September 26, 2012

DIY- First Job

Hasil Tangan Yg Pertama

then yg kedua, ketiga, keempat... dan seterusnya akan menyusul..hehe

Bunga Tangan yg kecik molek..

harus la si bambam ini sebagai model cilik.. ^__^

hadiah sebab rajin nak belajar baca al-quran..
moga jadi solehah humaira :)

^__^

Zoommmm... Zaasss.. hehe

Hasil yg pertama dari kain felt :)

Bunga Tangan Menjadi Bunga Meja.

Like!

satu untuk mak, satu untuk puteri k.farah dan satu lagi utk humaira.hehe


Alhamdulillah, berjaya juga DIY sesuatu. sebelum ni suka tengok orang buat craft, siap nak order kat internet lagi. Tapi sekarang sudah boleh buat sendiri, walaupun tak mahir lagi. Just suka-suka.. tambah-tambah ada anak saudara perempuan, memang menjadi-jadi la.. :) Mana tahu, satu hari nanti boleh buat bisnes..(tinggi angan-angan makcik nie..hehuu) belajar dari sifu Mak Ngah.

Ada satu lagi, headband bernama, buat daripada kain felt. khas untuk anak sedara belah sana.. ;) tapi lupa nak snap2.. harap-harap paktehnya tangkap gmbar ye.. ^__^

Nota hati : Semakin menjadi-jadi mood ber DIY. lepas ni fokus bunga kertas tisu.. insyaAllah  ^__^

September 7, 2012

Puasa Ganti Pada Hari Jumaat



Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah buat semua saudara-saudara seislam.. Aamiin :)

Ana nak share jawapan tentang persoalan puasa sunat/ganti di hari jumaat dan lain-lain hari yang berkaitan. semoga bermanfaat.. InsyaAllah

Saya ditanya oleh seorang teman persoalan mengenai puasa di hari jumaat? Adakah anda pernah dengar bahawa puasa dihari jumaat tidak boleh tunggal?

Jawapannya:

Al-Imam Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)

Maksud berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.

Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja."
(Hadits riwayat Ahmad)

Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: "Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya."

(Hadits riwayat Bukhari)

Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)"

(Hadits riwayat Tirmidzi)

Jika puasa hari Jumaat, dia tidak berpuasa pada hari khamis. Juga tidak berpuasa pada hari Sabtu. Ini makruh. Begitu juga, jika dia berpuasa pada hari Sabtu, dia tidak berpuasa pada hari Jumaat. Juga tidak berpuasa pada hari Ahad. Makruh juga.

Al-Khatib al-Syarbini berkata:
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)

Katanya lagi:
[Ada juga yang mengatakan illah (alasannya) ialah supaya tidak berlebih-lebihan di dalam mengagungkan hari Jumaat, sebagaimana orang kelakukan Yahudi untuk hari Sabtu. Ada juga yang memberi alasan agar tidak dianggap sebagai puasa yang diwajibkan. Ada pendapat lain, alasannya ialah, kerana hari jumaat adalah hari raya dan hari menikmati makanan.] (ibid.)

Katanya lagi:
[Dimakruhkan juga berpuasa pada hari sabtu bersendirian ataupun pada hari Ahad. Kerana ada hadis: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang wajib atas kamu." (HR al-tarmizi & al-hakim atas syarat syaikhani). Kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani (Kristian) mengagungkan hari Ahad.

Dan terkeluar/terkecuali dari kemakruhan menyendirikan tiga hari tersebut ialah dengan menghimpunkan dengan hari lain. Oleh itu tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat dengan digabungkan puasa pada hari Sabtu. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Sabtu dengan digabungkan puasa pada hari Ahad. Kerana dengan menggabungkan begini dianggap tidak mengagungkan hari-hari berkenaan.]

Katanya lagi:
[(Tanbih/peringatan). Tempat yang dimakruhkan menyendirikan puasa pada hari-hari yang tersebut di atas ialah apabila ia tidak bertepatan dengan adat kebiasaannya. Oleh itu, jika dia biasa melakukan sehari berpuasa dan sehari berbuka, kemudian terkena hari berpuasa pada hari berkenaan (Jumaat, Sabtu atau Ahad), maka ini tidak dimakruhkan, sebagaimana pada hari syak. Kerana ada hadis Muslim: "Jangan kamu mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat di antara hari-hari, kecuali pada puasa yang berpuasa oleh salah seorang dari kamu." Dan diqiyaskan hari Jumaat dengan hari-hari lainnya.]

Larangan melaksanakan amalan atau Ibadah Khusus pada Hari Jumaat 

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. 

