January 22, 2010

Biar Gambar Berbicara..

"Pen drive org hilang..huhu"
"hilang kat mana?camne bleh hilang?"
"tertinggal kat library..dah balik bilik baru sedar..pergi tgk blk,dah xde..hehe"
"Lain kali tinggal la lagi..(nada perli kot..hehe)suruh beli baru la tu..hehe"
"Org risau gambar2 kat dlm pendrive tu je..banyak pulak tu"
"Doa la..org yg ambil tu delete gambar2 dlm tu..biase nyer diorg akan delete,sbb tujuan diorg curi sbb nak pndrive tu je.."

Dialog antara ana dengan kakak ana..baru je masuk study kat Uum dah mengadu hilang barang.. ish3.. tp xpe la,nak buat macam mana..bkn rezeki..
Xpe la nyah,orang upload gambar2 kenangan ni kat blog..utk mengubati rindu kamu pada bonda dan kami(budak2 rumah dan nisa')..hehe Nak upload kat fb..internet slow..

Kak Seha dgn Damia
(Serupa tak?hehe)
Kak Seha dgn Batrisya

Kak seha dgn Kak Sue
(mlm perpisahan)

Comel x...
bear kat blkang tu..hehe Bdk2 Rumah
(bdk2 ke...hehe)
Jalan2 kat Lumut
Kaum hawa shja..hehe



Bonda yang tersayang..
Sayang sgt kat mak..(^_^)

Dinner with..
pham2 le..hehe

Ajk Family day Nisa'..
tman kak seha shopping
brg2 nk msuk u...
Yang,Nyah dan adik

January 21, 2010

Tarbiyah Hati

Duhai Hati…

Mengapa bersedih andai yang terjadi

Tidak seperti yang diimpi,

Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..


Duhai Hati…

Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,

Bukankah cinta Allah itu yang hakiki


Duhai Hati…

Mengapa menanti sesuatu yang tak pasti,

Bukankah Allah itu Maha Agung Maha Mengerti


Duhai Hati…

Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,

Bukankah janji Allah telah terpatri


Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah itu benar dan memohon ampunlah untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

(Al-Mu'min : 55)



Duhai hati…

Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,

Bukankah cinta ilahi lebih diredhai


Duhai Hati…

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,

Akan segala isi hati ini..

Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..

Bukan aku pinta jadi begini…


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah : 286)


Ya Allah..

Sesungguhnya aku ingin menjadi insan yang diredhai

Punyai hati suci yang sentiasa berzikir dan mengingatiMu

Berilah kekuatan atas setiap urusan yang dilakukan

Satukan hati-hati kami agar terus subur meraih kasih SayangMu,

Kuatkan iman kami,

Tetapkan akidah kami,

Tingkatkan semangat mujahadah kami Ya Allah…


"Ya Allah, Kau perbaikilah agamaku, kerana itulah yang memelihara urusanku, dan Kau perbaikilah duniaku, kerana disitulah aku hidup, dan perbaikilah akhiratku, kerana disitu kelak akan aku dikembalikan. Jadikanlah kehidupan ini sebagai satu tambahan dalam setiap kebajikan aku laksanakan, dan Kau jadikanlah kematian itu sebagai satu istirehat untuk aku dari segala kejahatan"
(Riwayat muslim, dari Abu Hurairah r.a)

January 20, 2010

Larangan Rasulullah

Daripada Al Mughirah bin Syukbah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

Bahawasanya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menahan dan meminta-minta; dan Allah benci kepada kamu yang sering membicarakan perkara yang tidak berfaedah, banyak bertanya, dan membuang harta – Riwayat Bukhari

Huraian Hadis

'Derhaka kepada ibu' bermaksud juga menderhaka kepada bapa, iaitu derhaka kepada perkara yang bukan maksiat. Sesungguhnya termasuk di dalam pengertian derhaka adalah:
Tidak menunaikan hak mereka sebagai ibu bapa
Menyakiti hati mereka sama ada dengan perbuatan atau perkataan, sedikit mahu pun banyak

Al-Quran telah meletakkan kedudukan kedua ibu bapa selepas Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
Tuhanmu telah mewajibkan bahawa janganlah kamu menyembah selain dari Allah, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa – Al Isra' 23
Dan sambungan ayat tersebut adalah:

Janganlah engkau katakan kepada kedua mereka dengan "Ah!" dan mengherdik; berkatalah engkau kepada kedua-duanya dengan kata-kata yang mulia, iaitu kata-kata yang menyenangkan hati mereka
Apabila kedua ibu bapa menyuruh berbuat sesuatu yang yang bertentangan dengan syarak, maka tidaklah harus ditaati, bahkan memadailah melayannya secara patut dan tidak sampai kepada kemurkaan Allah.


