June 24, 2011

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:

"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:


1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

May 12, 2011

istikharah cinta



Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih menjadi riang,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah menjadi muhibbah,
itulah cinta..

~ Anna Althafunnisa', KCB ~

Istikharah cinta, memanggil memohon petunjuk Mu Ya Allah.. Semoga teguh satu pilihan.. walaupun melalui suatu penantian yg menguji keimanan. semoga cinta makhluk tidak melebihi cintaku padaMu Ya Allah... ^___^

April 17, 2011

"Wanita Solehah"

Duhai Ukhti.. Menjadi Akhwat solehah itu bukan menjadi bunga yang wanginya bisa di cium setiap Kumbang, tapi setelah itu Layu... Menjadi Akhwat solehah itu adalah permata berharga dan mahal. Di simpan di tempat yg tertutup, agar tak di curi orang, walaupun jatuh ke dalam lumpur hina ia tetap berkilau dan tetap berharga walau di mana saja.

Duhai ukhti, jangan berkecil hati bila langkahmu pernah terbenam dalam lumpur dosa. Kerana setiap manusia tak ada yg luput dari dosa dan salah. Menjadi ''muslimah solehah'' bukan kerana dirimu tak pernah berbuat dosa, tapi ''muslimah solehah'' adalah dia yg sentiasa bertaubat dan taat pada segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Kerana ''sebutir mutiara itu tetap akan indah, meskipun pernah terbenam dalam lumpur" jika dia membrsihkan dirinya dengan bertaubat dan kembali ke jalan-Nya.. ^__^

April 8, 2011

Akhir Zaman


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jika dilihat pada keadaan dunia yang penuh kerosakan dan keruntuhan samaada dari aspek peradaban atau alam sekitar, jelaslah semua itu tanda-tanda yg kita kini berada di akhir zaman. Zaman yg berlaku sebelum kebangkitan islam kali kedua. Dinilai secara pandangan kasar atau halus, ciri-ciri zaman kini adalah memenuhi ciri-ciri dunia akhir zaman seperti mana yg di jelaskan dalam hadis-hadis. Kerosakkan ada dimana-mana.. dunia rosak kerana gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir dan sebagainya. manakala manusia rosak dengan akhlaknya, kelalaian dlm ibadatnya, kepincangan dalam perhubungan sesama manusia apatah lagi dengan Yang Maha Besar Allah swt.. Hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia zaman kini telah menyimpang dari landasan syariat islam. Allah telah menunjukkan pada kita cara yg paling cantik untuk kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim iaitu berpandukan al-quran dan sunnah. Islam itu mudah, tetapi mengapa umat islam itu sendiri yg merumitkan dan memutar belitkan setiap ketetapan dan aturan Allah yg sudah jelas cantik dan sempurna. Adakah semata-mata untuk meraih kesenangan dunia yg hanya sementara ini? Adakah kerana sedikitnya rasa takut dan gentar pada Allah penguasa seluruh alam semesta ini..

Akhir zaman ini, negara-negara islam sesetengahnya kaya raya.. Tapi apa yang terjadi? Mengapa Islam tidak dipandang megah? sesetengahnya lagi bergula-gula mengatakan mereka negara islam, tetapi disudut mana islam itu dipraktikkan secara syumul..? sesetengahnya lagi negara islam miskin di tindas penyenayah dunia tetapi negara yg kaya raya dan bergula-gula hanya memandang simpati seminit dua... Dimana semangat saudara seislam.. Hal2 itu terjadi kerana umat Islam sudah seperti buih di lautan dan telah terkena penyakit Al Wahan.

Rasulullah SAW bersabda:
Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”

Sahabat bertanya,
“Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Rasulullah,
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.

” Sahabat bertanya lagi,
“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah,
“Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.”

Sahabat bertanya lagi,
“Apakah itu Al Wahan?”

Rasulullah bersabda,
“Cinta dunia dan takut mati".


Sudah jenuh rasanya melihat kerosakan dalam dunia ini.. Sampai satu tahap kita rasa sudah tak mampu lagi nak mempertahankan lagi kebenaran.. bila kebenaran di pandang sebagai kepalsuan dan kepalsuan di pandang sebagai kebenaran, hanya Allah swt yang dapat menentukan kesahihannya. Adakah kita mampu untuk terus bertahan dalam keadaan yang meresahkan ini? Moga ALLAH meluruskan iman kita sebagai muslim dan menjaga Islam ini agar terus gemilang di dalam keredhaanNya bkn islam yang 'gemilang' dalam kemurkaanNya.. nauzubillah..

