January 5, 2010

KONVENSYEN NISA' WILAYAH


Assalamua'laikum dan salam sayang buat semua..
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua.

Dikesempatan ini, Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke program terdekat kami iaitu:-

KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010 / 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT, GOMBAK
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

ANTARA YANG MENARIK :
1)Talkshow Nisa`, bertajuk : "Bidadari Cemburu Padamu..."
2)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
3)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
4)Cabutan Bertuah
5)Cenderahati kepada semua yang hadir

Tempat adalah terhad untuk 200 orang peserta!!
MASUK ADALAH PERCUMA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

"Kerana Dirimu Begitu Berharga"

Hubungi Segera:
013 200 9426 (Azi) atau 017-353 3468(Yani)

Ayuh, kita sama-sama meriahkan konvensyen Nisa' kali ni.. Jumpa di sana... (^_^)

December 28, 2009

Kenangan Itu...





Entah kesekian kali muncul perasaan rindu ana pada zaman persekolahan dan tmpt belajar dulu....
terkenang rakan-rakan seperjuangan di SMKSMS dan PSAS....Tmpt yg mana bagi ana sgt besar harganya dlm hidup ana terutama penglibatan dlm JPPI PSAS. tempat dimana terbina sebuah jati diri sebagai seorang muslimah sejati dalam diri ini. Tempat dimana terciptanya akhlak muslimah dalam diri ana....tempat dimana ana dan sahabat2 berjuang demi Islam tercinta....tempat dimana tercipta kenangan-kenangan terindah bersama...tempat dimana ukhuwah yg terbina dilanda badai atas ketidak matangan diri. tempat dimana murabbinya begitu bersungguh-sungguh mendidik anak bangsanya....
Tapi semuanya hanya tinggal kenangan untuk dikenang bersama...semuanya membawa diri dengan semangat untuk menegakkan agama Allah yang suci....ana disini hanya ingin mengungkapkan rasa rindu ana kepada kalian semua yang kini telah jauh dimata....hanya kata-kata semangat yang mampu ana sampaikan untuk kalian semua...ana cuma berharap kalian semua terus berada di bawah lindungan rahmat dan redha Ilahi....
Semoga ukhuwah diantara kita terus bersatu di bawah payung redha Ilahi....(^_^)

Wanita ibarat Rama-Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Pengajaran : Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. Jadilah wanita solehah yang menjadi hiasan alam. Jaga kehormatan dan maruah diri..walaubagaimana cantik pun..kecantikan hanya sementara. Jangan leka dgn tangan2 yg sentiasa mencari peluang utk mengambil kesempatan. Seindah hiasan adalah wanita solehah yg mana aurat sentiasa dijaga dari pandangan lelaki yg bkn muhrim. Pergaulan dipagari dgn syariat islam, bkn bersentuhan sesuka hati wlaupun sekadar bertepuk tampar.
Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini..Wallahua'lam

December 21, 2009

Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah..(^_^)


Salam ukhuwah dan salam 1 akidah..

Alhamdulillah...Ukhti ana, Nasihah telah selamat mendaftarkan sebagai siswi di Universiti Utara Malaysia pada hari ni.. teringin nak pegi,tp ana xde cuti..kna kerja..hehe
tp xpe la..InsyaAllah..ade rezeki sampai la ana ke sana..(^_^)

Yang pasti..ukhti seha pasti akan berhadapan dgn smua perkara yg baru..azam baru,sahabat baru, persekitaran baru, matlmat baru, beg baru..pndek kata smua baru la..hehe Ape2 pun..yg baik walaupun dah lama jgn di lupuskan..yg jauh jgn di lupakan..

Jangan lupakan sahabat2 Nisa' di putrajaya khususnya...igt pesanan shbt2..wlu berada dimana skalipun, tugas sebagai mujahidah islam perlu di teruskan.. Semoga kenangan sepanjang kita bersama2 ukhti Nasihah dlm nisa' Putrajaya dan kenangan di saat2 akhir kita bersama terutama pada hari keluarga dan majlis perpisahan akan terus mekar di kotak fikiran dan hati kita..

