March 14, 2013

Dia Yang Tertulis Untukku

01.03.2013
Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan dia dalam hidupku sebagai suamiku. Sesungguhnya dia adalah anugerah terindah yang kau pinjamkan untukku.. semoga tetap milikku sehingga ke syurgaMu kelak..
Miss & Love u abg.. semoga suamiku sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt. Outstation baik-baik.. jaga iman dan jaga mata.. :p

Bila rindu teringat pesan suamiku.. "makin sabar, makin banyak pahala Allah swt bagi pada kita.. " *senyum :)


NotaHati : Tak sabar nak tunggu suamiku cuti sama-sama.. nak review entry walimah cinta kami.. ^__^


January 18, 2013

Ku Lihat Hijau

Assalamualaikum wbt.. ^__^

Balik dari taklimat PRU13 kelmarin, ternampak dua tiga papan iklan.. eh, iklan ke.. agak menarik perhatian sebab ada tulisan besar "Ipoh Bersih, HIJAU dan Membangun".. Eh.. Eh.. tiba-tiba nak caps lock ye.. hehe
Apakah tanda-tanda ku lihat Hijau akan berlaku di Perak? kalau  betul alhamdulillah... tapi kita kasi tukar sikit slogan itu.. "Ipoh Bersih, Hijau dan Membangun BERSAMA ISLAM".. see, berbezakan penghayatannya..hehe 

Faham ke apa yang nak disampaikan? kalau faham good.. jom kita doa sama-sama semoga Negara Malaysiaku yang tercinta, rakyatnya diberkati Allah swt dan aman sejahtera. *Nanti ada yang ugut nak report 'bos besar'. Tapi jangan lupa, bos kita yang sebenar adalah Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa*.

Nota Hati : Tulisan entry ni berwarna hijau.. Sudah namanya pun Ku Lihat Hijau.. hari ni jumaat, pakai baju hijau..ekekeke.. jangan marah........ ;)

Gambar ni kite pinjam dari google. Bukti nih..
sekarang ni kalau cakap  saja orang akan cakap
"dengar boleh, percaya jangan".. ishh3.. betullah tu..hehe


January 8, 2013

Pilihan Kita


"Susah Setelah Senang VS Senang Setelah Susah"

NotaHati : Insan yang memikirkan keredhaan Allah swt semata-mata akan dapat membuat keputusan terbaik untuk kehidupan dunia dan akhiratnya. Semoga Allah permudahkan jalan menuju redha Allah swt ini :)


October 31, 2012

Tutorial Bunga Dari Kertas Crepe

Assalamualaikum WBT.. 
Semoga berada dalam keredhaan Allah dan limpahan kasih sayangNya.. ^__^
Sekarang sedang gigih la sangat membuat bunga kertas crepe ini.. Alhamdulillah sudah siap banyaklah juga.. (kalau dalam matematik, lebih daripada dua dah dikira banyak..hihi). Ana nak share cara-cara nak buat bunga kertas crepe ni.. senang saja, cuma memerlukan beberapa bahan saja.. kos pun murah sangat-sangat..  Walaupun sekadar nak try untuk suka-suka pun tak rugi :)

Step 1 :
Bahan dan alatan adalah gunting,
dawai halus (RM 1.00/Bungkus),
 kertas crepe  (RM 0.60/keping )

Step 2 :
Kertas dipotong segi empat sama mengikut ukuran sehelai tisu.
Mula-mula ana buat, skema ukur guna tisu. 
tp dah lama-lama agak-agak saja.hehe
Step 3 :
Saiz kertas mengikut ukuran sehelai tisu 
dipotong kepada 4 bahagian lagi. 
faham ke?? haha.. pergi try buat skrg... :p
Step 4 :
Kemudian, setiap bahagian itu di lipat-lipat seperti gambar di atas.
 ikut kesukaan masing-masing. ana buat 2 lapisan purple+putih.hehe
Step 5 :
Ikat dawai halus dekat tengah-tengah. 
senang cerita macam dalam gambar kat atas..hehe