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut, disebabkan usaha tangan manusia, kerana Tuhan hendak merasakan mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka supaya mereka kembali.
Ar-Rum :41

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”

~Sheikh Muhammad Abduh~

Dipetik dari komen seorang saudara seislam semasa berbincang tentang bait-bait kata diatas

"satu kajian dilakukan merdeka centre (jika tak silap)... tahap kecenderungan anak muda Malaysia, malah anak muda seluruh negara umat Islam untuk kembali kepada penghayatan Islam sangat tinggi sekarang... ramai yang sudah beralih kepada sistem perbankan Islam, produk2 Islam.. ia dilihat sebagai manifestasi kepada frustration mereka terhadap segala sistem yang ada sekarang... fed up dengan sistem yang menjaga mereka sekarang... namun, waspada... kita khuatir kecenderungan anak muda ini dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan & pragmatis... sebagai contoh, dulu ada yang bukan main tolak Islam... cakap Islam tak sesuai dilaksanakan... tapi, hari ini disebabkan kecenderungan masyarakat balik kepada penghayatan Islam sebagai cara hidup, dia pulak kononnya lebih2 nak perjuangkan Islam... timbulkan banyak polemik raih sokongan...contohnya isu penggunaan kalimah Allah...bible dan sebagainya..." DAN ana menambah "menonjolkan calon2 yg islamic.." ;)

Islamic Fesyen ke mcm ni??? MasyaAllah..

Segalanya berbalik kepada niat di hati kita.. jika niat pelaksanaan sesuatu perkara kerana kegemilangan islam dan meraih redha Allah.. Subhanallah, janji Allah pasti ditunaikan.. jika bukan di dunia, di akhirat sudah pasti. Tetapi jika sebaliknya, janji Allah juga sedia utk ditunaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yg kafir.. Wallahua'lam..


P/S : Teringat semasa 1st menyertai kem KASIH di politeknik dulu.. dalam satu sesi perbentangan kumpulan, fasilitator bertanya.. jika di beri peluang, kamu ingin berada di zaman Rasulullah atau zaman sekarang (akhir zaman)..?? ermm... fikir2 kan la.. Moga bermanfaat..insyaAllah... ^___^





March 4, 2011

...Sayang sokmo...


Sahabat,

sedetik kita bersama,

bagaikan telah seabad bersua.

Ukhuwah yang terjalin,

terlalu indah untuk dikenang,

terlalu payah untuk dilupakan,

melainkan dengan izinNYA semata.

Semalam,

kita mula menyapa,

tatkala terpandang wajah sucimu,

terbit seulas senyuman

menghiasi wajah, buat tatapan.

Hari ini,

kita berjalan seiringan

memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Susah senang kita harungi bersama

demi memartabatkan ISLAM, agama yang terbilang.

Esok,

doa dan harapan berpanjangan,

agar kita akan tetap dalam ingatan,

walau jarak memisahkan.

Esok,

Semoga kita kan tetap dalam perjuangan.

Walau akan tinggal sendirian.

Yakin dengan janji Tuhan,

Syurga Firdaus sebagai ganjaran.

Rabitah hati, moga segar dalam haruman...

http://nisaputrajaya.blogspot.com/

...Sayang sokmo...

Selamat Hari Lahir kepada sahabat2, adik2 dan kakak2 kesayangan ana yang lahir bulan Januari, februari dan Mac... Kak Asyikin, Kak Farhana, Kak Ummi, Kak Long, Kak Seha, Noraniza, zuraini dan ramai lagi..
seiring dengan peningkatan usia, semoga Allah akan memberkati dengan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dijauhkan dari fitnah, penganiayaan & penghinaan. disuburkan benih keimanan dan taqwa. dimakbulkan segala cita-cita yg murni.. semoga tercapai segala hajat dan impian dalam kehidupan dunia dan akhirat.. InsyaAllah..^__^

March 2, 2011

Nota Kecil Lagi...

Hidup ni susah kita nak duga. kadang kala kita rasa dekat dgn seseorang itu, tapi sebenarnya jauh. walaupun kita dapat genggam tangannya tapi belum tentu kita dapat selami hatinya. mungkin kita boleh buat dia ketawa, tapi kita tak tau makna senyumannya. Bila dia menangis, kita sangka kita dapat pujuknya, walhal kehadiran kita langsung tak disenanginya. Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan lawan sehingga sampai satu saat kita jatuh tersungkur, adakah tangan yang dihulurkan atau kita ditinggalkan. Renung2 kan..^___^

March 1, 2011

Nota kecil

Subhanallah.. Subhanallah..

