Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah hari ini sudah 20 Ramadhan. Allah..Allah.. Allah. cepatnya masa berlalu. Tak tahu la nak kata tentang perasaan sekarang. Bila nak rasa gembira, teringat amalan yang terlalu sedikit. Bila terdetik rasa sedih, teringat pula hari raya yang indah bakal di hadapi. Ya Allah... semoga Engkau memberi peluang kepada ku untuk menghadapi ramadhan yang akan datang dengan lebih baik lagi sebagai seorang hambaMu yang benar-benar menghayati ISLAM.. Aamiin :)
Alhamdulillah.. pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 14 Ramadhan, ana dan sahabat-sahabat alumni Pusat Islam PSAS berjaya juga menjejakkan kaki ke Politeknik tempat kami sama-sama mengadun ukhuwwah dan buat kerja-kerja Islam. Itu kisahnya 4 tahun yang lalu.. namun dengan izin Allah s.w.t kami masih berukhuwwah sehingga kini dan masih terus berusaha untuk mengukuhkan ikatan dan tujuan hidup kami. Sebelum tu, terima kasih pada keluarga sahabat kesayangan ana Puan hida yang bakal jadi ummi. Terima kasih tumpangkan kami bermalam, siap dapat bekalan pisang setandan dan jantung pisang lagi.. Moga Allah murahkan rezeki pada keluarga ini..hehe :) Terima kasih juga pada adik-adik kesayangan, rozie, adnin dan syafa.. best sangat dapat luangkan masa dengan kamu semua semasa program dan dekat rumah kak hida. Yang pasti, kes pintu bilik terkunci tu memang kelakar dan kenangan terindah la.. hehehe.. :)
|
Gapi & Rapi |
|
Diskusi |
|
Pembentangan Alumni |
|
masak berbuka puasa |
|
Perbincangan berkumpulan |
Bila berdiri dihadapan Pusat Islam PSAS, kemudian melangkah masuk ke dalamnya.. Allah.. sebak hati teringat nostalgia 4 tahun yang lalu. Sungguh ditempat itulah banyak masa yang dihabiskan semasa zaman belajar dahulu. berprogram, meeting, usrah, memasak dan lain-lain. Sahabat tetap sahabat walau semakin hari semakin banyak yang baru kita nampak. Perubahan ke arah positif atau negatif, setiap orang pasti ada asbabnya. Tapi alangkah indah dan berertinya andainya perubahan itu ke arah meraih redha dan kasih Ilahi. Apa jua yang tertulis dan ditakdirkan, sedikit sebanyak atas usaha kita. Siapa dan bagaimana kita sekarang adalah sejauh mana usaha kita untuk mempertahankan hidayah yang Allah pernah bagi pada satu masa yang dahulu. Kalau kita merasakan semakin jauh dariNya tanpa sedar dan mungkin dengan sedar.. kita sendirilah yang mencampak ia pergi. Dan akhirnya keadaan sekeliling, cara hidup keluarga dan takdir yang dipersalahkan atas perubahan diri. Sahabat yang ana sayang.. biar la post ini kalian baca dimana-mana sahaja serta dalam keadaan apa sekali pun, Ana doakan kita istiqomah di landasan islam. Tutup aurat kita.. tudung besar yang menutupi dada dan leher, stokin yang melitupi kaki, baju yang besar labuh sehingga menutupi punggung serta tidak ketat. Jangan lupa pada ketenangan dan kemanisannya memakai pakaian menutup aurat satu masa dahulu.. Jangan lupa kata-kata semangat antara kita satu masa dahulu, terutamanya bila ada yang menyindir "keselekehan" cara berpakaian kita. Ana sayang sahabat-sahabat... tapi sebelum itu, tolonglah sayangi diri kita sebagai muslimah. Semoga satu masa nanti, Allah pertemukan kita dalam keadaan rasa cinta dan kasih pada cara hidup islam yang tak berbelah bahagi. Setiap orang ada ujian yang berbeza-beza, alangkah ruginya kita jika tewas kepada ujian nikmat/cinta dunia. Ya Allah kurniakan kami hidayah dan rahmatMu sehingga ke akhirat dan syurgaMu nanti.. Aamiin.. ^__^