Ana sendiri rasa sgt terharu, walaupun sahabat2 nisa' penat mengendalikan hari keluarga pada sebelah pagi tp masing2 masih bersemangat untuk bagi kejutan pada ukhti Nasihah bagi meraikan perpisahan ini. Majlis ringkas yg diadakan bagi memberi ucapan dan cenderahati kpd ukhti Nasihah pasti akan menjadi kenangan terindah pada ukhti nasihah sndiri..btul x ya ukhti?hehe

Bagi ana dan shbt2 nisa' putrajaya hari ini dan hari2 yg akan datang kami akan kehilangan sahabat seperjuangan dalam nisa' tp itu xbermaksud perpisahan itu akan menjarakkan ukhuwah antara kami..ttpi perpisahan ini menjadi bukti ukhuwah antara kita semakin utuh kerana Allah swt....

Seperti kata ukhti Nasihah dlm ucapan akhirnya kepada kami..Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah..InsyaAllah..(^_^)

Kepada ukhti Nasihah..Teruskan perjuangan islam..jadilah mujahidah solehah yang sentiasa menjaga diri dan menghiasi peribadi dengan akhlak terpuji. berpegang pada prinsip hidup seorang mujahidah islam..di mana bumi dipijak,disitu islam di junjung!..Jadikan al-Quran dan sunnah sbgai panduan hidup wlu di mana berada..

Dari ana sendiri..terima kasih kpd ukhti, atas bimbingan dan ketegasan dlm mendidik adikmu ini menjadi mujahidah islam..Doakan adkmu ini istiqomah dlm perjuangan islam dan setiap amalan walaupun jarak memisahkan kita..Semoga ukhti berjaya memulakan dan menamatkan pengajian dgn jayanya..InsyaAllah(^_^)

Tahun Baru 1431H

Assalamualaikum wbt..apa khabar shbt2 smua?bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita rohani dan jasmani yg shat.. hari ini dah masuk 4 muharam 1431H.. maksudnya, dah bberapa hari kita meninggalkan tahun 1430H.. Mcm mn agk nyer hijrah shbt2 smua? pasti penghijrahan ke suatu matlamat yg lbih baik. Ape agk nyer azam tahun baru?sudah tertunaikah azam yg lama?atau semakin bertambah tahun..semakin menimbun azam yg xtertunai? Bagi yg dah tertunai..bersyukur dan istiqomah dlm setiap amalan.. (^_^)

Ana sendiri, azam ana tahun lpas pun blum tercapai..nak dptkan keje tetap. Walaupun dah memasuki fasa akhir utk mncapai azam tersebut, tp bila Allah dah tentukan itu bkn rezeki ana..Ana xdpt kerja tu. Sedih..tp sokongan daripada keluarga dan shbt2 membuatkan ana terima dgn rela hati..ana pecaya setiap sesuatu yg Allah takdirkan, pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya perancangan Allah itu yg terbaik..Bersyukur dan berbaik sangka la dgn Allah..pasti kita xkan berasa keluh kesah dan ssh hati. Terima suatu perkara dgn lapang dada, yakinlah Allah menjanjikan yg terbaik buat hambanya yg bersabar dan bertawakkal. Bagi shbt2 smua dan ana sndiri...teruskan dgn azam..biar sedikit azam yg digarapkan tp istiqomah dlm pencapaiannya. Azam dlm ibadat dan dakwah khususnya, spatutnya bkn dilakukan setiap tahun..tp setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap saat dan setiap masa.. Wallahua'lam


"Ya Allah, sesungguhnya Kau la tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hambaMu ini. Di permulaan tahun baru ini.. Berilah kami kekuatan dlm menghadapi ujian dan dugaan hidup ini..permudahkan segala urusan ibadat,ibadah dan dakwah kami. Satukan hati2 kami utk sama2 mengharungi cabaran dlm memperjuangkan islam.