::.. Ikhlas dan bersungguh2 la dalam meraih redha Allah.. harta, pangkat dan rupa bukan ukuran. bukankah rezeki itu datangnya dari Allah.. jgn dirisau tentang kemiskinan di dunia, sedangkan kita di janjikan kaya di akhirat sana jika melakukan kebaikan dan menjauhi dosa dan maksiat. Tuhan punya rahsia, Tuhan punya rencana, aturan yang terbaik buat kita, tarbiyyah untuk kita.. Apa yang baik buatku mungkin bukan terbaik untukmu, apa yang baik untukmu mungkin bukan terbaik untukku.. Moga ini bukan pengakhiran padamu namun permulaan baru buat diriku dan dirimu.. Ya Allah, berikan aku kekuatan utk menghadapi ujian dan dugaanMu..

Mood : xtau la.. xsuka, geram, tertanya2, gembira, kuat, lemah, sedih, dan tah ape2 tah... huhuhu

February 21, 2011

Lelaki Paling Hensem

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH


:: Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

:: Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :


> - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
> - Aku melihat cahaya dari lidahnya..
> - Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
> - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
> - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
> - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
> - Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
> - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
> - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
> - Wajahnya seperti bulan purnama.
> - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
> - Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
> - Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
> - Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. > - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
> - Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
> - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
> - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
> - Janggutnya penuh dan tebal menawan.
> - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
> - Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
> - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
> - Rambutnya sedikit ikal.
> - Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi
disisir rapi.
> - Rambutnya terbelah di tengah.
> - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. > - Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. > - Seimbang antara kedua bahunya.
> - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
> - Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
> - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga
tidak melekat air.
> - Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
> - Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
> - Warna putihnya lebih banyak.
> - Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
> - Warna kulitnya putih tapi sihat.
> - Kulitnya putih lagi bercahaya.
> - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
> - Badannya tidak gemuk.
> - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
> - Perutnya tidak buncit.
> - Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
> - baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

:: KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

::
Sekadar ingatan...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang
membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai
anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan
sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah
terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut
ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang
sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. "
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

::
cintailah Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

::
Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci
Allah karena tiada lagi yang mengasihmu di akhirat.

“Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami,
dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu Ya ALLAH, rahmat kasih sayang yang banyak.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya.”“ (HR An-Nasa`i)

p/s : Sekarang ana sedang mengikuti usrah berkaitan susuk peribadi tubuh badan Rasulullah SAW serta perilaku dan sahsiah Baginda lahir dan batin.
Xsabar rasanya nak mendengar kisah Baginda yg seterusnya. Kpd sahabat2..cubalah dapatkan buku s
yamail Muhammad S.A.W. Ianya merupakan kitab yang sangat berharga kerana memaparkan secara detail semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi berkenaan dengan Rasulullah SAW. Wallahua'lam..

"Salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah S.A.W. ini ialah karya Imam Al-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang mulia".

- Syeikh Al-Qari Dalam Jam'ul-Wasa'il



February 8, 2011

Pada suatu hari......=)



Ya Allah...
Hidupkanlah aku sebagai orang miskin, Matikanlah aku sebagai orang miskin,
Bangktkanlah aku kelak di hari kiamat bersama kelompok orang miskin.

(Doa Rasulullah SAW)

Assalamualaikum wbt...
Rasanya dah lama sangat tak update blog, dah bersawang da..huhu banyak yang nak dikongsi tapi kerana kekangan masa yang tak mengizinkan.. Alhamdulillah... dalam bulan Disember yg lpas macam-macam perkara berlaku, tapi yang pasti setiap kejadian dan perkara yang berlaku terungkai seribu satu hikmah dan pengajaran. Terpulang pada kita bagaimana nak menghayati dan menerima setiap hikmah dan pengajaran tersebut.. jika kita hambaNya bersyukur,pasti setiap kesulitan dan kegembiraan yang kita lalui, dilalui dengan hati yang ikhlas. Allah..Allah..