'Membunuh anak perempuan'
pula bermaksud perbuatan ini adalah diharamkan, iaitu perbuatan yang berleluasa di zaman jahiliah dahulu berikutan perasaan takut, malu, dan lapar. Namun demikian, di zaman moden ini pun unsur ini masih wujud, tetapi di dalam bentuk yang didokong oleh pihak-pihak tertentu, di atas nama perancang keluarga, dan sebagainya. Perbuatan ini tetap merupakan satu usaha penghapusan zuriat, yang tidak jauh bezanya dengan kempen penghapusan etnik oleh kaum tertentu yang lain.

'Menahan dan meminta-minta' bererti menahan daripada hak-hak yang wajib, dan tidak mengeluarkan hak orang yang patut mendapatkannya. Lebih bahaya lagi jika seseorang itu memperoleh hartanya melalui jalan yang haram, semata-mata kerana didorong oleh perasaan tamak haloba, dan terlalu mementingkan diri sendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW:
Sesiapa yang mendapatkan harta dunia daripada jalan-jalan yang tidak dibenarkan, maka pada hari kiamat nanti rupa mukanya tidak sedikit pun berdaging; buruk, seburuk-buruknya

'Suka membicarakan perkara-perkara yang tidak berfaedah' juga adalah dilarang. Kata-kata yang mendatangkan dosa, seperti mengumpat dan mengata-ngata orang lain, boleh menyebabkan permusuhan dan perkelahian, malah merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat yang asalnya tenteram dan aman.

'Sikap seperti banyak soal dan bertanya', suka mengintip hal peribadi orang lain, meminta-minta harta orang lain, dan banyak berbahas di dalam perkara yang tidak memberi faedah, boleh membawa kepada perangkap syaitan yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan diri sendiri dan masyarakat.

'Membuang harta'
pula bermaksud membelanjakan harta di tempat-tempat yang tidak diharuskan syarak, termasuklah seperti membazir dan berbelanja dengan melampau kepada perkara-perkara yang diharuskan, yang boleh menyampaikan kepada yang haram dan seterusnya menyebabkan fakir dan miskin, dan perasaan menyesal. Perbuatan yang dimaksudkan termasuklah seperti berbelanja dengan melampau semasa majlis keramaian, perkahwinan, sambutan hari raya, dan untuk perhiasan yang melebihi daripada biasa. Membelanjakan harta hendaklah dengan cara yang sesuai, wajar dengan keadaan dan suasana, menurut lunas-lunas yang dibenarkan, dan menuju ke arah kebajikan.

Kesimpulan Hadis

Semua perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam bentuk larangan ini adalah bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi seorang mukmin, yang bertaqwa dan layak untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sesungguhnya sifat yang terbina dari hadis ini adalah sifat-sifat yang murni, yang tentunya akan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Wallahu'alam

January 19, 2010

Enjoy!!!



"Ape2 pun kene enjoy..

kalo time keje enjoy dengan keje,

kalo dgn family enjoy dgn family,

kalo dgn ibadat enjoy dgn ibadat tu.
."

kalo dgn blog enjoy dgn blog..hehe(saje je menambah-nambah)

Syukran kpd shbt ana yg memberikan kat-kata ni..
kerana penyakit malas ana tu...ana try cari penawar dgn membaca smula msg2 dlm handset. Bace kata2 dan nasihat yg sahabat2 sent.. Alhamdulillah,tiba-tiba rasa mcm rajin nk update blog..(xtipu..btul2 ni..hehe)
Tapi keadaan x mengizinkan utk hari ini.. tgh keje ni... InsyaAllah esok,idea dah ade..
Ma'at taufiq utk diri ana sendiri...dan utk shbt2 juga...(^_^)
Jaga diri, hiasi peribadi..

Sakit ke..

Assalamualaikum wbt.. Apa khbr shbt2 yg ana kasihi.. ana?mgkn kurg sihat....hehe
menghidapi sejenis penyakit......
.........
.........
.......
........
..........
.....
......
MALAS..aduhai!