Janganlah Kau jadikan kami seperti kaum yahudi yang mana suatu ketika mereka meminta Allah menentukan suatu perkara kepada mereka. Setelah ketentuan Allah itu tiba maka mereka tanpa segan silu telah memungkirinya.

Ya Allah, kuatkanlah iman kami..tempatkanlah kami dikalangan org2 yg soleh dan solehah yg berpegang teguh pada tali Allah. Janganlah Kau tarik kmbali hidayah dari hati kami setelah Kau pancarkan hidayah itu. Redhailah dan rahmatilah setiap langkah dan pekerjaan kami..Ya Allah, kabulkanlah stiap permintaan kami sekiranya ia terbaik buat kami. Sesungguhnya Kau maha mngetahui apa yg terbaik buat hamba2 Mu ini..Amin"

"Assalamualaikum.. Slmt thn baru 1431H.. Semoga kita dipeliharaNya drpd sifat2 & perkara2 mungkar serta btambah amal ma'ruf kita kpd Allah."

"Jazakallahu khairan kathira.. salam awl muharram..moga2 tahun ini menjadi perganjakkan paradigma yang lebih positif berbanding lepas...selamat tahun baru.."

"Ya Allah, Di ambang bln Muharram yg barakah ini, muliakan & sayangi org yg sdang mmbaca sms ini. Bahgiakan keluarganya, chatkn tubuh bdnnye, kuatkan imannye. brikn knikmatan bribadah, jauhkan dr fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dgn pnuh rse ksih sygMU. amin..SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431.

Antara sms dan ucapan yg ana terima semperna smbutan awl muharram 1431H..terima kasih kpd sahabat2 smua, atas doa kalian...semoga yg terbaik menjadi milik kita bersama..(^_^)




December 15, 2009

Maksud Allah Siapa Yang Tahu


Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat
ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli
selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya,
" Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada
waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan
menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahu'alam.

December 10, 2009

Rasulullah S.A.W dan Pengemis Buta



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

p/s : Subhanallah...mulia sungguh hati rasulullah..indah sungguh akhlak rasulullah..Itu la sbenar2 akhlak yg patut kita contohi.. Sebenarnya terlalu banyak kisah ttg akhlak Rasulullah SAW yang boleh kita amik pengajaran dan contohi... Mudah-mudahan kita dapat mencontohi akhlak Rasulullah SAW supaya kita menjadi umatnya yang dikasihi. Hadis riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah SAW, " Sesungguhnya orang yang dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang baik akhlaknya."

December 9, 2009

Semut Oh Semut!

Assalamualaikum wbt sahabat2.. Serius post kali nie..sampai berfikir 2,3 kali juga la nak share dgn sahabat2 pasal serangga yg di dalam gambar di atas tu sbb in melibatkan hukum..knal x serangga ape tu? kenal ye...bgus2..ni msti shbt2 smua pun ade masalah dgn serangga tu..mcm ana..hehe istimewa sgt ke serangga tu sampai ana terpikir nak masukkan gambar dier dlm blog ana nie.. ish3..jgn slh faham ye..ana bkn nak ckp pasal asal usul kejadian semut..ana ni nama je kelas aliran sains masa sekolah dulu..tp biologi cukup2 mkn je.....tp xde la fill..alhamdulillah... hehe Ana bukan ape,cuma pelik sikit dgn semut kat umah sewa ana tu..air masak pun dia nak masuk...bkn ke semut sinonim dgn gula dan makanan yg manis2...tp knapa dier suke masuk dalam jug air masak? pelik2..mgkn sbb penghuni rumah tu yg manis2 kot...hi3.. Housemate ana sblum ni pernah beli kapur dan racun serangga..tp x berkesan juga.... Kdg2 secara xsedar atau xsegaja..terminum la..tp skrg ni lebih berhati2..InsyaAllah..hehe Jadi, ana nak kongsi dengan shbt2 yg ade masalah dengan serangga yg bernama semut... Ape hukumnya minuman dimasuki semut.. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam


p/s : Dengan pengetahuan agama yang cetek, siapa la ana nak bercakap pasal hukum..tp niat ana sekadar nak berkongsi, kalau salah harap sahabat2 boleh perbetulkan seberapa segera..(^_^)

Jom Rehlah!