Step 6 :
Then...potong hujung kertas, bagi tajam. 
hasil nyer akan dapat dilihat setelah bunga siap.
Siapa-siapa yang xdengar cakap tu.. tak gunting pun takpe, 
nnt boleh juga tengok apa hasilnya..tak cantik ;)
Step 7 :
Then lagi.. tarik-tarik kertas crepe yang melekat itu. 
Pandai-pandai la adjust supaya jadi bunga yang kembang mekar.. hoho
Step 8 :
tadaaaaa... siap! inilah hasilnya. cantik tak?? 
lepas tu campak dalam kotak..buat lagi dan lagi dan lagi.. -_-"

Nota Hati : Agak-agaknya bila nak siap 100 kuntum ye. .kalau 1 hari saja mood nak berDIY datang, 29 hari lagi mood malas bertandang..huhu kalau la.. Kakakku yang Rajin bodek sikit  nak tolong, gumbiranya hatiku.. :D Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat ku.. Aamiin ^__^


October 12, 2012

Jadual Cuti Sekolah 2013

Assalamualaikum wbt.. ^__^


Jadual cuti sekolah untuk tahun depan sudah keluar.. Ecece.. tiba-tiba je alert dengan jadual cuti sekolah..hoho 

Budak Comel      : "Kak, jadual cuti sekolah tahun depan ada perubahan tarikh lah... nak tengok?"

Kak Cute la sgt   : "Apa dia...? jadual cuti sekolah? *sambil kerut-kerut dahi*

Budak Comel      : "A'ah.. cuti sekolah tahun depan,2013.."

Kak Cute la sgt  : "Pastu... apa kaitan dengan akak??.. akak bukan ada anak sekolah pun.." *sambil buat muka*

Sabar-sabar.. huhu.. Tak boleh di ajak bersembang langsung.. bukan mengumpat pun wahai akak Cute la sgt... kite lupa anak-anak akak sudah besar-besar. sebab akak nampak muda.....  :))

Jadual cuti sekolah tahun 2013 :

Cuti Pertengahan Penggal 1 (23.03.2013 hingga 31.03.2013)
Cuti Pertengahan Tahun (25.05.2013 hingga 09.06.2013)
Cuti Pertengahan Penggal 2 (07.08.2013 hingga 18.08.2013)
Cuti Akhir Tahun (16.11.2013 hingga 01.01.2014) 

NotaHati : Orang buat muka dengan kita.. Kita buat smile pada dia.. Yeayy! ^__^


http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/2011/09/jangan-nak-ada-aku-kisah-sangatlah-kan.html

October 10, 2012

Bantuan Untuk Baby Adam

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah Allah swt masih memberikan kita nikmat iman dan islam..nikmat anggota, nikmat bernafas di destinasi persinggahan kita iaitu dunia sementara ini..


Pagi tadi sampai-sampai pejabat tengok MHI TV3.  Temubual dengan ibu ayah baby adam. Buka blog, ada update juga dekat mynameismy :) Ya Allah.. sedihnya tengok keadaan adam. Besar pengorbanan ibu adam, kuatnya semangat insan kecil itu berhadapan dengan penyakitnya. Tubuh itu terlalu kecil untuk menghadapi kesakitan itu. Tapi kita kena yakin dan percaya... Allah swt takkan uji setiap hambaNya tanpa hikmah.

Tak sanggup nak tengok keadaan baby adam.. Ya Allah kesiannya.. Ya Allah sakitnya.. itu je yang mampu ana luahkan sepanjang melihat keadaan adam, bagaimana ibu adam membersihkan adam. Tubuh yang hanya kaku.. penuh dengan luka duka tapi punyai kekuatan yang luar biasa. Itulah baby Adam Syukri.

Marilah kita membantu keluarga itu... mungkin kita sudah ada anak-anak dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Semoga Allah menilai setiap usaha dan bantuan kita dengan pahalanya yang berganda-ganda. 

Jika tidak mampu dengan wang ringgit, cukuplah doa yang tulus ikhlas kepada Allah swt untuk kesembuhan baby adam dan kekuatan buat keluarganya.


Untuk sumbangan, bolehlah disalurkan kepada akaun bank si ibu:
Noraisah  Mohamad Malena
161136331818 (Maybank) atau 02040007292201 (CIMB)

"Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin."