Penyakit malas dah dtg..
camne nk buat ni..
dah lama dh xrasa mcm ni,biasa kna penyakit ni masa study kt poli dulu...huhu

Dah lama sgt xupdate blog..byk perkara yang nak dikongsi..terutama tentang aktiviti2 nisa' yg ana join..
exspecially tentang konvesyen Nisa' baru2 ni..
Best sgt..hehe tapi ana sakit...
sakit MALAS..
jap nk gi cari penawar....doa2kan jumpa ye...(^_^)

January 5, 2010

XPDC Dakwah


Assalamualaikum wbt..doa dn hrapan ana semoga kita smua sntiasa berada dlm keadaan yg baik ..subur iman,sihat rohani dn jasmani..istiqomah dlm sgala perbuatan yg baik..tgglkan sgla perlakuan yg kurg baik..InsyaAllah..

Alhamdulillah..slesai sudah slh 1 amanah dlm mlaksanakan amal ma'ruf Nahi mungkar.. bagi ana, ianya merupakan amanah pada setiap mnusia sbagai khalifah Allah di ats muka bumi ini..

Pada 31/12/2009..ana dan shbt2 nisa, muslimin dan muslimat dari kwsn Putrajaya telah melaksanakan program xpdc Dakwah. Kami berkumpul pada pkul 9 mlm, slepas mnunaikan solat isyak berjemaah. Dlm Xpdc tu, kami di bahagikan kpd 2 group..1 group di sekitar Masjid Besi dan 1 group di sekitar Masjid Putra.

Ana dgn bberapa shbt ditugaskan utk mngedar risalah di sekitar Masjid Putra..Subhanallah, mmg ramai sgt org mlm tu..sampaikan ana rasa mcm nk cpt2 je blk umah..bkn sbb xsuke nak edarkan risalah tu..tp xselesa dgn keadaan org yg terlalu ramai. Pelik..mcm mn la diorg bleh thn duduk berjam2 kat dataran tu...dlm keadaan yg bersesak2 dan samar2..(gelap).. Agak2 nyer, klu buat ceramah agama..seramai itu ke yg akan dtg berhimpun?? wallahua'lam.. tp ana rasa, xmgkn seramai tu.. Ape yg ana perhatikan, sblum isyak lagi dah ramai yg duduk bersantai dkt dataran masjid tu..tp masa solat berjemaah isyak..berapa saf je yg ikut solat berjemaah.. Yg lain2 buat apa? Bkn nak emosional..tp ana sedih tgk keadaan mcm tu. Mana jiwa2 muda yg dicari oleh Imam Hassan Al-Banna? Jiwa2 muda yg sepatutnya sama-sama mmbantu beliau dlm membina kembali bangunan usang yang hampir roboh (Islam) di akhir zaman ini..Mencari jiwa2 yg Ikhlas dlm memperjuangkan dan mempertahankan kegemilangan islam..

Semoga matlamat kami dlm melaksanakan xpdc dakwah tu tercapai..nk bagi ksedaran pd umat islam, terutamanya golongan2 muda remaja ttg kpentingan ibadah, cara berpakaian, pergaulan mngikut garis panduan islam dan lain2 lagi.. Alhamdulillah, respon yg diterima spanjang xpdc tersebut positif.. wlaupun ada sgelintir yg sperti tidak snang dgn kehadiran kami. Yg paling sedih, ada skumpulan remaja..yg pada ana masih di peringkat persekolahan lagi..telah mengoyak risalah tersebut.. Semoga, 1 hari nnt Allah buka pintu hati dan mmberi hidayah kpd mereka..Wallahua'lam..

Xpdc Dakwah kami selesai lebih kurg dlm pkul 12 tghmlm..dan saat kami beredar utk pulang..bilangan org yg memenuhi kwsan tersebut bkn smkin berkurang, malahan smakin bertambah... Semoga tahun baru yg diraikan, bkn gah pada sambutan shaja..tp perlu ada pengisian utk mmbawa sribu satu prubahan ke arah yg lbih positif..sama2 lah kita muhasabah diri.. Kehidupan di dunia hanya smentara, akhirat itulah yg abadi..

Ya Allah..hidup suburkan la hatiku dgn cahaya hidayahMu.. jgn la Kau padamkannya setelah Kau berikan cahaya hidayah ini..


p/s : JOM JOIN NISA'
Penghubung Generasi Muda...(^_^)

KONVENSYEN NISA' WILAYAH


Assalamua'laikum dan salam sayang buat semua..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke program terdekat kami iaitu:-

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

"Kerana Dirimu Begitu Berharga"

Hubungi Segera:
013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

Ayuh, kita sama-sama meriahkan konvensyen Nisa' kali ni.. Jumpa di sana... (^_^)

December 28, 2009

Kenangan Itu...