Salam ukhuwah sahabat2 smua..
Jom pakat ramai2 pegi rehlah...bleh eratkan silaturrahim antara ahli keluarga dan shabat2..
yuran pendaftaran murah dan berpatutan..aktiviti yg disediakan pula dijamin menyeronokkan..JOm!hehe

December 7, 2009

"Anak soleh Payung Keluarga"











Assalamualaikum wbt... sahabat2 yg ana kasihi..ape khabar?semoga Allah memberikan kita smua kesihatan yg baik, ketenangan jiwa yg hakiki dan iman yg subur..InsyaAllah..(^_^)
Alhamdulillah..minggu lpas, ana dah sahabat2 telah diamanahkan utk menjadi fasilitator dalam program motivasi pelajar sekolah rendah anjuran
Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong. Nak handle adik2 sekolah rendah ni mmg byk cabarannya..sbb masa umur2 begitu, tenaga diorg utk bermain adalah sgt tinggi..sampaikan ana rasa ana pun dah mcm budak2 main kejar2..hehe Alhamdulillah..program yg berlangsung selama 2 hari itu, selesai dengan jaya nyer.. Mgkn terdapat sedikit masalah teknikal sperti penyediaan aktiviti sbb, fasilitator2 yg ada kurang pengalaman dlm mengendalikan program untuk adik2 sekolah rendah tp kami cuba lakukan sebaik mungkin. Atas kerjasama dan komitmen yg diberikan, smua tu dalam diselesaikan dgn baik.

Hari Pertama 5 Disember 2009 (Sabtu)

Program dimulakan dgn sesi taaruf untuk semua peserta, kemudian pembahagian kumpulan. Alhamdulilah, ana dapat adik2 yg kurang nakal.. tp nakal nyer ttap ade..biasa la budak2...hehe kumpulan ana terdiri daripada 10 orang iaitu adik aqmar, adik izrin, adik amar, adik syakir, adik iqbal, adik amar, adik putri, adik qistina, adik ain dan adik fatimah. Sepanjang program berjalan, adik2 bagi kerjasama yg baik..dengar ckp..pendek kata mudah sgt nak handle adik2 ni.. sesuai la dgn nama kumpulan kami iaitu al-Amin...(^_^) pada hari pertama juga, adik2 disajikan dgn ceramah berkenaan solat yg di sampaikan oleh ustaz jemputan. manakala pada sebelah petang, aktiviti LDK..adik2 di minta utk melukiskan gambar ahli keluarga masing2. Gambar tersebut perlu di tunjukkan pada ibu bapa. Aktiviti yg terakhir utk hari pertama program ialah aktiviti yg sgt digemari oleh adik2 iaitu treasure hunt, di mana setiap c.point adik2 perlu menyelesaikan tugasan yg diberikan oleh fasi setiap c.point yg berkaitan dgn rukun solat.


Hari Kedua 6 Disember 2009 (ahad)

Program hari kedua di mulakan dgn talk show oleh ketua fasilitator, talk show tersebut membincangkan tentang solat dan peranan anak2 terhadap ibu bapa. Seterusnya program diteruskan dgn penyampaian ceramah oleh panel jemputan iaitu ustaz Zamri tv9..tajuk ceramah berkisar tentang tanggungjwb adik2 sbagai pelajar dan anak. Pada sebelah petangnya berlangsung pula aktiviti untuk modul akhlak dan solat iaitu kotak beracun dan nikmat mata, tangan dan udara untuk memberi pengajaran ttg kepentingan solat dan kepentingan mensyukuri nikmat yg Allah SWT kurniakan. Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kpd peserta2 dan sumbangan kepada fasi.
Alhmdulillah program berakhir dgn jayanya..tp sedih sbb terpaksa berpisah dgn adik2 peserta yg mn telatah diorg sgt menghiburkan..Semoga, 1 hari nnt Allah akan pertemukan kita smula..xkira dgn cara apa yg akan di tentukan-Nya.. Harapan ana, semoga adik2 peserta akan memperoleh input yang berguna utk di jadikan panduan dan dipraktikkan dalam kehidupan.

