan senyuman paling manis..
'ikhlas ke x..Allah saja yang tau. rezeki semua Allah yang tentukan. kalau kita dah ikhlas buat yg terbaik utk pekerjaan, tapi Allah blum nak bagi yg sepatutnya, siapa kita nak persoalkan. yang di bawah x selama-lamanya di bawah..yg di atas xselama-selamanya di atas. jgn terlalu berlebihan dgn apa yg kita ada skrg. doakan saja yg terbaik utk kami2 yg menumpang (kontrak) kat sini."
tp ana x amik hati pun.. sbb fkirkan pangkatnya sebagai seorang Ayah dan memang pembawakan mulut nyer begitu.. hehehe...
ok la..kesimpulannya, alhamdulillah dalam tahun 2011 pada 1 mei 2011 bersamaan Hari Pekerja.. Allah bagi nikmat yang x terhingga, yang selama ni dinanti-nantikan. Semoga ana menjadi hambaNya yg bersyukur walau kat mana pun.. Doakan yg terbaik untuk ana..rezeki yang berkat dari sumber yang halal.. ^__^
tumpang happy utk seseorang juga.. sbb dah dapat kerja tetap pada tahun 2011. insyaAllah moga murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. ^____^
21.12.2011 - Kegembiraan II
Hmmm..yg ni, xtau nak habaq tara mna la gumbiranya dalam hati.. sbb....................... sangat2 happy.. ^_____________________^
Alhamdulillah dapat anak saudara yg pertama... setelah sekian lma tiada tangisan anak kecil di teratak usang keluarga ana.. :)) umi dan abi nya dapat anak yg pertama.mak tok dan tok wan nya dapat cucu pertama. mak ngah, mak yang dan pak su dapat anak buah yg comellllllllllllllllllllllllll.........hehehe.. namanya SYAFIQAH HUMAIRA BT SYAHARAWI.. ^__^
skrg ni.. kakak ipar berpantang di rumah mak ana. so, hari2 boleh main dan kacau baby.. :)
pergi kerja mesti nak dukung dan cayang humaira..blk kerja terus nak main dgn humaira. xjemu2 rasanya..makin cyg dan rindu ada la.. hehuu
Humaira anak yg sgt baik... x banyak kerenah dan xmeragam. tido je keje dia...dah la tido comel..hehe mula-mula dulu, mandi mesti nangis, tp skrg xde dah...suka lagi ada la.. ;) nangis kalau lapar je.. ciut miut la humaira nie.. ^_^
Semoga buah hati keluarga kami yg pertama ni syafiqah humaira bt syaharawi (yang baik hati, penyayang, pipi kemerahan) akan menjadi dan terbentuk seindah namanya. menjadi anak yg solehah.. seperti doa mak toknya semasa tahniq (yg menjadi sunnah adalah menyuap atau memasukkan manisan(tamar) yang dikunyah oleh Nabi (orang soleh) ke lelangit bayi) supaya syafiqah humaira menjadi hafizah dan mengamalkan segala hafalannya.. insyAllah.. :)