Entah kesekian kali muncul perasaan rindu ana pada zaman persekolahan dan tmpt belajar dulu....
terkenang rakan-rakan seperjuangan di SMKSMS dan PSAS....Tmpt yg mana bagi ana sgt besar harganya dlm hidup ana terutama penglibatan dlm JPPI PSAS. tempat dimana terbina sebuah jati diri sebagai seorang muslimah sejati dalam diri ini. Tempat dimana terciptanya akhlak muslimah dalam diri ana....tempat dimana ana dan sahabat2 berjuang demi Islam tercinta....tempat dimana tercipta kenangan-kenangan terindah bersama...tempat dimana ukhuwah yg terbina dilanda badai atas ketidak matangan diri. tempat dimana murabbinya begitu bersungguh-sungguh mendidik anak bangsanya....
Tapi semuanya hanya tinggal kenangan untuk dikenang bersama...semuanya membawa diri dengan semangat untuk menegakkan agama Allah yang suci....ana disini hanya ingin mengungkapkan rasa rindu ana kepada kalian semua yang kini telah jauh dimata....hanya kata-kata semangat yang mampu ana sampaikan untuk kalian semua...ana cuma berharap kalian semua terus berada di bawah lindungan rahmat dan redha Ilahi....
Semoga ukhuwah diantara kita terus bersatu di bawah payung redha Ilahi....(^_^)

Wanita ibarat Rama-Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Pengajaran : Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. Jadilah wanita solehah yang menjadi hiasan alam. Jaga kehormatan dan maruah diri..walaubagaimana cantik pun..kecantikan hanya sementara. Jangan leka dgn tangan2 yg sentiasa mencari peluang utk mengambil kesempatan. Seindah hiasan adalah wanita solehah yg mana aurat sentiasa dijaga dari pandangan lelaki yg bkn muhrim. Pergaulan dipagari dgn syariat islam, bkn bersentuhan sesuka hati wlaupun sekadar bertepuk tampar.
Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini..Wallahua'lam

December 21, 2009

Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah..(^_^)


Salam ukhuwah dan salam 1 akidah..

Alhamdulillah...Ukhti ana, Nasihah telah selamat mendaftarkan sebagai siswi di Universiti Utara Malaysia pada hari ni.. teringin nak pegi,tp ana xde cuti..kna kerja..hehe
tp xpe la..InsyaAllah..ade rezeki sampai la ana ke sana..(^_^)

Yang pasti..ukhti seha pasti akan berhadapan dgn smua perkara yg baru..azam baru,sahabat baru, persekitaran baru, matlmat baru, beg baru..pndek kata smua baru la..hehe Ape2 pun..yg baik walaupun dah lama jgn di lupuskan..yg jauh jgn di lupakan..

Jangan lupakan sahabat2 Nisa' di putrajaya khususnya...igt pesanan shbt2..wlu berada dimana skalipun, tugas sebagai mujahidah islam perlu di teruskan.. Semoga kenangan sepanjang kita bersama2 ukhti Nasihah dlm nisa' Putrajaya dan kenangan di saat2 akhir kita bersama terutama pada hari keluarga dan majlis perpisahan akan terus mekar di kotak fikiran dan hati kita..

Ana sendiri rasa sgt terharu, walaupun sahabat2 nisa' penat mengendalikan hari keluarga pada sebelah pagi tp masing2 masih bersemangat untuk bagi kejutan pada ukhti Nasihah bagi meraikan perpisahan ini. Majlis ringkas yg diadakan bagi memberi ucapan dan cenderahati kpd ukhti Nasihah pasti akan menjadi kenangan terindah pada ukhti nasihah sndiri..btul x ya ukhti?hehe

Bagi ana dan shbt2 nisa' putrajaya hari ini dan hari2 yg akan datang kami akan kehilangan sahabat seperjuangan dalam nisa' tp itu xbermaksud perpisahan itu akan menjarakkan ukhuwah antara kami..ttpi perpisahan ini menjadi bukti ukhuwah antara kita semakin utuh kerana Allah swt....

Seperti kata ukhti Nasihah dlm ucapan akhirnya kepada kami..Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah..InsyaAllah..(^_^)

Kepada ukhti Nasihah..Teruskan perjuangan islam..jadilah mujahidah solehah yang sentiasa menjaga diri dan menghiasi peribadi dengan akhlak terpuji. berpegang pada prinsip hidup seorang mujahidah islam..di mana bumi dipijak,disitu islam di junjung!..Jadikan al-Quran dan sunnah sbgai panduan hidup wlu di mana berada..