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telah dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

--------------------
Kesimpulan:
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad.
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w. seperti yg tertera diatas.
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia dibulan Ramadhan atau puasa ganti untuk Ramadhan atau seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari(puasa nabi Daud a.s).
5. Ditegah menetapkan ibadah tertentu pada malam jumaat kerana jelas larangan Nabi SAW didalam hadis diatas. Yg dibolehkan hanya bacaan surah Al-Kahfi, bukan surah Yassin.

Wallahua'lam



Nota Hati : Hari ini ana terniat puasa dan terbangun sahur.. tapi 'Ter' la sangat..hehe Puasa ganti bulan ramadhan.. baru teringat tentang makruhnya berpuasa dihari Jumaat tanpa selingan dengan hari sabtu.. Terpaksa la mengoogle untuk dapatkan jawapan.. Esok ada jemputan jamuan raya. Terfikir.. kalau tak puasa sabtu esok makruh. tapi kalau buka puasa jumaat hari ini tapi sudah niat puasa ganti bulan ramadhan kan berdosa! haa.. dapat jawapan sudah kan.. Wassalam  ;) 

Nukilan Jiwa


Aneh Sungguh Sikap Manusia Ini...
Selalu Berdoa Semoga Dipanjangkan Umur
Tetapi Tidak Mahu Menjadi Tua!

August 28, 2012

Entry Yang Di Peram.. ;)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini sudah 20 Ramadhan. Allah..Allah.. Allah. cepatnya masa berlalu. Tak tahu la nak kata tentang perasaan sekarang. Bila nak rasa gembira, teringat amalan yang terlalu sedikit. Bila terdetik rasa sedih, teringat pula hari raya yang indah bakal di hadapi. Ya Allah... semoga Engkau memberi peluang kepada ku untuk menghadapi ramadhan yang akan datang dengan lebih baik lagi sebagai seorang hambaMu yang benar-benar menghayati ISLAM.. Aamiin :) Alhamdulillah.. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 14 Ramadhan, ana dan sahabat-sahabat alumni Pusat Islam PSAS berjaya juga menjejakkan kaki ke Politeknik tempat kami sama-sama mengadun ukhuwwah dan buat kerja-kerja Islam. Itu kisahnya 4 tahun yang lalu.. namun dengan izin Allah s.w.t kami masih berukhuwwah sehingga kini dan masih terus berusaha untuk mengukuhkan ikatan dan tujuan hidup kami. Sebelum tu, terima kasih pada keluarga sahabat kesayangan ana Puan hida yang bakal jadi ummi. Terima kasih tumpangkan kami bermalam, siap dapat bekalan pisang setandan dan jantung pisang lagi.. Moga Allah murahkan rezeki pada keluarga ini..hehe :) Terima kasih juga pada adik-adik kesayangan, rozie, adnin dan syafa.. best sangat dapat luangkan masa dengan kamu semua semasa program dan dekat rumah kak hida. Yang pasti, kes pintu bilik terkunci tu memang kelakar dan kenangan terindah la.. hehehe.. :)

Gapi & Rapi
Diskusi
Pembentangan Alumni
masak berbuka puasa
Perbincangan berkumpulan
Bila berdiri dihadapan Pusat Islam PSAS, kemudian melangkah masuk ke dalamnya.. Allah.. sebak hati teringat nostalgia 4 tahun yang lalu. Sungguh ditempat itulah banyak masa yang dihabiskan semasa zaman belajar dahulu. berprogram, meeting, usrah, memasak dan lain-lain. Sahabat tetap sahabat walau semakin hari semakin banyak yang baru kita nampak. Perubahan ke arah positif atau negatif, setiap orang pasti ada asbabnya. Tapi alangkah indah dan berertinya andainya perubahan itu ke arah meraih redha dan kasih Ilahi. Apa jua yang tertulis dan ditakdirkan, sedikit sebanyak atas usaha kita. Siapa dan bagaimana kita sekarang adalah sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan hidayah yang Allah pernah bagi pada satu masa yang dahulu. Kalau kita merasakan semakin jauh dariNya tanpa sedar dan mungkin dengan sedar.. kita sendirilah yang mencampak ia pergi. Dan akhirnya keadaan sekeliling, cara hidup keluarga dan takdir yang dipersalahkan atas perubahan diri. Sahabat yang ana sayang.. biar la post ini kalian baca dimana-mana sahaja serta dalam keadaan apa sekali pun, Ana doakan kita istiqomah di landasan islam. Tutup aurat kita.. tudung besar yang menutupi dada dan leher, stokin yang melitupi kaki, baju yang besar labuh sehingga menutupi punggung serta tidak ketat. Jangan lupa pada ketenangan dan kemanisannya memakai pakaian menutup aurat satu masa dahulu.. Jangan lupa kata-kata semangat antara kita satu masa dahulu, terutamanya bila ada yang menyindir "keselekehan" cara berpakaian kita. Ana sayang sahabat-sahabat... tapi sebelum itu, tolonglah sayangi diri kita sebagai muslimah. Semoga satu masa nanti, Allah pertemukan kita dalam keadaan rasa cinta dan kasih pada cara hidup islam yang tak berbelah bahagi. Setiap orang ada ujian yang berbeza-beza, alangkah ruginya kita jika tewas kepada ujian nikmat/cinta dunia. Ya Allah kurniakan kami hidayah dan rahmatMu sehingga ke akhirat dan syurgaMu nanti.. Aamiin.. ^__^ 