Notahati : Besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Alhamdulillah sahabat kesayanganku zulfanida dan jadi mama semalam. Doakan baby dan mamanya baik-baik saja ye. Tahniah juju...hehe ^___^

"Jaga Diri, Hiasi Peribadi"
~tamansyurga_87~

October 9, 2012

PRU : Nasihat Buat Pemerintah dan Bakal Memerintah






  


Nasihat Tokoh Islam itu kepada pemerintah: 

- Al-Hasan Al-Basri tidak pernah lupa untuk memberikan nasihat kepada pemerintah mengenai sesuatu perkara yang beliau anggap sebagai kebenaran walaupun nasihat yang diberikan itu agak pedih bagi mereka. Pernah berlaku suatu ketika di mana beliau diminta pendapat oleh Umar bin Hubairah mengenai sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Yazid bin Abdul Malik sedangkan Umar bin Hubairah sendiri tidak berpuas hati mengenai perkara tersebut, lalu beliau menjawab: "Wahai Ibnu Hubairah! Takutlah kepada Allah di dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid dan janganlah kamu takut kepada Yazid di dalam melaksanakan perintah Allah. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk melindungi kamu dari kemarahan Yazid sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu dari kemurkaan Allah. Wahai Ibnu Hubairah! Sedikit masa lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu ini. Ia akan memindahkan kamu dari Istana kamu yang sangat luas ke kubur kamu yang sangat sempit, di sana kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid. Wahai Ibnu Hubairah! Sekiranya kamu tetap bersama dengan Allah dan sentiasa berada di dalam keadaan melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan terselamat dari malapetaka Yazid bin Abdul Malik di dunia dan di akhirat kelak, tetapi sekiranya kamu sentiasa bersama dengan Yazid di dalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t, Allah akan menyerahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibnu Hubairah, sesungguhnya kita tidak boleh mentaati kepada perintah seseorang makhluk di dalam perkara yang melanggar perintah Allah." Mendengar kata-kata tersebut Ibnu Hubairah terus menangis sehingga tangisannya itu membasahi janggutnya. 

NotaHati : Pilihlah permimpin yang akan memimpin kita ke syurga Allah SWT di akhirat kelak. Bukan pemimpin yang hanya membuatkan kita terbuai dengan syurga dunia yang penuh khayalan semata-mata.

"Jaga Diri, Hiasi Peribadi" 
~ tamansyurga_87~ ^__^




September 26, 2012

DIY- First Job

Hasil Tangan Yg Pertama

then yg kedua, ketiga, keempat... dan seterusnya akan menyusul..hehe

Bunga Tangan yg kecik molek..

harus la si bambam ini sebagai model cilik.. ^__^

hadiah sebab rajin nak belajar baca al-quran..
moga jadi solehah humaira :)

^__^

Zoommmm... Zaasss.. hehe

Hasil yg pertama dari kain felt :)

Bunga Tangan Menjadi Bunga Meja.

Like!

satu untuk mak, satu untuk puteri k.farah dan satu lagi utk humaira.hehe


Alhamdulillah, berjaya juga DIY sesuatu. sebelum ni suka tengok orang buat craft, siap nak order kat internet lagi. Tapi sekarang sudah boleh buat sendiri, walaupun tak mahir lagi. Just suka-suka.. tambah-tambah ada anak saudara perempuan, memang menjadi-jadi la.. :) Mana tahu, satu hari nanti boleh buat bisnes..(tinggi angan-angan makcik nie..hehuu) belajar dari sifu Mak Ngah.

Ada satu lagi, headband bernama, buat daripada kain felt. khas untuk anak sedara belah sana.. ;) tapi lupa nak snap2.. harap-harap paktehnya tangkap gmbar ye.. ^__^

Nota hati : Semakin menjadi-jadi mood ber DIY. lepas ni fokus bunga kertas tisu.. insyaAllah  ^__^

September 7, 2012

Puasa Ganti Pada Hari Jumaat



Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah buat semua saudara-saudara seislam.. Aamiin :)

Ana nak share jawapan tentang persoalan puasa sunat/ganti di hari jumaat dan lain-lain hari yang berkaitan. semoga bermanfaat.. InsyaAllah

Saya ditanya oleh seorang teman persoalan mengenai puasa di hari jumaat? Adakah anda pernah dengar bahawa puasa dihari jumaat tidak boleh tunggal?