Dari ana sendiri..terima kasih kpd ukhti, atas bimbingan dan ketegasan dlm mendidik adikmu ini menjadi mujahidah islam..Doakan adkmu ini istiqomah dlm perjuangan islam dan setiap amalan walaupun jarak memisahkan kita..Semoga ukhti berjaya memulakan dan menamatkan pengajian dgn jayanya..InsyaAllah(^_^)

Tahun Baru 1431H

Assalamualaikum wbt..apa khabar shbt2 smua?bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita rohani dan jasmani yg shat.. hari ini dah masuk 4 muharam 1431H.. maksudnya, dah bberapa hari kita meninggalkan tahun 1430H.. Mcm mn agk nyer hijrah shbt2 smua? pasti penghijrahan ke suatu matlamat yg lbih baik. Ape agk nyer azam tahun baru?sudah tertunaikah azam yg lama?atau semakin bertambah tahun..semakin menimbun azam yg xtertunai? Bagi yg dah tertunai..bersyukur dan istiqomah dlm setiap amalan.. (^_^)

Ana sendiri, azam ana tahun lpas pun blum tercapai..nak dptkan keje tetap. Walaupun dah memasuki fasa akhir utk mncapai azam tersebut, tp bila Allah dah tentukan itu bkn rezeki ana..Ana xdpt kerja tu. Sedih..tp sokongan daripada keluarga dan shbt2 membuatkan ana terima dgn rela hati..ana pecaya setiap sesuatu yg Allah takdirkan, pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya perancangan Allah itu yg terbaik..Bersyukur dan berbaik sangka la dgn Allah..pasti kita xkan berasa keluh kesah dan ssh hati. Terima suatu perkara dgn lapang dada, yakinlah Allah menjanjikan yg terbaik buat hambanya yg bersabar dan bertawakkal. Bagi shbt2 smua dan ana sndiri...teruskan dgn azam..biar sedikit azam yg digarapkan tp istiqomah dlm pencapaiannya. Azam dlm ibadat dan dakwah khususnya, spatutnya bkn dilakukan setiap tahun..tp setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap saat dan setiap masa.. Wallahua'lam


"Ya Allah, sesungguhnya Kau la tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambaMu ini. Di permulaan tahun baru ini.. Berilah kami kekuatan dlm menghadapi ujian dan dugaan hidup ini..permudahkan segala urusan ibadat,ibadah dan dakwah kami. Satukan hati2 kami utk sama2 mengharungi cabaran dlm memperjuangkan islam.

Janganlah Kau jadikan kami seperti kaum yahudi yang mana suatu ketika mereka meminta Allah menentukan suatu perkara kepada mereka. Setelah ketentuan Allah itu tiba maka mereka tanpa segan silu telah memungkirinya.

Ya Allah, kuatkanlah iman kami..tempatkanlah kami dikalangan org2 yg soleh dan solehah yg berpegang teguh pada tali Allah. Janganlah Kau tarik kmbali hidayah dari hati kami setelah Kau pancarkan hidayah itu. Redhailah dan rahmatilah setiap langkah dan pekerjaan kami..Ya Allah, kabulkanlah stiap permintaan kami sekiranya ia terbaik buat kami. Sesungguhnya Kau maha mngetahui apa yg terbaik buat hamba2 Mu ini..Amin"

"Assalamualaikum.. Slmt thn baru 1431H.. Semoga kita dipeliharaNya drpd sifat2 & perkara2 mungkar serta btambah amal ma'ruf kita kpd Allah."

"Jazakallahu khairan kathira.. salam awl muharram..moga2 tahun ini menjadi perganjakkan paradigma yang lebih positif berbanding lepas...selamat tahun baru.."

"Ya Allah, Di ambang bln Muharram yg barakah ini, muliakan & sayangi org yg sdang mmbaca sms ini. Bahgiakan keluarganya, chatkn tubuh bdnnye, kuatkan imannye. brikn knikmatan bribadah, jauhkan dr fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dgn pnuh rse ksih sygMU. amin..SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431.

Antara sms dan ucapan yg ana terima semperna smbutan awl muharram 1431H..terima kasih kpd sahabat2 smua, atas doa kalian...semoga yg terbaik menjadi milik kita bersama..(^_^)