August 22, 2012

aL-Quran Digital


Kenapa mesti milikinya :-
  • Untuk memperbaiki bacaan diri sendiri
  • Hadiah harijadi, pertunangan, hantaran perkahwinan
  • Hadiah kepada ibu bapa tercinta..

August 13, 2012

Hati Sesejuk Salju: The Quran Read Pen

Hati Sesejuk Salju: The Quran Read Pen: Assalammualaikum w.b.t Baru-baru ini Ustaz Ismi di tempat saya menjalani praktikal ada memberi peluang untuk kami para staff menjual ba...

August 9, 2012

Terima Kasih Cinta Hatiku


Assalamualaikum wbt.. 19 Ramadhan / 8 Ogos.. Alhamdulillah Allah s.wt masih sayang, masih bagi nikmat usia untuk hambaNya ini. Semoga peningkatan usia seiring dengan iman dan islam. Doakan ya.. :) 
Terima kasih sayang cinta buat keluarga.. sebelum berbuka semalam tiba-tiba  Akak Kite bawak keluar kek.. terkezuttt! terharu nyer.. hehehe 
Terima kasih mak, abah, along, kak lin, nyah, syakir kerana sentiasa di sisiku.
I lOVE U ALL... 
Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian di dunia dan akhirat. Aamiin ^__^

Seterusnya jom cuci mata tengok gambar.. :)

Kentang goreng percubaan pertama
kotak kek pertama (apa yg pertama xtau..hehe) kenangan ni.. "Speacially For You" 
Nasi Ayam Cubaan Pertama
kek dan kentang goreng. mmg terbaik! :)
Anak buah pertama.. Gigit karang bam bam nie.hehe

July 27, 2012

"Prosedur" itu mendidik

Assalamualaikum w.b.t kepada semua flower (follower).. ;) semoga sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t


Al-kisahnya.. post sebelum ini ana ada promote tentang web tudung Inspirasihana.. Tapi dengan dukacitanya atas sebab-sebab teknikal (kesilapan diri sendiri) ana terdelete post itu..  T__T  InsyaAllah dalam masa terdekat ini  ana akan cuba buat post untuk mempromosikan kain tudung yang menepati syariat islam iaitu labuh dan besar itu.. Tunggu!! tapi kalau tak sabar juga.. boleh klik-klik dan cuci mata buka hati di bawah ini..hehe  


Hari ini 7 Ramadhan sudah seminggu kita melaksanakan ibadah puasa.. Berada di bulan Ramadhan banyak mengajar kita tentang erti sabar. Mendidik kita menjaga bahasa. Meningkatkan amalan seharian.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Telah datang kepadamu Bulan Ramadhan, di mana Allah s.w.t melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampun dosa-dosa, memakbulkan doa-doa kamu.

Sama-samalah kita berusaha untuk beroleh keberkatanNya dan kerahmatanNya dengan melakukan perkara-perkara yang Allah s.w.t suka dan tinggalkan perkara-perkara yang Allah s.w.t tak suka. Semoga dengan berkat dan rahmatNya di bulan ramadhan 1433H ini, Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang tak terhitung banyaknya. 

Setiap kali azan berkumandang dan tiba waktu berbuka puasa, kami sekeluarga makan berjemaah dan paling penting adalah nasihat dan peringatan dari bonda tercinta supaya perbanyakkan doa dan mohon dengan sepenuh hati apa yang kita hajati untuk kebaikan diri dan bersama.

"Prosedur" semasa berbuka puasa, banyak mendidik dan mentarbiahkan diri ini. terima kasih kepada bonda tercinta kerana cintanya pada Sunnah Rasulullah s.a.w mendidik kami mengaplikasikan dalam kehidupan harian. Berbuka dengan membaca Bismillah serta doa makan, sebijik kurma dan minum air. Kemudian tadah tangan semula membaca doa berbuka puasa dan dipanjangkan dengan doa apa yg kita hajati sebagai seorang hamba Allah (baca dalam hati). Di Aamiin kan bersama-sama.. kemudian didahulukan dengan makan makanan pemberian orang/jiran.