Jawapannya:

Al-Imam Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)

Maksud berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.

Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja."
(Hadits riwayat Ahmad)

Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: "Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya."

(Hadits riwayat Bukhari)

Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)"

(Hadits riwayat Tirmidzi)

Jika puasa hari Jumaat, dia tidak berpuasa pada hari khamis. Juga tidak berpuasa pada hari Sabtu. Ini makruh. Begitu juga, jika dia berpuasa pada hari Sabtu, dia tidak berpuasa pada hari Jumaat. Juga tidak berpuasa pada hari Ahad. Makruh juga.

Al-Khatib al-Syarbini berkata:
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)

Katanya lagi:
[Ada juga yang mengatakan illah (alasannya) ialah supaya tidak berlebih-lebihan di dalam mengagungkan hari Jumaat, sebagaimana orang kelakukan Yahudi untuk hari Sabtu. Ada juga yang memberi alasan agar tidak dianggap sebagai puasa yang diwajibkan. Ada pendapat lain, alasannya ialah, kerana hari jumaat adalah hari raya dan hari menikmati makanan.] (ibid.)

Katanya lagi:
[Dimakruhkan juga berpuasa pada hari sabtu bersendirian ataupun pada hari Ahad. Kerana ada hadis: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang wajib atas kamu." (HR al-tarmizi & al-hakim atas syarat syaikhani). Kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani (Kristian) mengagungkan hari Ahad.

Dan terkeluar/terkecuali dari kemakruhan menyendirikan tiga hari tersebut ialah dengan menghimpunkan dengan hari lain. Oleh itu tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat dengan digabungkan puasa pada hari Sabtu. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Sabtu dengan digabungkan puasa pada hari Ahad. Kerana dengan menggabungkan begini dianggap tidak mengagungkan hari-hari berkenaan.]

Katanya lagi:
[(Tanbih/peringatan). Tempat yang dimakruhkan menyendirikan puasa pada hari-hari yang tersebut di atas ialah apabila ia tidak bertepatan dengan adat kebiasaannya. Oleh itu, jika dia biasa melakukan sehari berpuasa dan sehari berbuka, kemudian terkena hari berpuasa pada hari berkenaan (Jumaat, Sabtu atau Ahad), maka ini tidak dimakruhkan, sebagaimana pada hari syak. Kerana ada hadis Muslim: "Jangan kamu mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat di antara hari-hari, kecuali pada puasa yang berpuasa oleh salah seorang dari kamu." Dan diqiyaskan hari Jumaat dengan hari-hari lainnya.]

Larangan melaksanakan amalan atau Ibadah Khusus pada Hari Jumaat 

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. 

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telah dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

--------------------
Kesimpulan:
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad.
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w. seperti yg tertera diatas.
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia dibulan Ramadhan atau puasa ganti untuk Ramadhan atau seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari(puasa nabi Daud a.s).
5. Ditegah menetapkan ibadah tertentu pada malam jumaat kerana jelas larangan Nabi SAW didalam hadis diatas. Yg dibolehkan hanya bacaan surah Al-Kahfi, bukan surah Yassin.

Wallahua'lam



Nota Hati : Hari ini ana terniat puasa dan terbangun sahur.. tapi 'Ter' la sangat..hehe Puasa ganti bulan ramadhan.. baru teringat tentang makruhnya berpuasa dihari Jumaat tanpa selingan dengan hari sabtu.. Terpaksa la mengoogle untuk dapatkan jawapan.. Esok ada jemputan jamuan raya. Terfikir.. kalau tak puasa sabtu esok makruh. tapi kalau buka puasa jumaat hari ini tapi sudah niat puasa ganti bulan ramadhan kan berdosa! haa.. dapat jawapan sudah kan.. Wassalam  ;) 

Nukilan Jiwa


Aneh Sungguh Sikap Manusia Ini...
Selalu Berdoa Semoga Dipanjangkan Umur
Tetapi Tidak Mahu Menjadi Tua!