26/11/2010 ~ Majlis di Terengganu

Dirumah pengantin perempuan ~ Terengganu

Alhamdulillah along selamat akad dan nikahnya di rumah zaujah nya di terengganu. so excited, sbb dapat kak ipar.. mak abh pula dapat menantu pertama.. semangat! hehe
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan melindungi kami di sepanjang perjalanan dari terengganu ke Perak. Semasa perjalanan pulang, sempat lagi singgah tengok gajah..hehe terima kasih yg xterhingga pda jiran2 yg sudi sama-sama ikut rombongan pengantin.. ikut planning awl, cuma 2 or 3 buah kereta je.. maklum la, bertolak pada hari bekerja. tiba2 last minute jadi sampai 5 buah kereta.... semoga perjalanan ini menjadikan tautan ukhuwwah antara keluarga ana dan jiran2 semakin erat bersaudara..=)

05/12/2010 ~ majlis di Perak

kurang seorang.. siapa ye??

Hari yg bersejarah buat kami sekeluarga, kenduri kahwen yg pertama dalam keluarga. Terkilan sbb ana xdapat balik lebih awal untuk bantu2 persiapan. kasihan mak,abah,along dan adik terpaksa berhempas pulas. Dua anak perempuan xdapat bantu..sbb kakak ada exam, ana pulak xdapat cuti..huhu tapi alhamdulillah... jiran2 kat sini memang terBaek la.. memang kuat semangat rukun tetangganya...kampung la katakan. kebiasaannya kemas2 rumah ni mcm pasang langsir,sapu sampah,hias bilik pengantin sendiri buat la kan... tp kat kg ana ni, jiran2 yg bantu. urusan yg banyak jadi mudah dan siap dgn cepat! =) mungkin memahami keadaan mak, xde assistant dia yg dua org nie (kakak dan ana)..hehe Terima kasih pada shbt2 ana yg datang dari jauh semata2 nak penuhi undangan ana.. ana mmg berharap sgt kalian datang.... terharu+gembira sangat.. Lain kali dtg lagi yerk...^___^

p/s : Terima kasih pada smua jiran2, saudara mara, shbt2 serta semua yg sudi datang memeriahkan majlis, membantu dan mendoakan. Hanya kasih Allah dan rahmat Allah yg dapat membalas jasa baik kalian.. InsyaAllah..=)


07/12/2010 ~ Selamat menyambut Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah.. Teringat masa zaman sekolah dulu, masuk pertandingan nasyid nyanyi lagu Hijrah...huhu
Suara tak sedap pun, jadi suara latar je..tapi agak kagum la, sekolah kami boleh sampai peringkat negeri dan dapat no 3 lagi tu...kenangan tu..hoho.. Alhamdulillah..thn ni merupakan thn yg sangat bermakna buat ana, penghirahan yg telah lama ana cuba lakukan.. tiada kata seindah bicara yg dapat ana lafazkan melainkan syukur alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan hidayah dengan caranya yg sangat halus dan cantik supaya ana laksanakan urusan itu. Semoga ana istiqomah, doakan ana sahabat2 semua.... Walaupun ramai yg bertanya, kenapa pakai tudung besar? tudung dulu dah ok dah...labuh juga.. Jawapan ana cuma senyuman...^__^ hanya hati ini dan Allah yg Maha Mengetahui.. Hijrah itu adalah perubahan, perubahan itu adalah fitrah yg berlaku sepanjang sejarah hidup seorang manusia itu.
selagi mana perubahan itu kearah keadaan yg lebih baik, xde salahnya btul x?=) Semoga hati kita semua terus terikat utuh dengan cara hidup islam dan berlandaskan syariat Islam.