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya. Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t. Maka, Program seperti itu dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada anak2 dan ibu bapa bahawa "anak soleh payung keluarga"


Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Masjid Al-Faizin atas jemputan sbagai fasilitator dan kepada semua sahabat2 fasilitator (akhi hisham,akhi mior,akhi afif,akhi arif,ukhti adila,ukhti masyitah,ukhti nasihah,ukhti asiah,ukhti shasha dan ukhti syuhada). Segan untuk menerima sumbangan dari pihak penganjur yg bagi ana agak besar nilainya kerana kami menjadi fasilitator atas niat ikhlas membantu pihak penganjur dan adik2 kerana Allah Taala..Wallahua'lam.. Walau apa pun, mohon maaf atas setiap kekurangan dari ana sbgai fasi dan semoga stiap pihak yg terlibat dalam program "anak soleh payung keluarga" akan beroleh manafaat dan keberkatan dari Allah SWT..InsyaAllah..(^_^)


Hayatilah lirik lagu ini..buat insan yg bergelar anak.......



Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim



December 2, 2009



Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabat2ku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

--------------

November 30, 2009

Buat Sahabat2 yang Bergelar Muslimah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Buat renungan bersama..Sahabat2 yang bergelar Muslimah..
Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA,
Insya-ALLAH..

Akhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan lah-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, Insya-ALLAH..

Dari Ibn Abbas lah.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya, ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya ALLAH akan mencatitkan di sisinya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, ALLAH akan mencatitkan di sisinya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.

November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha..(^_^)

Assalamualaikum sahabat2..apa khabar agaknya? mesti semua sihat+gembira..sbb semua dah x sabar nak blk kg untuk sambut hari raya aidiladha kan...hehe Alhamdullilah..dalam keadaan dunia akhir zaman yag penuh cabaran dan dugaan terutama dari musuh2 islam, Allah bagi peluang kat kita semua untuk sambut hari raya aidiladha dalam keadaan aman dan sejahtera.. dalam keadaan sihat tubuh badan, hati yg tenang, keluarga yg bahagia, sahabat2 yg setia dan iman yang masih utuh...InsyaAllah..(^_^)

Hari Raya Qorban hanya tinggal beberapa hari saja lagi.. Cikgu sekolah menengah ana dulu (cikgu che azih) pernah cerita kat ana, hari raya qorban dekat kelantan lebih meriah berbanding sambutan hari raya Aidilfitri..Yeke??ana pun x pasti kenapa.. kna tanya org kelantan la..ana x pernah beraya kat kelantan..hehe Tapi apa yg pasti, sambutan hari raya aidilfitri atau hari raya qurban kat kg ana di perak tetap meriah..(^_^)

Xsabarnya nak blk kg..rindu nak jumpa Mak, Abah, Along dan adik... kakak x rindu dah..eh,jgn salah fhm ye..x rindu, sbb ade je dpn mata nie..mn x nyer, ana dgn kakak ana duduk 1 rumah sewa...Hehe.. Tak sabar dah ni nak blk kg... Ya ALLAH, permudahkanlah..

tp tiket bas pun x beli lagi...mcm mn nie ye..ade cdangan x sahabat2?hehe.. minggu ni, dkt rumah asyik bincang pasal nak blk kg je..tambah masyitah, adik kat umah sewa ana tu...yelah, dia dah lama x blk kg..kg jauh sgt..hehe.. masing2 x sabar dah..tp org yg paling x sabar ni la x cnfirm lagi blk naik ape.. Ana ade tanye kat sahabat ana, kalau2 tket keretapi ade lagi..tp sahabat ana kata, masa dia beli tiket keretapi weekend pun dah tinggal sikit. Aduhai mcm mn nie ye.. Tp InsyaAllah..setiap masalah pasti ade penyelesaiannya betul x sahabat2?... bukti nyer..ana msg dengan along ana..