August 28, 2012

Entry Yang Di Peram.. ;)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini sudah 20 Ramadhan. Allah..Allah.. Allah. cepatnya masa berlalu. Tak tahu la nak kata tentang perasaan sekarang. Bila nak rasa gembira, teringat amalan yang terlalu sedikit. Bila terdetik rasa sedih, teringat pula hari raya yang indah bakal di hadapi. Ya Allah... semoga Engkau memberi peluang kepada ku untuk menghadapi ramadhan yang akan datang dengan lebih baik lagi sebagai seorang hambaMu yang benar-benar menghayati ISLAM.. Aamiin :) Alhamdulillah.. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 14 Ramadhan, ana dan sahabat-sahabat alumni Pusat Islam PSAS berjaya juga menjejakkan kaki ke Politeknik tempat kami sama-sama mengadun ukhuwwah dan buat kerja-kerja Islam. Itu kisahnya 4 tahun yang lalu.. namun dengan izin Allah s.w.t kami masih berukhuwwah sehingga kini dan masih terus berusaha untuk mengukuhkan ikatan dan tujuan hidup kami. Sebelum tu, terima kasih pada keluarga sahabat kesayangan ana Puan hida yang bakal jadi ummi. Terima kasih tumpangkan kami bermalam, siap dapat bekalan pisang setandan dan jantung pisang lagi.. Moga Allah murahkan rezeki pada keluarga ini..hehe :) Terima kasih juga pada adik-adik kesayangan, rozie, adnin dan syafa.. best sangat dapat luangkan masa dengan kamu semua semasa program dan dekat rumah kak hida. Yang pasti, kes pintu bilik terkunci tu memang kelakar dan kenangan terindah la.. hehehe.. :)

Gapi & Rapi
Diskusi
Pembentangan Alumni
masak berbuka puasa
Perbincangan berkumpulan
Bila berdiri dihadapan Pusat Islam PSAS, kemudian melangkah masuk ke dalamnya.. Allah.. sebak hati teringat nostalgia 4 tahun yang lalu. Sungguh ditempat itulah banyak masa yang dihabiskan semasa zaman belajar dahulu. berprogram, meeting, usrah, memasak dan lain-lain. Sahabat tetap sahabat walau semakin hari semakin banyak yang baru kita nampak. Perubahan ke arah positif atau negatif, setiap orang pasti ada asbabnya. Tapi alangkah indah dan berertinya andainya perubahan itu ke arah meraih redha dan kasih Ilahi. Apa jua yang tertulis dan ditakdirkan, sedikit sebanyak atas usaha kita. Siapa dan bagaimana kita sekarang adalah sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan hidayah yang Allah pernah bagi pada satu masa yang dahulu. Kalau kita merasakan semakin jauh dariNya tanpa sedar dan mungkin dengan sedar.. kita sendirilah yang mencampak ia pergi. Dan akhirnya keadaan sekeliling, cara hidup keluarga dan takdir yang dipersalahkan atas perubahan diri. Sahabat yang ana sayang.. biar la post ini kalian baca dimana-mana sahaja serta dalam keadaan apa sekali pun, Ana doakan kita istiqomah di landasan islam. Tutup aurat kita.. tudung besar yang menutupi dada dan leher, stokin yang melitupi kaki, baju yang besar labuh sehingga menutupi punggung serta tidak ketat. Jangan lupa pada ketenangan dan kemanisannya memakai pakaian menutup aurat satu masa dahulu.. Jangan lupa kata-kata semangat antara kita satu masa dahulu, terutamanya bila ada yang menyindir "keselekehan" cara berpakaian kita. Ana sayang sahabat-sahabat... tapi sebelum itu, tolonglah sayangi diri kita sebagai muslimah. Semoga satu masa nanti, Allah pertemukan kita dalam keadaan rasa cinta dan kasih pada cara hidup islam yang tak berbelah bahagi. Setiap orang ada ujian yang berbeza-beza, alangkah ruginya kita jika tewas kepada ujian nikmat/cinta dunia. Ya Allah kurniakan kami hidayah dan rahmatMu sehingga ke akhirat dan syurgaMu nanti.. Aamiin.. ^__^ 

August 22, 2012

aL-Quran Digital


Kenapa mesti milikinya :-
  • Untuk memperbaiki bacaan diri sendiri
  • Hadiah harijadi, pertunangan, hantaran perkahwinan
  • Hadiah kepada ibu bapa tercinta..