25/01/2011 ~ Family Day Nisa'
Alhamdulillah... Setelah perancangan yg sekian lama, Allah permudahkan pelaksanaan program hari keluarga Nisa' dan P.Putrajaya pada hari kejadian..hehe Walaupun minggu tu terasa nak blk kg sangat2, rindu pda family di kg.. Tp terpaksa korbankan perasaan rindu pda Family dan bila join program anjuran Lajnah tarbiyyah ni, terasa terubat rindu dan puas hati sangat2.. Allah..Allah.. indahnya bila kita berkumpul dengan insan2 yg hatinya bersatu dan berkumpul kerana ingin meraih kasih dan redha Allah SWT.. Macam2 aktiviti yg dianjurkan, geng2 baju purple (Nisa' putrajaya) selaku urusetia, mmg setia la berpanas terik bagi memastikan kelancaran program.hehe tapi yg pasti..semua itu berbaloi2, walaupun penat dan letih tapi gembira sangat dapat berkenal-kenalan, melihat gelagat anak-anak bermain, bertukar-tukar pandangan tentang situasi dunia akhir zaman ini.. Ya Allah satukan hati-hati kami supaya kami terus teguh dan utuh dijalanMu bagi menuju cita-cita yg satu iaitu meraih SyurgaMu ya Allah..=)04/02/2011 ~ Dating with my love
Cuti punya la lama... sbb hari isnin TERcuti..hehe so, lagi lama la duduk kat kg bersama keluarga tersayang.. suka2...^____^
Hari Jumaat, x pegi mana2 pun... tiba2 tghari tu abah ajak pergi Lumut.. Abah cakap ptg2 best ambil angin kat tepi laut.. pastu abah kata rindu tempat yg abah selalu pergi dulu... sedih plak dgr abah ckp mcm tu...huhu lpas solat asar, kami gerak ke Lumut.... tp sedihnya, org ramai bebeno.. lupa plak, kan cuti thn baru cina...... pusing2 cari parking xde.. akhirnya dapat la, tp dkt hujung2.. xpe la, bila dah turun dok kat tepi laut tu, nampak abah berdiri renung laut melayan perasaan... mesti abah rindu sgt2 tmpt tu..mesti abah terkenang balik kenangan2 dulu... Dulu kami sekeluarga selalu pergi pulau pangkor, sbb ade saudara. tapi skrg dah xde dah...so, mmg x pergi dah la.. Lpas tu baru perasaan, ktorg parking kreta kat kawasan tunda kereta....hoho patut la kosong...tp still ada kreta lain parking kat dpn dan belakang..cuma xberani la tinggalkan kreta, silap2 dpt surat cinta...hehe pastu ape lagi, cpt2 la keluar...abah mcm sedih je, abah ckp xbest la kejap sgt.... bkn nak blk lagi, nak cari parking dan tmpt lagi best la abah..hehe cari punya cari...aduhai..mmg smua full, yg tepi2 jln pun pnuh....=( Akhirnya, kami plan nak blk je...jln2 cari mkn plak..hehe masa ikut jalan nak keluar tu, ade la parking...tp tmpt tu ramai org memancing. ade gak yg berkelah dgn family, kira ok la... benti kejap tgk2 pemandangan,tgkp gmbr, mnum air radix buatan syakir.. heee.. pastu dah nak msuk maghrib, abah ajk blk..abah kata dah puas hati dah, walaupun kejap... Alhamdulillah....^_____^ tu yg nak dengar tu..... dah jadi tanggungjawab kita sbagai anak2 untuk membahagiakan mak ayah.. kalo mereka gembira, kita juga gembira!! hehehe.. InsyaAllah....lpas ni kalo ada kelapangan dan rezeki lebih, kita pergi cameron highland plak..mak teringin nak pergi cameron highland.. walaupun mak xcakap terus terang, tapi org tau mak nak pegi.... mcm mna org tau?? org kan anak mak...^____^

06/02/2011 ~ Bertunang
Opss bkn ana yg bertunang... kwn baik ana..=)
Walaupun perancangan awl kami akan dtg ramai2...tp perancangan Allah tu pasti yg terbaik..=)
Jadi, ana la yg mewakili vvip lain (kak long, fiza, ju, dan rehan) pergi ke majlis pertunangan kawan baik kami zuraini mat aris...hehe Selamat bertunang, semoga dipanjangkan jdoh dalam rahmat ilahi.. insyaAllah..

p/s : Kepada vvip yg lain, kak long, fiza, ju dan rehan... sila hadir semasa majlis perkahwinan cik zuraini ye... kalau tidak.... xpe, ktorg hadir majlis korg pulak..hehehe
08/02/2011

Cik ju : Update la blog...
Cik Adah : hehe.. la, ade jgak peminat stia blog nie rupanya... =p
Cik ju : Update la.. stiap kali lawat xde ape2 yg baru pun...

Cik Niza : dah sent pic.. nnt dah update blog bgtau ye....
Cik Adah : InsyaAllah.. ptg ni tgk la.

Cik Ina : Lamanya x tgk blog raudhah..
Cik adah : xyah tgk kak ina..xde ape2...hehe tp ptg ni bleh la tgk..tgh update nie... huhu

Alhamdulillah......tugasan yg tertangguh sekian lama dapat diselesaikan...^____^
harap kalian bersabar ye....sbb lepas ni xtau tahun bila plak nak update...hihi

January 27, 2011

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?

* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

http://www.zaharuddin.net/

www.zaharuddin.net

P/S : Moga dapat pengajaran dan pelajaran dari perkongsian ini. Ya Allah.. bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.. Berikanlah cahaya pertunjuk dan hidayah kepada mereka dan kami juga.. "