"Along blk kg bile?"

"ptg ni...xdpt tiket ke?"

" Nyah x pegi tgk tiket pun hari tu...hehe ingat nak beli tiket on the spot je lepas keje.."

"Ade ke bus dr kl terus ke ipoh lg...xpun bus lompat"

"xtau la..nak tgk la nanti"

"Xpe. kalo xde..kamu amk bus ke tg malim je. nti along amk kat tg malim."

Alhamdulillah.....kan dah kate, insyaAllah..klu kte dah usaha dan tawakkal...Allah akan tolong kte..(^_^).. Baik nyer along ana tu... sebenarnya along ana belajar kat UPSI, tp dah cuti awal.. Mmg perancangan awal, ana dan kakak blk dgn along. Sesungguhnya, kita hanya merancang Allah swt yg menentukan sama ada jadi atau tidak sesuatu perkara tu.. sedaya upaya nyer ana dan kakak xnak la susahkan along ambil kat tg Malim...jauh tu dari kg..amik masa 2 jam lebih..dah nak sampai KL.. Sahabat2 smua doakan la tket nak pegi ipoh ade lagi ye... Tp kalau xde,nak buat camne..along kna berkorban masa,tenaga dan wang ringgit la untuk adik2 dia nie..hehe.. Doa ana, semoga Allah permudahkan perjalanan ana dan sahabat2 smua untuk blk ke kg..dan dapat berjumpa dengan semua ahli keluarga dalam keadaan baik dan selamat...(^_^)

PENGHAYATAN AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


p/s : Selamat Hari Raya Aidiladha Ana ucapkan kepada semua umat islam di atas muka bumi Allah ini dan kepada semua sahabat2 ana.. semoga kita dapat menghayati erti Qurban bukan hanya sebagai satu perayaan tapi pengorbanan yg ikhlas. Walaupun pengorbanan oleh kita x sama dgn pengorbanan yg di lakukan oleh Nabi ismail, tapi pengorbanan yg paling kurang boleh kita lakukan adalah berkorban harta, masa, tenaga di jalan dakwah.. InsyaAllah..stiap pengorbanan yg kita lakukan pasti membuatkan kita lebih dekat dan dikasihi oleh Allah swt..(^_^)

Tazkirah buat sahabat..


Teman,

Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.

Sama²lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu 'alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!

p/s : *Pesanan dan pengajaran utk diri ini yg sering lalai dan alpa juga..Bersama2 kita bertaubat dan menyegerakan amalan kita...amin.*

copy : halaqah

November 23, 2009

Suara Hawa..


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi
Adam... ,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.

Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu Adam? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.
bantulah aku menuju ke landasan yang benar, Adam... RENUNGKAN......



Petikan : muslimah hanan.com

Wanita...Bersyukurlah!


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan daripadanya.

Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah.


Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkannya.

Apabila anak yang lahir disusui, setiap tegukan susunya itu akan diberikan satu kebajikan.

Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah SWT akan memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas bagi membela agama Allah SWT.

Barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah, dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Barangsiapa yang membawa hadiah, contohnya barang-barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan hati anak perempuan, dia seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun lebih awal)

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Aisyah RA berkata, "Aku bertanya kepada baginda Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Aku bertanya lagi, siapa pula yang berhak terhadap lelaki? Baginda menjawab, "Ibunya".

Apabila kedua-dua ibubapa memanggilmu, jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit serta matahari dan bulan akan beristighfar kepadanya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, pintu-pintu neraka akan tertutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-sama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

Barangsiapa yang mempunyai 3 orang anak perempuan ataupun 3 saudara perempuan ataupun 2 anak perempuan ataupun 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya balasan syurga.

Daripada Aisyah RA. " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

SEMUA INI ADALAH HADIS RASULULLAH SAW TENTANG WANITA....OLEH YANG DEMIKIAN BERBAHAGIALAH SEMUA WANITA BERIMAN KERANA ALLAH SWT TELAH MENGANGKAT DARJAT KITA SETINGGI-TINGGINYA.(^_^)