August 13, 2012

Hati Sesejuk Salju: The Quran Read Pen

Hati Sesejuk Salju: The Quran Read Pen: Assalammualaikum w.b.t Baru-baru ini Ustaz Ismi di tempat saya menjalani praktikal ada memberi peluang untuk kami para staff menjual ba...

August 9, 2012

Terima Kasih Cinta Hatiku


Assalamualaikum wbt.. 19 Ramadhan / 8 Ogos.. Alhamdulillah Allah s.wt masih sayang, masih bagi nikmat usia untuk hambaNya ini. Semoga peningkatan usia seiring dengan iman dan islam. Doakan ya.. :) 
Terima kasih sayang cinta buat keluarga.. sebelum berbuka semalam tiba-tiba  Akak Kite bawak keluar kek.. terkezuttt! terharu nyer.. hehehe 
Terima kasih mak, abah, along, kak lin, nyah, syakir kerana sentiasa di sisiku.
I lOVE U ALL... 
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian di dunia dan akhirat. Aamiin ^__^

Seterusnya jom cuci mata tengok gambar.. :)

Kentang goreng percubaan pertama
kotak kek pertama (apa yg pertama xtau..hehe) kenangan ni.. "Speacially For You" 
Nasi Ayam Cubaan Pertama
kek dan kentang goreng. mmg terbaik! :)
Anak buah pertama.. Gigit karang bam bam nie.hehe

July 27, 2012

"Prosedur" itu mendidik

Assalamualaikum w.b.t kepada semua flower (follower).. ;) semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t


Al-kisahnya.. post sebelum ini ana ada promote tentang web tudung Inspirasihana.. Tapi dengan dukacitanya atas sebab-sebab teknikal (kesilapan diri sendiri) ana terdelete post itu..  T__T  InsyaAllah dalam masa terdekat ini  ana akan cuba buat post untuk mempromosikan kain tudung yang menepati syariat islam iaitu labuh dan besar itu.. Tunggu!! tapi kalau tak sabar juga.. boleh klik-klik dan cuci mata buka hati di bawah ini..hehe  


Hari ini 7 Ramadhan sudah seminggu kita melaksanakan ibadah puasa.. Berada di bulan Ramadhan banyak mengajar kita tentang erti sabar. Mendidik kita menjaga bahasa. Meningkatkan amalan seharian.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, di mana Allah s.w.t melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampun dosa-dosa, memakbulkan doa-doa kamu.

Sama-samalah kita berusaha untuk beroleh keberkatanNya dan kerahmatanNya dengan melakukan perkara-perkara yang Allah s.w.t suka dan tinggalkan perkara-perkara yang Allah s.w.t tak suka. Semoga dengan berkat dan rahmatNya di bulan ramadhan 1433H ini, Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang tak terhitung banyaknya. 

Setiap kali azan berkumandang dan tiba waktu berbuka puasa, kami sekeluarga makan berjemaah dan paling penting adalah nasihat dan peringatan dari bonda tercinta supaya perbanyakkan doa dan mohon dengan sepenuh hati apa yang kita hajati untuk kebaikan diri dan bersama.

"Prosedur" semasa berbuka puasa, banyak mendidik dan mentarbiahkan diri ini. terima kasih kepada bonda tercinta kerana cintanya pada Sunnah Rasulullah s.a.w mendidik kami mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Berbuka dengan membaca Bismillah serta doa makan, sebijik kurma dan minum air. Kemudian tadah tangan semula membaca doa berbuka puasa dan dipanjangkan dengan doa apa yg kita hajati sebagai seorang hamba Allah (baca dalam hati). Di Aamiin kan bersama-sama.. kemudian didahulukan dengan makan makanan pemberian orang/jiran.

Semoga kasih sayang Allah terhadap kita memberi peluang kepada kita menghadapi Ramadhan ini dengan penuh pengertian dan memberi kegembiraan kepada kita menyambul Syawal yang mendatang. InsyaAllah :)