Semoga kasih sayang Allah terhadap kita memberi peluang kepada kita menghadapi Ramadhan ini dengan penuh pengertian dan memberi kegembiraan kepada kita menyambul Syawal yang mendatang. InsyaAllah :)

July 6, 2012

Gurau Biar Berpada

Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis blog.. tetiba entry pasal luahan perasaan kan..huhu

Tak suka orang yang garang-garang dan marah-marah walaupun dengan tujuan nak bergurau. Niat bergurau tu dah baik dah..tapi tak bertempat! sehingga ke tahap merendah-rendahkan orang lain. Memang dari dulu..kalau ana dah kenal seseorang tu jenis bergurau kasar, ana memang akan jauhkan diri. Buat apa nak berlakon konon-konon kita tak ambil hati.. padahal terasa hati kan. Pengajarannya..kalau kita tak suka orang buat perkara yang kita tak suka, sila jangan buat perkara yang orang lain tak suka. insyaAllah harmoni hidup ye dak...? ^__^



Hepppp..Hepppp..! ^___^

Jom tengok buah hati ana ni. Budak kecik marah sangat-sangat cute dan comel ok.. kalau boleh 24 jam nak mengusik bagi marah. TETAPI orang dewasa gurau ala-ala marah, sangat-sangat tak ok ye.. sekian peringatan buat ana juga. Jaga bahasa kita dengan orang lain walau dalam keadaan apa pun.. :)

May 14, 2012

Ratu Hati Kami

Bismillah... Assalamualaikum wbt.. ^__^
Selamat Hari Lahir Mak  ---> 06.05.1955
Selamat Hari Ibu Mak    ---> Yang ke-?? kena kira mula dari mak mengandungkan along.hehe
Selamat Hari Guru Mak  ---> Yang ke-?? kena tanya mak balik, sebab mak jadi guru sebelum kahwin lagi.:)

 ::. Kami adik beradik sayang mak dunia dan akhirat.. lillahiTaala .::

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..
"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup @ telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat mu..."



Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"



Huraian Hadith :
- Jangan sesekali meninggalkan doa untuk kesejahteraan kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang telah tiada) 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus-putus berdoa untuk kedua ibubapa (Walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah dan beroleh hidayah)
- Ingat bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah swt
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu bersungguh-sungguh).

Wallahua'lam

"Jaga Diri Hiasi Peribadi"
Tamansyurga_87

May 7, 2012

Muslimah Harapan - Lirik



Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang

keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang

Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman

itulah muslimah harapan muslimah harapan...



Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan

keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan

Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan

itulah muslimah harapan



Muslimah puteri harapan

dikaulah harapan membela Islam yang mulia

muslimah puteri harapan dikaulah cahaya

menjadi lambang Islam yang gemilang...



Puteri harapan serikandi Islam

tetaplah kau dalam perjuangan

menjadi sayap kiri di medan

meneguhkan benteng pertahanan Islam



Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu

kau sematkan kecintaan yang mendalam

terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang

kau didik generasi mendatang

untuk agama tercinta.....



Alhamdulillah.. Subhanallah, indahnya hidup bila segalanya yang dilakukan berlandaskan syariat Allah.insyaAllah.. 28.04.2012.. mengorak langkah pertama menuju destinasi cinta bagi meraih redha Ilahi telah bermula. Sungguh, melangkah untuk itu bukan semudah mengangkat dan menghayun kaki membawa diri sendiri. kerana setiap langkah dan hayunan untuk menuju ke destinasi itu memerlukan kesabaran, ketabahan dan persefahaman yang berganda lalu berpada. Hayunan tetap sama.. kadang kala hanya perlu berdiri memerhati, kadang kala perlu berlari mengejari. Dan kini, diri ini perlu bersedia dan berusaha berlari mengejar ciri-cirinya seorang muslimah harapan agar mendapat "erti memberi"  kepada semua yang memberi harapan, terutama keluarga dan putera itu. Semoga Allah permudahkan dalam redha dan rahmatnya yang tiada banding.. Aamiin.. Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai dan memberi erti melainkan redha Allah dalam setiap amal perbuatan kita. 


Syukur pada Allah.. Tarikh 1 Mei 2012, sudah setahun rupanya ana berkhidmat di negeri sendiri.. Allah..Allah.. cepat sungguh masa berlalu.. ^__^

Semoga Allah meredhai. Wallahua'lam :


"Jaga Diri Hiasi Peribadi"
 tamansyurga_87

March 29, 2012

Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami,penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.

sumber : http://www.myilham.com